tabung shopping!

Thursday 29 September 2011

kenapa

kenapa kita perlu salahkan takdir bila kita menangis 
TAPI
kita lupa pada takdir bila kita gembira?


*jadilah manusia bersyukur selagi boleh berubah*

henpon

#sapa nak hadiahkan saya blackberry torch sebijik? >.<




Mesti semua ada blackberry (bb) kan?eh eh aku tak dak pun.ahaha.maklumla aku penganggur terhebat abad ini,sapa pun tak mampo nak menganggur macam aku ni ok,pagi bangun,gosok gosok muka sikit,tengok tv,tukaq tukaq channel astro tu dan tengok movie yang sama yang astro ulang seminggu dah, tengah hari mandi,lapaq p makan,petang online, tengok tv lagi,malam maen game (aktiviti ni baru ja masuk dalam list hidup aku.ngee) pastu tidoq..ohhhhhoooiii kau mampo camtu? Sungguh bukan menantu kesayangan la macam ni.ehehe



Aku guna dua bijik telepon..sebijik telepon Sony Ericsson dan sebijik lagi henpon ohh ni henpon paling mudah diguna..waktu gelap ja mesti aku cari dia.haaa..apa2?teka2? haha






Mestila bb torch aku,ehehe mestila Nokia yang ada torchlight tu..henpon ni agak murah berbanding dengan henpon yang lain lain tu,maklumla henpon ni black and white screen ja..henpon ni la henpon paling mudah nak SMS.betol tak?dengan keypad lembut gila,tulisan SMS besar gedabak,kalau text orang without looking at the screen tu pun boleh ok..ni baru orang panggil Ratu SMS.haha.



Tapi dua dua henpon  ni aku sayang gila dan tak mau p trade in..hehe..mesti la ada kenangan di sebalik henpon henpon buruk ku ini..



#elehh mesti ada orang yang sayang henpon dia for reason reason yang kadang kadang orang rasa ‘haaaaa?what?’ haha..okey kan if aku kata aku sayang henpon henpon ni sebab SMS yang daritahun 2010 aku tak delete and keep reading it..cool tak?kenangan oke…tambah2 dari orang tersayang.ehem ehem..

Wednesday 28 September 2011

Plants vs Zombies

Plants vs Zombies
 


mesti semua penah dengar pasal game ni kan..game yang agak femes la bila buka laptop konon konon nak buat assignment yang ber'due date esok tapi tiba tiba ter'main game ni.ahaha..sumpah ralit gila main game ni.aku siap lawan dengan kak aku main game ni..lawan sapa cepat habis level tu..dia sampai level 5..tapi banyak gila anak anak kepada setiap level tu.



'zombies like the taste of your brain!' haha biadap punya zombi



kalau main game ni,aku akan mute kan sound dia,haha,sebab sound dia macam apa lagi,gerun nak mampoih..game ni kita kena lawan zombi zombi tu daripada makan otak kita dengan defend dengan menanam pokok ka buh bom ka pistol ka,untuk beli benda benda tu kena la kumpul matahari, satu matahari 25 ringgit la konon nya..matahari ni pun akan dapat daripada pokok matahari ,kena beli jugak.ahahaha..





 punya la excited main sampai just in a day aku habis main..ok riak! semalam siap tidor pukul 3 pagi semata mata nak main game ni.haha.yang paling cool ialah,at last zombi ni hantaq surat dia kata dia surrender la tak mau lawan dah, but dia just nak menyanyi sekali ja.haha.comey gila...tapi aku tak rekod la.aku just snap pictures..hehe..


ni atas bumbung umah.hehe..

zombi ni attack kita dari semua sudut,depan rumah,belakang umah ada swimming pool pun dia attack,siap berenang renang lagi,atas bumbung ni last stage dia,kita kena lawan dengan ketua dia yang memang payah nak mati la.haha..tu kaki ketua dia..sepatutnya ada pasu bunga kat depan tu,tapi ketua tu sesuka hati dia ja lepas aku penat penat kumpul matahari dan beli pasu bunga la bom la,dia dengan senang hati pijak bagi pecah benda benda tu semua..eeee..tapi naseb baek aku menang at last! hehehe..


