tabung shopping!

Wednesday, 30 November 2011

myspace punya cerita


sekarang ni femes dengan facebook kan,dulu dengan myspace..todiaa,zaman bila punya myspace ni la kan..aku siap dah lupa apa password untuk myspace ni.haha.punya la berzaman dah.

kemaren boleh plak aku dengan Ped main google2 ni,pastu sekali keluar myspace aku.naehhhhhh! aku tak delete account myspace rupanya,siap keluar gambar terus la woiii..

gambar plak nak yang berpasangan ja kan.memang gelabah la woii,padahal aku ni tak ingat dah apa yang aku dok buat dengan myspace tu.haha.

gelabah sebab boleh view myspace aku tu (tak da pprivacy kan?huhu) aku terus teka password aku,naseb baek la betoiii..aku ni pesyen kalau password tu buh sama ja semua sebab aku ni payah ingat sikit.huhu.

godek sana sini boleh la delete..tiba tiba teringat friendster account plak dahhh...tapi masalahnya bila aku godek2 aku tak reti nak delete account friendster..so sapa yang reti?tolong ajar sat =(


Monday, 28 November 2011

satay mahai tapi sedap


malam malam patut perut kenyang dah
tapi bila keluar jenjalan
mesti kaki ni gatai nak singgah kedai makan
dulu dulu tak dak plak hati nak p kedai makan melantak macam ni

=(

oh perut awat yang lapaq tanpa henti
ka sebab keluar malam,jadi perut masuk angin
jadi kita lapaq??

eh boeh guna teori tu kan?

kekekeke

satay ni sedap tapi mahai jugak sebab dia kecik kedit jaa(hyperbola) jadi walopon sedap, jadi kecik hati dengan tokey tu sebab buat satay kecik dan mahai,dah menyusahkan aku untuk p makan benda mahai,,
mana nak korek duet =(

sikap malas melampau

dah lama gila frame ni herot/senget tapi aku boleh ja tengok saja.
malas kan?
haha memang aku dah jadi tahap malas melampau
pagi tadi ja tiba2 aku rasa macam aku sangatlah menyusahkan orang
dengan sikap malas aku
hmm
=(

JADI






pagi tadi 
aku rajen!!
aku pebetoi frame.
muahahaha



#normal kan sikap malas melampau ni?ka aku ja =/

(tengok anak patah merah uolls)

photoshop can do anything







there's no rain when you are in pain
there's no rain for you to hide your tears
let it flow through your face
so you can let out some pain
=)






always
smiling and laughing 
can hide 
your sadness



#live your beautiful life.capture the memories because it comes once alive =)


(only with that one pose, but with photoshop it can explain two situations.how cool is it ryte? <3 )

it's rainbow


how i wish you can read my heart

Saturday, 26 November 2011

lapar

tiap masa aku lapar,tambah tambah bila dok rumah la ni,pantang lintas kat dapor aku mesti bukak peti ais,selongkar makanan sebab perut asyik bunyik bunyik padahal tak sampai 5 minit aku telan makanan ,tak kira la biskut ka roti ka kueh ka kek yang mak masak ka.mesti aku lapar macam ni.


penyakit lapar tanpa henti ni sangat la aku meluat sebab aku dah tau aku baru ja lepas makan 5 - 10minit sebelum tu tapi tiba tiba lapar balik.stress gila kot..rasa nak hentak hentak kaki , nak nangis sebab asyik lapar ja pon ada gak,tapi kalau cakap kat mak mesti mak kata,'alaa makan ja la, sedapppp ni'..see! mak selalu cakap makanan sedap.jadi mestila aku akan makan untuk jaga hati mak.eh? betolka jaga hati mak ka jaga perut aku? =(


#mak tolongla jangan goda adik dengan masakan mak yang sedap2 tu lagi..kalau mak masak adik tak sampai hati nak tolak,takut mak kecik hati.huhu.(padahal memang pantang tengok makanan! haha)


pernah tak mak/penjaga korang akan masak sesedap sebab dia tau korang tengah diet? ohh aku selalu T_T sebab tu aku tak diet2.(eleh taknak salahkan diri la tu.ahaaa)

Friday, 25 November 2011

present



biar apa pon hadiah tu,kalau ikhlas tetap ikhlas, murah tera mana pon mesti puas kalau dapat hadiahkan kepada orang yang kita sayang.tak perlu hadiahkan jam mahal mahal,laptop ka,camera digital ka yang besar tu,dan lain lain benda yang mahal,bagi aku Ferrero Rosche tu pon dah mahal T_T ,sebab semua tu bukan dalam kiraan kita,sebab kita tak mampo nak beli.nak beli kat diri sendiri pon terkira kira ,ni kan pulak nak hadiahkan kat orang. (kita refer to nunun! haha)


cawan besar gedabak ni,minum sekali tak payah nak tambah tambah dah air dalam tu,puas kan?hehe.murah ja sbenarnya cawan ni,mana ada cawan mahal beratus ratus.eh ka ada?tapi aku ja tak tau?haha.


aku beli ikut kemampuan ,ini pon mak yang tolong bayarkan.hehe.maklumla bila tak keja duet semua kena catu,duet kering sekering kering tanah pada masa kemarau (perlukan bermadah? T_T)  bukan takat mak yang belikan,mak yang pilihkan.hehe.so sweet my mom kan?hehe dah tau anak dia ni duet langsung takdak duet,tapi nak hadiahkan jugak barang kat si dia,apa lagi mak pon tolongla aku bayarkan.eh tolong belikan la maksudnya.hehe