# main game memang dapat tenangkan pikiran.serius!

mathematics


korang pernah rasa nak bubarkan subject mathematics (math) tak dalam silibus?ahha...tambah tambah additional mathematic (add math) kan?pehh dulu masa aku form 4 (sekarang bukan form 4,maksudnya aku dah tua T_T) aku amatlah meluat dengan subject add math ni..isk la..kalau time Add Math tu,mula la perut aku rasa memulas mulas,peluh memercik mercik (Dah macam cita seram) punyala gabra/gelabah tak mau belajaq..padahal belajaq ja add math tu..kalau tak paham,tanya la cikgu kan?tapi aku ni pelek sikit banyak,kalau tak paham takmau tanya..ohhh saya pemalo!



penah dengaq pepatah kata 'kalau tak tau kena tanya'..tapi untuk aku plak 'kalau tak tau,buat tak tau ja la' muehehehe..keji tak?sampai kesudah aku tak pandai pandai..tiap kali aku exam add math ja,aku blur,orang lain punya la relax jawab,tapi aku ni berpeluh peluh,macam amik exam pendidikan jasmani pulak..huhu..last last aku dalam F ,oh aku penah dapat 38%!! masa amik paper tu,rasa terjun masuk kolam! eisk la malu la woiii...tapi aku tetap cool dan tak tanya cikgu bila aku tak paham.muahahaha



lama lama barula aku jadi pandai sikit,sebab apa?sebab malam malam time orang tidor aku bangun study group dengan dua orang lagi member aku (gigih usaha!)..walaupon mata dah mengantuk tapi disebabkan dah nak dekat final exam kami bertungkus lumus,dan bila tak paham jugak ,KAMI P TANYA CIKGU GHANI! (time ni aku dah insaf dah,dah ketepikan rasa malu nak tanya ciku)  ohh aku sayang dia gila..sebab dia aku dapat add math A1! Ohh ini bukan riak,ni nak habaq bertapa pentingnya cikgu dalam diri kita. :)



time preparation class aku (aku dok sekolah asrama) dengan member yang lain p la kat Cikgu Ghani ni..haha yang paling cool belajaq dengan dia,dia akan baling kerusi kalau kita tak paham.muehehehe.kadang kadang kalau kita  tanya dia sebelum try betol2 nak solvekan soalan tu pun satgi dia kata macam macam.haha..gerun kot but still he's the best!  rasa nak qeyau bila dia buat macam tu mula mula,,tapi now aku rasa aku sayang dia gila,dan dia memang patut buat macam tu dulu,kalau tak sampai sekarang aku tak suka math!!



oh tiba tiba rasa nak jadi lecturer/cikgu nak ajaq Math..ada keja kosong tak kat Matrikulasi  mana2 nak p keja?huhu..tau tak cara nak apply keja jadi cikgu matrik? *erk apa kaitan ni..huhu kalau tau kongsi ya cara..thanks!*

Monday 26 September 2011

delicious pizza!




disebabkan tak makan dari pagi,kami sekeluarga telah order pizza untuk malam ni.eheee...(sebenaqnya aku la cadangkan makan pizza ni,sebab aku yang lapaq,depa semua tak lapaq!) 


sebab pengaruh iklan dalam radio tadi,dok sebut sebut pasai pizza hut,uishh perut aku teruih lapaq la..padahal tak la lapaq tera mana pun,tapi disebabkan pengaruh iklan kuat kepada anak anak MUDA (oh aku masih muda!) jadi aku terpengaruh..sangat lah kejam iklan itu =.=


ohh esok kena start diet bersungguh macam 'The Biggest Loser' mampo kah aku atau mampohka aku?kekeke