#murah tera mana pon hadiah tu,kalau ikhlas,hadiah tu akan jadi lebih bermakna,kalau  mahal pon boleh,lagi bermakna.hehehe

kelebihan makan buah betik


ini buah betik.gila kau sapa tak kenal buah betik kan? eh eh tapi aku selalu panggil papaya jaaa.muahaha.aku suka makan buah betik bila Mak aku dah tolong kupas dan potong kecik kecik pastu letak dalam peti ais..wahhh! mudah gila,kalau aku teringin ,aku bukak peti ais,terus amik betik tu,eh papaya tu,terus makan ja,TAK PAYAH SUSAH SUSAH NAK KUPAS KULIT DIA KAN? untunglaaa mak sayang kiteeee.haha


aku selalu cakap kat mak,mak adik susah u'uh..ok cover la sikit kan.haha.tak mau sebut berak kan.nahhh berak kau.buang air besar..penah tak hampa susah nak buang air besar?kalau penah try la betik ni..mak aku kata makan la buah betik ni,dah la sayur tak mau makan,buah pon tak mau makan,mana taik tak keras,susah la nak berak..haaa nahhhh! (18 tahun ke atas ja boleh baca ni haha)


tadi aku pon godek godek google tolong carikkan kelebihan buah betik ni,mana nak tau selain boleh tolong hilangkan masalah sembelit,kot2 ada kelebihan lain kan? >.< ternyata google tak menghampakan sebab banyak kelebihan lain dan PETUA2 terbaikkkkkk untk diikuti! =)

@ Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. (ternyata sekali cakap mak betoiii! so lepas ni boleh telan betik tanpa henti.muahaha)

@ air rebusan DAUN betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

@ jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

@ Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. sangat jimatkan?tak payah nak p New York skin solution tu. =) try la mana nak tau berjaya!

@ Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.



#biar betol makan betik boleh kurangkan berat badan?? seriously,aku akan makan betik tanpa henti if boleh kuruskan badan kauuuu!! betolka ? 

Wednesday, 23 November 2011

Wordless Wednesday

ini DONUT!

master

memang susah nak buat decision untuk masa depan ni..aku ni terkontang kanting dari dulu lagi tapi satu habuk pon aku tak buat tak move on,tak try buat langsung.ok tu salah aku.nampak sangat la salah aku kan.huaaa =(


bila semangat memberontak tadi nak isi form segala bagai,tiba2 kena pikiaq nak buat master reseacrh ka coursework...woiiiiii.ingat senang ka nak pilih benda ni.


jujur aku cakap,aku paling tak suka buat keputusan bila banyak choice ada depan mata,aku tak tau nak pilih.aku takut bila aku pilih research,kalau tak boleh bawak nanti aku menyesai.vice versa.aku takut.masalah kan..


pikir punya pikir last2 tanya mak aku,mak aku kata amik la yang p class tu,(walopon mak aku taktau sgt)..then hati aku terus lega! pilihan mak selalunya betol kan? =) 


then aku pun terus la pikir,aku ni bukan boleh kalau takdak orang dok push aku pakai tak buat la research tu kan..memang la relax tapi aku ni style ralet semacam,takut buat last minute.dah la lama >.< lambat la kerja kalau lambat habeh bljaq,lambat la kawen.oh tidak! haha


#kalau mushkil tentang sesuatu buat la solat istikarah,kalau payah bangun nak sembahyang tu,tanya la mak,sememangnya mak tahu apa yang lebeh baik untuk anaknya.walopon mak tak tau apa tu research apa tu coursework,korang explain la sikit2 kat mak korang benda2 tu,then insyaAllah mak boleh tolong korang buat keputusan.=)


Tuesday, 22 November 2011

bila lepak mamak


pernah tak masa ampa lepak lepak kat kedai makan ka mamak ka ada orang datang mintak sedekah,ataupon datang jual barang? ada? time aku study kat Shah Alam dulu,kalau lepak Pak Li selalu gila depa ni mai,bukan sorang tapi ramai.


contohnya mula mula mai orang buta juai tisu sambil dipimping orang yang celik dan sihat tubuh badan nya, ok la,kita pon beli la tisu tu kan.kadang kadang bagi duet sedekah ja,tak mau tisu sebab kedai tu pon dah banyak tisu,buat pa nak ambil lagi tisu tu kan,baik bagi dia juai kat orang lain..dah boleh tambah punca rezeki dia kan..


tapi pasaipa orang yang celik tu boleh ada kat situ,padahal dia boleh ja kerja lain kan? kadang kadang aku wonder dorang ni buat sebab tak leh keja lain ka atau pon sindikit? oh i dont refer this untuk orang cacat penglihatan tau.i refer to orang yang cukup sifat.sekian


kan pernah ada dalam berita dulu masa aku kecik kecik pon orang dah kecoh pasai sindikit ni.akan ada group yang paksa budak budak untuk jual barang , then duet tu dapat kat sindikit tu,.budak tu dapat penat ja! ala macam cerita dalam tv tu.


pernah aku lepak mamak ,tambah2 aku suka lepak RESTORAN BARRA yang membara tu dekat dengan seksyen 7 Shah Alam kan.ada budak ni selalu datang jual kerepet.ok takpala,tapi dia jual barang kan,so mesti ada orang beli,.usaha dia ..kita kena respect.dia berusaha! mula mula aku tengok dia ni pakai tak la mewah baju dia..then minggu depan aku lepak kedai yang sama,budak ni mai lagi,pakai cantik2 siap ada maskaraaaa uolls,datang berteman dah kali ni,dengan budak pompuan lain plak..


ada gak aku dengar,ada budak datang minta sedekah kat kedai makan,tapi disebabkan kesian ada makcik ni offer budak ni kerja pembantu kedai la..at least teratur sikit hidup adik tu kan,siap ada makanan lagi..


tapi adik tu tolak perlawaan mulia makcik tu,sebab katanya, KALAU KERJA TAK DAPAT $$$ LUMAYAN,TAPI KALAU MINTAK SEDEKAH DAPAT $$$ LUMAYAN! 


tengok.mereka sendiri cakap macam tu.hmm.sometime sedih tambah2 bila tengok adik adik kita yang masih kecik lagi dah datang mintak sedekah dengan baju koyak sana sini,bila tanya sapa hantar terus tak jawab dan blah jaaa..tengok.awat depa takut? mesti ada something kan yang depa sembunyikan? i just wonder.hmm.




btw, i met one little boy just now,masa dekat tasek,adik ni jual kerepek dalam hujan..so comey..bila tanya sapa hantar dia cakap ABANG dia hantar..hmm..seorang abang sanggup tinggalkan adik dia menjual seorang diri kat tasek tuuuuu..kesian gila! then tanya nanti sapa amik,adik tu macam ragu2 gila nak jawab,dia jawab mak datang amik nanti..hmm..tak tau la betol ka tak..yang aku tau,aku kesian =( kalau la aku ada kuasa,aku nak tolong depa semua..