Friday 23 September 2011

bercinta sakan,tapi kawen dengan orang lain



entry ni aku rasa nak buat lepas aku baca satu entry kat blog member aku ni..macam comel ja kan tajuk dia kan?and yang buat aku rasa interested untuk buat entry pasal tajuk ni sebab memang betol kan keadaan ni berlaku kan? T_T  it really happened! 


bila bercinta obviously dah pikir nak kawen kan..oke sesetengah orang tak pikir nak kawen,dorang bercinta just untuk suka suka,nak buat peneman,buat teman SMS bila bosan.bagi aku buat apa nak buat semua tu..nampak macam desperate gila,nampak macam useless gila hidup tu kalau bercinta semata mata untuk hilangkan bosan.*serious*


mungkin kalau kanak kanak bercinta,macam cinta monyet ka kera bercinta ka apa ka,memang time tu mungkin hanya pikiaq nak syok syok,nak tayang kat kawan kawan 'weh aku dah couple weh,awek aku cun ok,boifren aku tough siap boleh dukung aku lambung lambung'...ehhh! 


cuba bayangkan bercinta bertahun tahun tiba tiba one time tu,putus cam tu ja just sebab benda benda bodo..contohnya, 

@ i dah tak da rasa sayang kat u macam awal awal kita couple. ( nak tipu pun agak2 la,mesti ada sebab yang buat hang dah tak syg kan?)

@ i rasa kita dah tak serasi ,kita selalu bergaduh la ( tak serasi sebab taknak berbincang!)

@ i dah jumpa orang lain yang lebeh paham diri i  ( lempang mau?)

@ u dah gemok la,dulu u kurus ja,sekarang dah gemok tak cantik.i tak suka. ( bab ni paling aku meluat gila!)

@ u jarang ada masa nak keluar dengan i.i ajak p tengok wayang pun u tak mau. (ingat budak2 sekolah ka,tak payah keja..tolenrasi sikit boleh tak?)

@ i sebenaqnya GAY (ok.kalau yang ni,kena lepaskan dengan rela hati dan nasihatla supaya dia pulang ke pangkal jalan.kekeke)


kita bercinta jangan terpesong sana sini.oke.tipu la kalau bercinta tak pegang tangan ka apa ka kan,but remember this in your heart, if one day, he/she not the one for you,you will regret it..believe me :)


so,bila bercinta kita kena ikhlas dan selalu berdoa kepada Allah s.w.t supaya boifren/girlfren jadi jodoh kita..kita kena usaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita sayang  :)



study

mesti kebanyakkan blogger sekarang ni tengah study,or sedang tunggu nak masuk belajar kan? ehem macam aku la tu.muahaha.mesti ada yang study kat abroad kan?sapa tak mau p oversea tambah2 p untuk study,yala dah la p study,study sekali dengan mat/minah salleh yang rambut blonde,mata biru auwww! sapa tak suka nak rasa kelainan dalam hidup kan..


kalau tak mesti muka i berlatar belakangkan gambar ni.(perasan ok)



mesti lain kan,mangkit tdoq kena speaking London dah,nak berbual pun kena speaking London,semuanya speaking.seronok oke..at the same time boleh la nak perelok sikit tatabahasa yang tunggang langgang tu,tambah vocab yang sememangnya kurang tu kan.muahaha..memang membantu diri sendiri untuk berjaya..


rugi gila sapa yang boleh p tapi takmau p kan? (ok terasa) T_T bila tengok kawan kawan yang p study sana depa syok gila,auwww..mai tang aku,aku ni kalut pikiaq segalanya..aishh..konon kalau p susah la,dah la speaking ke laut,tak reti la nak hidup jauh jauh ng family (padahal setahun ja), tak boleh la nanti rindu la (skype ada oke!) macam macam la alasan yang bodo dok terbang dalam kepala hotak aku.kekeke


tapi sebenar alasan utama aku ja tau.takkan nak jaja satu dunia bagi tau awat aku tak mau p kan,awat aku tolak study kat abroad kan.aishh.ehhh memang la aku ni takut bila nak speaking (takut!gelabah ok.haha) terok tak.tapi lama lama sure boleh kan.tapi biarla..semua dalam kenangan..but now just rasa macam isk rugi nya tak leh tengok tempat orang!! huhu


:)

Thursday 22 September 2011

sekarang musim bertunang/kawen ka?