#bukan senang nak cari sesuap nasi =(  maaf jika tersalah kata.cuma berkongsi rasa. >.<

burger paling sedap!

pernah tak rasa puas gila makan sesuatu? yes i did just now! and that's burger! BURGER LEBAI,nama  dia SNICK!! rm 3.80 jaaa weh..ok walopon agak mahai tapi sedap gila,sedap tak terhingga,makan tak tengok kiri kanan dah aih..


tu kat luar tu roti popia tu,dalam tu ada telur , ada daging burger,ada hotdog separuh,ada vegetables,ada salad,ada MAYONIS YANG BANYAK,ada sos,ada bawang.ada macam2!!! haha


todiaaa tak dan 5 minit aku hadap,belemoih lagu ni dah,tak tahan weh.sedap sungguh.terketar ketar aku makan,menikmati gila,sambil pejam mata wooooo bila geget beger (burger) ni..perghhh! (nampak tak betapa sedapnya beger ni?hehe)


kalau sapa2 yang kata harga burger ni tak berbaloi sebab mahai tapi kecik (kalau tgk dlm gambar nampak kecik) TAPI SEBENARNNYA besaqqqq (besar) tauuu dak..ni aku dah stop dah ni.tak mampo nak makan dah ni.taruh kat Mak aku plak.Mak pon layan makan sambil pejam mata (propa ja) haha


#tolong jangan makan masa dok umah mak mentua,sebab apa?sebab bila makan ni,belemoih dan amat menikmati KESEDAPAN burger yang nama SNICK niiiii..takut mak mentua lalu kat belakang kita tak perasan hehe

perempuan tak matang?



sapa tengok cerita ni PREBET JAMILAH.cerita Scha Al-Yahya dan opcoz la boifren dia pon berlakon,sweet gituu tauwww~ kat astro ria 104 tu..tengok tak tengok tak? aku rasa macam cerita ni ada gak motip la nak tayangkan..dan lepasa aku tengok cerita ni terus aku rasa nak tulis blog ni..walopon tak la banyak sangat info yang nak disampaikan.T_T


memang perempuan (tak semua) manja/gedik/tak matang gak kadang2..tapi tak semestinya perempuan tak boleh berubah..selalunya,bila perempuan dah mula fikir pasal masa depan,dia akan berubah dan akan buat yang terbaek dalam hidup.tak lagi manja tak kena tempat,tak matang dalam semua perkara kan..


so,jangan pandang rendah dekat kaum hawa bila perangai dia macam childish sangat2 kan,sebab one time dia akan berubah jugak dan u guys jangan la terkejut plak kan.hehe.


#tak percaya? believe me,because bila nak pikir masa depan, nak kawe nak pikir nak ada anak lagi,nak keja lagi,perempuan akan berubah..kan orang cakap nak kawen nanti akan nampak nilai keibuan kat perempuan tu,haaa,dats show ur improvement in life babe!! just need  time..kan orang kata,step by step la nak berubah =)

Monday, 21 November 2011

Samsung Galaxy Note!


todiaa sapa tak tau ni la Samsung Galaxy Note! yang cool nya dia ada S pen tu..tengok tu,cool gila kan? agak2 kalau aku pakai,kompem macam seorang koperat kan? macho ja kan.ehehe..terliur nya tengok henpon ni.huhu


skrin Samsung Galaxy Note ni besar la jugak 5.3inci but still boleh bubuh dalam handbag kau kan? memang orang suka bawak handbag besar kan,buh botol air,buh tisu banyak2,buh sapu tangan,buh perfume,buh shade/s,buh sikat dan bla bla bla..dah macam 7eleven dah handbag tu kan..apa la sangat kalau tambah Samsung Galaxy Note satu ja lagi...syiokkkkk! =)


tau dak la ni CELCOM buat promotion nuuuuuu..harga dia amat2 la berpatutan RM 1368 JAAAAA! mana nak dapat kauuuuuuu! menitis air mata tengok,berdarah hidung bila tau promo ni.uhuuuuu..mak jom beli T_T


Celcom kan best ,coverage dia pon ok.macam sekarang aku guna Celcom broadband ok ja kat tempat aku.jadi aku assume mesti service dia semua ok.hehe.opcoz la ok kauuuu!


haa ni haa plan2 dia.memang berbaloi baloi la weh..p rembat sorang sebijik Samsung Galaxy Note ni ..kompem tak menyesal!



tudiaaaa! tak teringin ka =) 

#nak tau info lagi banyak boleh p SINI =)

HARIMAU MALAYA mengaummmmmmm

sapa tengok bola samalam?gila kau tak tengok kan?tv 1 ada tv 3 ada,aku yang buta pasai bola ni pon siap boleh nganga depan tv langut tengok bola ja boleh dak?berdebaq debaq takut kalah woiii.cemas kalah nak ambil exam ok!! 


minit ke 5 Indonesia dah buh goal weh,lagi la berpeluh aku ni tengok.mjasa tu tengok dengan mak aku,adoiii bila masuk goal ja dia cubit aku tampaq sedaih punya la mak eksaited wehhh..syok gila tengok dengan mak ehehe



lepas ni kena p cari jersey Malaysia woiiii..nak cari I LOVE MALAYSIA dengan jersey Malysia ni..baru semangat sikit pakai..woiii kami menang woiiii haha.bangga gila wehh.walopon aku tak reti sangat tengok bola semua ni..