#google



memang betol eh sekarang musim kawen? ataupun musim bertunang..eisk aku rasa dah agak ramai (seorang pun kira ramai ok) kawan kawan aku bertunang,yang kawen tu ada jugak (kawan sekolah) ..syok nya tengok depa ni dah kawen,mesti la syok..p mana pun berdua,yang kita yang tak kawen ni p mana pun sorang2.huhu.terasa diri sedikit terancam,dan bahaya..haaa.betol tak? 



awat bahaya? yala, kalau keluar sorang2 (bagi yang belum kawen) bahaya la,kang kena culik ka kena sihir ka,oh tadi aku tengok Wanita Hari Ini, sihir ni bukan saja boleh berlaku face to face BUT through 'SMS' / text message pun seseorang tu boleh disihirkan..ini betol dan ustad tu kata through SMS lah yang paling senang sihir dilakukan..



ok sambung balik bab kawen,jadi kepada yang belum kawen sangat lah bahaya,,jadi apa kata lepas ni p kat mak/abah masing cakap : 'mak,saya nak kawen sebab sekarang banyak jenayah berlaku.jadi kalau kawen kebarangkalian untuk berlaku jenayah ke atas diri saya agak tipis sebab ada pelindung saya (si suami) di sisi saya. (sambil senyum tergedik gedik,jangan lupa buat muka serius nak kawen!)'

 

kalau berjaya roger aku wehh..aku pun teringin nak try tanya! hehe.cuba tanya mana tau kot mak abah bagi..auwww! nak cuba la kat mak,,oh mak adik mahu kawen..kekeke..kalau mak bagi takpa,kalau mak bagi ayat ayat laser yang boleh bagi hati aku bernanah dua tiga jam plak macam mana ? huhuhu *oh mak baca la blog adik..moga adik boleh kawen cepat.erk!*



#entry penuh dengan rasa terkilan sebab tak dapat kawen lagi..oh saya mahu seorang pelindung diri..seorang ja takmau dua orang.kekekeke..boleh la panggey dia si suami yang tough! haha

someone has stop trying



pernah tak korang berada dalam situasi ni?
situation yang dulu dulu sebelum couple,
boboy ni tergila gila/terkejar kejar,sanggup buat itu ini,semua benda sanggup buat..



SITUASI 1 : bila gugurl minta tolong boboy amikkan kat satu tempat

'takpa takpa i p amik u,u tunggu tau lagi setengah jam i sampai,i pinjam keta member i p amik u oke' (pulun gila nak p amik sebab nak tunjuk 'oh you can reli on me bebeh')


SITUASI 2 : shopping time :)

'u nak teddy bear tu ka sayang?nanti i dapat duet ptptn i hadiahkan untuk u oke sayang' 
(sanggup berhabeh duet guna duet ptptn plak tu semata mata nak beli teddy bear yang dulu kalau laki tgk teddy bear 'eisk apa barang teddy bear ni semua')


SITUASI 3 : nak ajak dating

'i dah siap dari tadi lagi sayang.dah ready atas moto ni.takpa.hujan sikit ja.nanti balik i mandila.' (hujan  tak menjadi penghalang oke time nii)


SITUASI 4 : anniversary :p

'sayang,happy anniversary yang ke sebulan sayang.i love you so much.nah i hadiahkan sejambak bunga kat u.semoga you gembira di sisi i'
(nahhhhhh anniversary yang ke sebulan tuu..orang sambut setiap tahun.tapi dia ni sambut tiap bulan.ni namanya usaha tangga kejayaan)


tengok.semua tu boleh dibuat before couple..
eh gugurl bukan kaki kikis pun.
tu semua boboy yang buat..
lepas dah lama lama copule mula bunyik macam macam..