haa todia todia sapa tak kenai Apek a.k.a Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) nii gosip pasai dia bercambah kot tapi still dapat fokus dalam match ni.,tahniah Apek..kena tahniah kat Dahlia Teck jugak ni sebab dia bagi semangat kat Apek.ekekekeke.


woiiiiii orang SUNGAI PETANI ni haaa..Baddrol Bakhtiar ni captain kan,masa dia nak shoot semalam last sekali penentu Malaysia menang ka tak tu,pehhhhh memang ketaq jantung aku la,bila dia buh goal ja.terus aku ng mak sorak gila2 kot.seronok gilaa...dan MAK AKU QEYAU (MENANGIS) KOTTTT SEBAB MALAYSIA MENANG!! hehe.cukup menunjukkan mak ni bersemangat tak?hehehe


semalam aku tengok dalam tv,ni penyokong Indonesia dia menangis,hmm actually kesian kat depa jugak sebab depa pon kuat gak kan? tapi rezki Malaysia la kan? =) takpa ni match kan.takdak isu lain lain tauuuuu hehhee...jangan sedeh2 ok..muah muah muahhh

TAHNIAH MALAYSIA MENANG 5 - 4!!! =) segala keturunan emas kita rembat wehhhh!!syabas!

#actually bila game bola ada, akan mengeratkan silaturahim sesama sendiri terutama keluarga contohnya i dengan mak i.hehe.muah muah.now i know mak suka bola! hehe

REMY ISHAK mai ANEKA woiiiii

eksaited tak terhingga la aku bila tengok banner Remy Ishak bakal mai JITRA woii..bangga den ni haa.bukan senang den nak dating dengan Remy ni haa..asyik busy dengan shooting sana sini nu ja dia ni,sekarang ni dio datang sini,den suka bebenor la ni haa..(tetiba cakap nogori pasaipa)


Tarikh : 26 NOVERMBER 2011

Masa : 3 - 5 petang


makk aiii,memang hensem la si Remy Ishak ni (eh bukan sebelum ni Aaron Aziz ka kau kata hensem?) ehhh semua hensem la aku tengok,aishh bukan boleh tengok yang kening tebai,muka gelap2 sikit ni.terus aku rasa hensem ja,sapa kata kalau kulit gelap orang pompuan tak suka ? bukan semua tak suka laaaa,ni contohnya aku,aku tak suka sangat laki kulit puteh,huhu sebab aku pon gelap muahaha.



pakat pakat la mai ANEKA di JITRA,KEDAH 26 november HARI SABTU ni pukul 3 hingga 5 petang kalau nak jumpa abang REMY ISHAK kiteee (terus cakap tak terus!cesss) maitau mai tau..oh i lap u Remy.eh eh Tiz? T_T takpala saya tak kesah,semoga berbahgia tau.alolo so sweet hehe

superbike

selalunya bila tengok cerita korea mesti orang berdarah hidung kan kalau tengok pompuan sekdi..oh kali ni aku pon berdarah hidung..huhu berdarah hidung tak dan nak lap darah turun laju nak mampoih dah ni..



nahhhh aku bagi besaq punya gambar ni sebab cantik sangat!! =( 

nak pinjam boleh dak bang? nak naik seround boleh?ohhhh bakal suami,nak sebijik motor lagu ni,tapi takmau bawak laju sebab takut accident (pikir masa depan tau),nak naek dan jalan2 pusing2 taman ja..(berbaloi tak beli mahai2 tapi naik slow2 pusing taman?) tapi memang aku suka gila la kat motor besar2 ni,padahal lesen motor besa pon aku tak dakkkkk

#kau hado? T_T nak naikkkkkk jaa..amik bau pon boleh~

hidup

pernah tak rasa bila bangun2 pagi, takdak mood, rasa murung, moody, rasa nak nangis tak tentu pasal?
pernah tak? tu maksud nya diri ni tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada..

aku penah rasa macam ni,dan selalu jugak rasa macam useless gila hidup ni.rasa menyusahkan semua orang sekeliling aku ni..

bila Allah s.w.t bagi ujian kat kita,kita selalu merungut.tapi bila Allah s.w.t bagi kejayaan kita selalu terlupa untuk bersyukur kepadaNya.

aku tau sekarang masa aku diuji,macam2 aku rasa,macam2 aku pikir2,padahal takdak apa yang aku boleh buat,aku hanya boleh usaha untuk buat yang terbaek.kadang2 rasa down gila2,rasa macam apa la tujuan aku ni,tak da hala tuju.hari2 buat benda yang sama,lepas bangun tidor terus online,tengok fesbuk ,update twitter,update blog.

everyday i did the same things.hmm.what a mess.but now aku rasa heyyy aku kena bersyukur dengan apa yang ada.i have my lovely family that really love me..of course i love them more! >.< 

#jangan selalu merungut sebab hidup hanya sekali. =)

Thursday, 17 November 2011

peminta sedekah datang rumah

aku dengar orang bagi salam dari luar,aku ingat kawan Mak aku sebab Mak dah kata nanti kawan Mak nak datang rumah ambil kek (oh Mak juai kek dan kueh2) .jadi aku pun jawab salam sambil tengok kat luar.


'mak ada?'


makcik tu tanya jadi aku pon assume ni mesti kawan Mak yang nak mai ambil kek tu,aku pun panggil Mak la,tapi makcik ni aku tak penah tengok pon,kawan baru Mak kot.ohh Mak memang pandai berkawan dan banyak kawan.hehe

mak pon keluar la ,dan tiba2 Mak suruh aku ambil duet.dalam hati aku eh patutnya makcik tu yang bayar duet sebab dia yang nak beli kek kan..aku tak paham lagi,Mak terus masuk bilik ambil duet.

Mak bagi dekat anak makcik tu,anak dia umur lingkungan 6tahun mungkin..AKU TERKEJUT sebenarnya sebab ni first time ada orang mai umah mintak sedekah macam tu..


makcik ni nak buat kerja sebenarnya,sebab makcik ni baru operation melahirkan anak baru 3bulan,anak makcik ni dah 7orang!! makcik ni nak duet nak beli susu kat baby baru tu.tapi mana nak ada keja kat umah aku,keadaan makcik tu pon macam tak larat sangat,nak suruh buat kerja pon tak sanggup.

makcik ni kata, 'saya cakap sungguh (benar) saya orang susah,saya mai nak cari kerja nak duet beli susu anak,saya baru operate 3bulan nak bagi susu kat anak'.

aku terkejut ok.tengok bertapa berusaha nya seorang ibu nak cari sesuap nasik,setitik susu nak bagi kat anak dia.jauh kot dia mai,dia orang Changlun,mai pon menumpang orang ja.dah la panas panas ni,sanggup berjalan kaki p setiap rumah nak cari kerja. =( jasa seorang ibu mana nak dapat balas. sumpah aku sedeh .hmm

Mak aku tanya, 'suami mana?'

Makcik tu jawab (masa ni makcik tu dah keluar dari umah dah,jauh sikit la), ' dia accident (pastu tunjuk syarat kat bahu macam tangan patah)' aku pun tak pasti dia cakap apa,sebab dah jauh tak dengar.


hmm.taktaula kebenaran nya,sebab selalu nya aku penah jumpa kes macam ni masa aku praktikal kat Pejabat Zakat dulu,kebanyakkan suami tak bertanggungjawab.sorry to say,but memang betol berlaku.tak bertanggungjawab tapi bab nafkah batin bertanggungjawab la plak kan.sampai 7 anak dah kan.hmm.

sesungguhnya jasa ibu tak dapat dibalas.

bila pompuan mengadu,laki kena apa?



bila si gulfren mengadu dekat si boifren, siap menangis nangis lagi,habeh sekotak tisu lap lap hingus meleleh sebab sedih sangat kan..maklumla bila mengadu dengan boifren ni,benda remeh pon jadi big story.muahahaha..

TAPI! 
 



tolong la wahai lelaki2 di luar sana,bila girlfren ka perempuan yang bakal jadi gulfren ka sapa2 ja la yang bernama wanita ni mengadu hal kat laki,tolong la laki jangan bagi jalan penyelesaian,sebab pompuan ni suka mengadu ja,lepas tensen sambil melalut lalut cakap benda merapo semua bagai..sebab kadang2 laki tak pandai sgt nak bagi jln penyelesaian.oppsss hehe


dan tolong la bila si gulfren mengadu, boifren jgn la nak salahkan si girlfriend tu apa2 pon even dia salah,boifren kena pandai PILIH MASA untuk nasihat pompuan tu,bukan nasihat time dia tengah hangin macam tu,memang akan meletus perang ke 88 la jawab nyaaaaa haha



even bukan salah uolls,tapi pujuk la bagi si gulfren tu cool down kan? takla,sampai 2 3 jam tak habeh habeh lagi sembang pasai pompuan yang dia geram tu kan? great ryte? hehe


laki kena tau,perempuan memang macam ni..ohhh mesti laki pelek kan pasai pa perempuan amat pelek nak difahami,ehhhhh memang bukan ka perempuan tu insan yang istimewa dan unik.sayangila wanita2 di sekeliling kamu.fahamila mereka.=)

count on me -Bruno Mars



If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need


You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
And you'll be there
'cause that's what friends are supposed to do oh yeah
ooooooh, oooohhh yeah yeah


If you're tossin' and you're turnin
and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Every day I will remind you


Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need


You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
And you'll be there
'cause that's what friends are supposed to do oh yeah
ooooooh, oooohhh yeah yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go
Never say goodbye


You know you can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
And you'll be there
'cause that's what friends are supposed to do oh yeah
ooooooh, oooohhh


You can count on me 'cause I can count on you 


penting tak kawan kawan untuk ampa?
untuk aku,kawan2 penting.
without them,you wont understand the meaning of caring,sharing and loving.

without them,you will face the difficulties in solving mathematics questions

without them, you wont have those pictures that make your hard disk full

without them, you wont have ANOTHER experience
without them, you cant go vacation with a smile

without friends,you are no one.

#entry ni tentang kawan.family should be the first one right but im talking about friends =)

and i miss the old us sayangs

Pati Halia


Pati Halia ,Limau Nipis plus Collagen,aku guna ni instead of pati halia yang Nora Danish jadi duta tu,sebab aku rasa yang tu mahai jugak la sebab al-maklumla Nora danish yang jadi duta..ni aku beli dekat Mydin Alor Star ja,dan harga dia RM 16! okew sebenaqnya MAHAI sebab aku boleh dapat 
RM 10 DEKAT JALAN TAR PUNYA MYDIN! sumpah beza gila kan harga dia,kalau beza 2 3 kupang aku boleh terima akai lagi,but beza 6 ringgit,huh sangat nak makan duet pengguna la kan? 



bentuk pun sama,kaler pon sama,tak dak beza la yang harga RM 10 dengan yang RM16 tu,tapi disebabkan aku nak guna jugak aku pon beli la jugak sebab TERPAKSA..oh bukan senang nak kurus kalau tak keluarkan duet.kan?kan? oh aku tau ampa dah kurus,jadi takpala mesti tak payah susah susah nak beli benda ni T_T


see! berat pon sama 130ML jugak!! ohhhh awat la harga dia beza sangat...ni dah salah guna kuasa ni,dah buli pengguna ni..huuhuu..


#pati halia ni sangat best guna,bila buh ja mesti rasa lega dan mesti rasa nak p toilet tau dak?? senang la nak berak dan kalau sembelit kompem lawas gila guna ni..syok kottt rasa tu,hehe,dan boleh jugak bila kita dah sapu pati halia ni contohnya dekat perut kita boleh pakai bengkung ,so perut akan rasa lebih sedap dan fit la..

kalau untuk laki pon boleh guna sebab kawan aku penah sapu before depa main futsal,dia cakap time main tu rasa puas gila sebab panas dan peluh keluar banyak la kan..so memang membantu gila if nak dapatkan badan ber'shape ni kan..laki pon nak kurus kan?eh eh nak tough kan? tak mau badan ketol2 ka yang jadi idaman wanita2 sekarang.mesti mau laaaaa~ =)

and baby will fall


tengok tak cerita ni? it's a movie aku tengok dekat channel 702 (DIVA) astro, cerita ni pasal husband of Ivy ni,David dituduh bunuh seorang pempuan yang mengandung gak Melinda.


ni la Melinda yang jahat tu T_T muka ja chantek huhu


cerita ni investigation punya movie la,dan aku suka la tengok benda2 macam ni,sebenarnya Melinda yang jahat ni suka dekat David  masa high school dulu,Melinda ni tak femes langsung time high school dan selalu kena buli dengan students lain but David sorang ja yang defend dia sebab David ni bukan kaki buli,so dia dah jatuh chenta dengan si David ni..


David & Ivy, cantikkan walopon pregnant =)



Melinda ni mengandungkan anak peguam david aka kawan David gak sebab dat time depa mabuk,but Melinda ni ingat dia 'tidur' dengan David tu.so dia seronok gila la,but after that dia keguguran and depress gila.


David plak kawen dengan Ivy tu dan Ivy pregnant,so dia ni nak ambil anak Ivy tu la ganti anak yang dia gugur tu sebab dia suka gila dekat david tu,dia nak darah daging si David ni la..sooo,to take that baby,dia dah plan macam2 la ,buat2 mati dan hilang,bla bla bla..BUT masa aku tengok ni aku tak jangka langsung Melinda ni sanggup buat macam tu.haha.SERONOK ok cerita ni.tengok la tengok la =)

Wednesday, 16 November 2011

=)

sebab perempuan sexy


tengok tengok..sebab perempuan seksi,berlaku ACCIDENT woiii..ni lawak oke.haha. tengok awek cun / sexy sampai langgaq van kat depan tu, bukan takat sakit,malo pon dapat weh sebab langgaq van tu,tak pasai2 ja injured!


naseb baek benda ni tak berlaku kat Malaysia kan? kalau tak, aku rasa memang lagi ramaila orang accident sebab kat Malaysia pon awek2 nya sexy2 dan cun melecunn woooo..

oh malu

kemain pakai baju kurung warna hijau berselendang siap bubuh pin lagi kat bahu,selama ni aku lilit2 ja sambil selit2 yang mana boleh ja,kali ni aku pin,maklumla p umah jiran dengan mak,kang orang tanya anak sapa tu yang belemoih sangat tu pakai selendang tak bubuh pin kan..jadi aku pun dengan jaya nya lepas beli pin RM1.00 kat TESCO ALOR STAR (murahh wehhh satu seringgit,selalunya 7 RM10  kan? ) aku pun pin la selendang tu..ok rasa kemas dah diri ni.dah boleh p umah jiran.hehe


duk bersimpuh baik punya kat umah jiran oh ada tahlil sikit kat umah jiran..lepas tahlil mestila ada makan2,lauk kemain sedap aihhhh,lauk kampung tu,ada ulam segala jenis ulam,ulam pengubat penyakit la makcik makcik ni dok kata,gulai ikan masin,terliuq kot aku tengok,agaq2 merah paling aku tak tahan tuu.sedap kauuu


disebabkan harini aku dah makan 2 pinggan NASI AYAM PENYET,jadi perut aku dah meragamla,dah kenyang gila gila punya,tak boleh nak buat2 tak kenyang dah,dah memang maximum kenyang dah,jadi aku un tengok ja la makanan sedap2 tu dimakan oleh makcik2 tu..


lepas tu sembang2 la,tetiba makcik (tuan rumah) kata,' eh baju koyak tu'..demmmm! semua tengok aku,aku pun gelabah habeh dah ni,carik tang mana la koyak plak dah,aku pakai tadik elok ja tak dak koyak2 woiiiiii..malo tak sangga dah ni,naseb baek muka aku hitam,takla nampak merah sangat kan,jadi aku wat bodo ja sambil unduq ke belakang ke arah dinding nak cover la kan..


deyyyy koyak kat lengan woiiii,uwaaaaaaaaaa...gelabah terus buang pin tadi yang aku pin kat selendang guna pin tu pin balik selendang kat bahagian yang koyak tu,cover la kan,but still orang tau baju aku koyak T_T


#bayangkan semua orang penuh kat ruang tamu tu,and suddenly makcik tu appoint me as a subject matter in their conversation..i feel like 'yeahhh aunty i love you la,i tak malu langsung T_T muka nak lari laju2 keluaq umah tu,sembunyi dalam bilik umah aku!!' uwaaaaaaaa

RM2 SEJAM..berbaloi tak?

eksaited pagi tadi,bangun pagi dengan azam nak p cari keja yang halal..p la carik sampai peluh peluh ketiak dah,memang al-maklum dah ,kalau jalan setapak pon,peluh keluar bercurah2 macam jalan 10 tapak..cess


pain peneman setia,ikut semua tempat aku p,dia kemain eksaited lagi bila aku nak minta kerja,dia yang 'eh nun kedai tu jom p tanya kedai tu eh kedai ni'..semua dia nak suruh aku try..aku ja yang macam ehh tak payah la satu kedai tadi dah la pain. (bajet dapat la kan)


petang dapat call suruh p interview sekali lagi..interview kau...perghh! aku allergic sikit dengar nama interview ni,mesti berpepluh,dah la tak dan mandi terus p siap ajak mak aku lagi teman sebab takut tak dak parking,kang lambat plak nak interviewww niii T_T


bakal boss aku seorang China ,soft spoken gila,sampai aku ni kena dekat2 la dengan dia nak cakap,ehh ada jugak orang cakap lemah lembut macam ni,baek kemain,suka gila hati aku,riang gembira dah ni..memang eksaited ni,siap mintak mak aku doakan supaya dapat keja lagi tau

berkat doa mak aku,aku dapat,berseri2 muka ni kauu..masuk2 kereta 

mak tanya 'macam mana bla bla,gaji brapa?'

aku : ' sejam 2hengget.ok?'

mak : 'tak payah p,gaji bibik yang duk cuci cuci umah pon 8hengget sejam'

aku : 'diam,sedeh'


#sekarang ni aku tak tau nak habaq apa kat bakal-boss aku tu yang aku tak mau keja woiii,esok dah kena masuk keja. =( tolongggggg

Wordless Wednesday

Tuesday, 15 November 2011

stairs are so last year!

tergamam aku tengok benda ni..wooooiii nak jugak nak jugak *hentak hentak kaki!*


mudah gila kalau ada benda ni dekat rumah,tak payah susah susah nak turun dari bilik dapur nak makan *ehh makan lagi?* okew2!

a slide inside the Electric Works Office space in SHEIFFIELD,UK..awat kat Malaysia takdak?boleh hilangkan stress ni kann?

an apartment building in San Francisco with a BUILT-IN SLIDE! mudah bebenorr eh,kalau macam ni tak payah p  mandi kat Sunway Lagoon dah sebab nak naik yang gelongsor dia tu,naik benda ni pon dah thrill sangat dah niiii hehe

apartment ni dekat HOUSTAN,TX..

#oh stairs are so last year! ohhh jangan la begitu..takdak tangga nak merangkak naik bilik dalam umah macam mana,ni slide turun ja slide naik ada tak?hehe

taken from here  =)

tomyam

kan aku dah cakap,hidup tak lari dari makan punya eh,walopon tengah makan ni,satgi dok sembang sembang mesti akan masuk bab 'ehh satgi nak makan apa ni?'  tak penah berhenti pikiaq pasai makan eh aku ni.mesti makan makan makan.sampai orang sound la ' tu yang hang dok tengah makan tu apa' nahhhhhhhhhhhhhh! diam terus la kan..sentap mak tau. T_T



muka memang tak kuasa nak layan kan,tempek sebijik jerawat besar gedabak kat pipi tu,memang terbaek la kan,tangan ni plak pantang nampak jerawat hinggap kat muka aku ni,memang automatik nak qunaih2 (kopek) jerawat tu,biaq sakit janji puasss..


pakai tudung bawal tau,dah macam budak sekolah dah bila aku pakai tudung bawal ni,dengan anak tudung warna puteh,tak bubuh pin selepang kirir kanana,memang muka budak sekolah (perasan muda la kan).  


dah lama sangat pakai selendang lilit lilit tu,nak pakai tudung bawal pun dah terkial kial,sampai pakai nampak anak tudng warna puteh banyak sangat T_T . yang paling aku pelek,p mana habeh anak tudung warna hitam aku tuuuu..aku beli banyakkk gila kot,dah murah sangat satu = RM0.50 / lima kupang ja wehhh.aku borong laa...kalau beli kat tempat yang memang nak pauuu duet hang tu,silap2 dia buh harga 1.50 untuk satu anak tudung.gila hang mahai kot ..buat pa bayar lebih untuk benda yang boleh kita dapat murah.kualiti sama ja! tak gitu? =)


 
eh eh sebenarnya nak cerita pasai makan makan makan dan makan lagi,tapi awat terkeluar pasai TUDUNG BAWAL? ehhhhhh... ni tomyam dia,memang best,pedas sampai berpeluh peluh la aku makan,aku kalau makan kalau tak berpeluh tak sah! jatuh saham tau,cayaq mekap huhu,tomyam dia sedap la,selalu aku makan dekat MAHANI JOHARI TANAH MERAH JITRA tu tapi tutup lama dah sebab raya haji tak habeh lagi kot,aku pun tak sure tu yang aku mai makan kat sini tu...perghhh!sedap jugak la! harge dia RM 4 hinggit TOMYAM AYAM.


yang merah tu DAGING MASAK MERAH RM 3.50 kalau tak salah aku,sedap tu sedap la,tapi bagi aku daging dia terlalu sikit,bawang dia plak dah yang banyak kemain,aku order DAGING masak merah bukannya BAWANG masak merah..kecik hati tau makcik ni.huhu


#ni kat kedai ARFAN TOMYAM (betol kot nama kedai ni) dekat2 dengan Taman Suria yang selalu ada pasar malam tu...oh ni area JIYRA la jugakkk kalau sapa2 lalu kat sini boleh try..kedai dia nampak buruk gila dari luar,sungguh tak tipo,tapi makanan dia sedap..DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER! perghh pepatah plakkk kau sekarang kan.hehe

dugaan nak diet

bangun pagi sebab bau makanan yang sedap menusuk hidung masa tengah tidor,bangun dalam keadaan separa sedar sebab hati nak tidor lagi,tapi hidung nak bangun p bau apa la yang sedap sangat bau tu kat dapur,dalam hati dok tau dah mesti mak aku masak sedap sedap feveret aku ni,kalau tak feveret pon jadi feveret sebab dah sedap,semua sedap bila mak aku yang masak. (hampa pon macam tu kan?)


bangun tonyoh2 mata,buang apa yang tak patut melekat kat mata tu,bangun ambil towel,jalan sambil pejam mata.aishhhh dalam hati wangii nya bau makanan ni,mak masak apa,baru ja aku berAZAM nak diet semalam,pagi ni dah terbantut keazaman aku niii..(tapi tak tengok lagi mak masak apa,baru bau dah kalah dahhh)


nak p mandi kena lalu dapor umah aku ni,ni lagi satu lemah,dah kalau nama pon lalu kat dapor umah,bohong sangat la kalau tak lalu dapor tu sekali,siap buat buat tolong mak masak sambil tanya 'ehh mak masak apa ni bau sedap kemain ni?'  mak jawab dengan slumber ja ' mak masak feveret hang la ni,nak bagi hang makan'  neahhhhhhhh!! feveret aku ? sambai udanggggg! (ohh walopon feveret food begitu simple tapi kalau mak aku buat rasa MENYESAI KALAU TAK MAKAN!) wehhhhh qeyau (menangis) la kalau tak makan.mana bolehhh tahan bebb!


lagi satu takkan la tak mau makan,mak dah kata mak masak makanan feveret aku,kang mak kecik hati kalau aku tak makan kan kan? (sedapkan diri yang gemuk ni.huhu)


laju laju lari mandi gosok gigi syampoo(ehh tak),sabun semua keluar siap siap ,laju laju p duduk kat meja makan.   'makkk adik dah siap,nak makannnn!!' (tanpa rasa bersalah makan!)


#pesanan : kalau nak diet tolongla jangan hidu/bau segala jenis masakan ,masakan yang hampa suka ka tak suka ka jangan wehhh,sebab bila hati nak diet tapi mata dok tengok makanan sedap2,jiwa mesti meruntun2 nak makan...sooooo,please laaa kalau nak diet JANGAN SESEKALI LALU DEKAT DAPOR RUMAHHHHH! =(

Rakyat Malaysia paling ramai obesiti

RAMAI rakyat Malaysia mengalami obesiti dan bilangan mereka adalah paling ramai di Asia Tenggara


KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.




Monday, 14 November 2011

road bully



dah tengok dah ? hebakkk (hebat) tak? memang road bully terhebak di jalanan la,tertiba ja buat samseng cam tu, block keta orang,tak nak gerak then langgar haha.

tapi yang minah turun kereta tu pon,masa driver keta kecik tu dah undur ke belakang dia follow rapat2 ja,memang kasi hangin satu badan la orang tu.haha.

yang best tu,sanggup g langgaq keta tu,dah la keta rosak,kena g baiki,guna duet plak tu,then ada cctv klat situ,tah2 pas ni kena tahan dengan police tak pasal2 ja masuk jail.aisshhhh..

manusia zaman sekarang unpredictable =(  naseb baek saya anak Malaysia! =)

pokok duit


pernah tengok tak pokok duit duit? this one is what we called pokok duit! money is on the tree..haha

seriously masa aku kecik kecik mak aku kata,haa tu la pokok duet (sambil tunjuk at the plant). aku pon tercengang dan masih tengok lagi pokok tu, cuba teka aku tengok apa? aku tengah cari duet la wehhh.dah nama pon pokok duet!

mak aku dah gelak2 dah sebab mak aku tau aku dok cari duet kat pokok tu..eksaited la,cuba bayangkan,kalau ada pokok duet betol betol duet dalam dunia ni,sumpah aku nak tanam pokok duit duit tu in every space in my house!! dalam toilet,dalam kereta,dalam bilik tidur,dekat ruang tamu,EVERYWHERE! I mean EVERYWHERE la..haha

sapa takmau duet wehhh..dan aku sangat la tak suka kalau bangun2 pagi,terus termenung pikir pasal duet.deep in my heart saying, 'money can make people argue,money can make people hate each others,money can make us smile,conclusion is money is everything!'

Sunday, 13 November 2011

the kids in the cinema!


still ingat those kids? danish,kimi dan sorang lagi sedara aku punya anak.guess where they have been last night? they were watching real steel because the momma have a date with AARON AZIZ at Istana Budaya for 'Badai Semalam' theater.


kak aku tu memang allerguc sikit kalau bab bab Aaron Aziz ni,mesti nak p punya,tu yang sanggup p tengok Aaron Aziz in person dekat theater tuuuu..heyyyy! me cant go u know..i want to meet him in person too,actually once alive! nak jugakkkkk! haha


cakap pasal 'the kids in cinema' i rememberes one thing that happened when i was in cinema too.KIDS nowadays are sooooo advance and they are very very brave enough to do 'such thing' in the cinema! excuse me i saw you!  heyyy u just around 14 y/o 15 y/o like that okew! behave laaaaa,muka baik gila,muka memang budakk habehhh la,kiss sampai bunyi bunyi memang melampau la,u just a kid oke! naseb baek aku tak da adik,kalau tak,memang aku ikut ja dia nak pergi mana ja lepas ni. i mean please la KIDS , ACT BASE YOUR AGE PLEASEEE!

Saturday, 12 November 2011

MARS VS VENUS

today im talking about we women.perempuan memang pelek,ohh im a woman too,so i know im pelek,seriously kadang kadang aku perasan bila lekai cakap kaun hawa ni pelek,mesti kaum hawa nak melenting,padahal bila duduk dalam bilik sorang sorang diam diam,baru terpikir 'eh betol la kaum hawa (aku pon) pelek! 


situasi bila kaum hawa pelek.tapi kadang kadang ja tau.erk T_T



FACT : bila perempuan cakap nada macam nak tak nak layan ja tu,maksud nya dalam hati dia jawapan untuk soalan yang ditanya tu ialah YES!YOU DID SOMETHING WRONG!! dan if awak betol2 sayang / care saya,mesti awak akan tanya saya lagi,awak akan tanya saya kenapa saya jadi macam ni.



FACT : oh please la MESTILA NO! mestilah  ada benda yang tak kena antara kita,dan kalau awak nak settlekan semua ni,awak kena tanya saya lagi,tanya apa yang buat saya kecik hati /  bebai sampai macam ni..it's simple right? JUST ASKING! =)



FACT : YES!!! dan if u really CARE, you will ask MORE QUESTIONS! =) see again guys uolls just kena tanya ja lagi,tanya laaaa lagi banyak2 tauuuu =)


# KESIMPULANNYA,permpuan memang complicated dan memang susah nak fahami kami ni,but just simple kan,bila lelaki just kena TANYA MORE QUESTIONSSSSSS untuk buat semua ni kembali normal...kan senang? =) 

ask more to understand much more about us =)

women need guys attention to feel loved
=)

TABUNG MASA DEPAN