SITUASI 1 : bila gugurl minta tolong boboy amikkan kat satu tempat

'u balik naik cab ja la.i busy ni.' 
(dah tak caring dah..dah jemu la tu)


SITUASI 2 : shopping time :)

'u nak bear tu ka?u ni.i tengah sesak ni..tak payah la beli bear bear ni.u tu bukan umur 12 tahun yang nak main bear semua ni.iskkk'
(mula merungut)


SITUASI 3 : nak ajak dating

'hujan la sekarang ni.i malas keluar.nanti nanti ja la keluar'
(afford nak keluar dating dah kurang)


SITUASI 4 : anniversary :p

'eh yaka anniversary kita hari ni?bukan minggu depan ka?i busy la.tak ingat benda remeh temeh ni la'
(benda remeh temeh boboy kata?gugurl rasa nak lempang boboy ja tau dak??)


#gugurl bukan kaki kikis.gugurl takmau semua duet/harta boboy,tapi kalau boboy nak bagi pun apa salahnyakan..haha.tak i mean bila dah dapat couple,jangan boboy berada dalam situasi selamat/cool,buat dekk ja dengan gugurl..


gugurl suka bila nampak afford boboy untuk tarek hati gugurl..eh gugurl pun selalu usaha nak bagi kita bahagia oke..boboy kena usaha untuk berubah sebab...


sebab kat luar sana tu berlambak lagi boboy yang lebeh prihatin terhdapa gugurl..


JUST PLEASA DONT STOP TRYING..nak hidup bersama selamanya bukan sebulan dua ja boboy oiiii
:)

Wednesday 21 September 2011

rebonding -burn duet aku!

ingat tak aku cakap aku p rebonding aritu..huhu..nak jadikan cerita oh rambut aku tak luruih dah.dah tak leh buat iklan syampoo guna jari pun boleh la..kalau rambut ni,guna garfu pun belum tentu boleh~  tak lurus langsung.disebabkan tu,mak aku tak puas hati la dengan service Coco Spa tu..jadi mak p complain.aku ni kan cuak sikit banyak jadi aku ikut ja mak naik tangga ke Coco Spa..


kak yang buat rambut aku tu 'off' plak.dia cuti hari tu..tinggal la tiga pekerja yang lain.pakat kalut la nak cari kak tu.ahaa...


then mak aku cakap elok2 la ,bukan nak gado just nak tanya awat jadi macam tu..eh eh seratus tu bukan sikit okew.banyak! bukan senang nak dapat duet sekarang ni..then dia call boss dia..



pekerja 1 : takpa nanti adik mai lagi sekali,kami buat sekali lagi nak tengok sama da masalah apa,sebab haritu memang susah sikit nak letak ubat kat rambut adik.tapi kena bayar rm40 sebab untuk charge ubat..

mak : haish makcik takmau bayar apa dah aih..baru tiga hari dah kerinting balik..rm100 plak tu..mana boleh.

pekerja 1 : takpa takpa.nanti saya call boss lagi sekali tanya dia macam mana.

pekerja 2 : (mai dekat aku,pegang rambut aku) betol la.rambut tak jadi..takpa adik.nanti adik mai laen.kita buat laen.janji adik puas hati 

aku : kena bayar ka?

pekerja 2 : takpa takpa.adik mai dulu.before mai telefon kami dulu untuk bincang..

aku : kalau bayar saya takmau.saya nak minta duet balik sebab baru 3 hari dah jadi 'back to normal hair' dah.mana boleh..


pekerja 2 : takpa.kami usaha.nanti telefon dulu.

mak dan aku : ha takpala macam tu..nanti makcik mai laen na..maaf la na kalau salah apa2 .makcik nak habar ja,mana tau salah ubta ka apa ka.


#haaaa takut pun kat mak gua! kekeke

Palm Spring Resort Port Dickson - berHANTU

 # saya dapat emel tentang ni.unedited!


great looking :)

  

Rabu, 15/6/11 

saya dpt voucher free 3h/2mlm @ Palm Spring Resort PD  – Tolong jgn duduk situ!

 
cantik!



 1.30pm

Check in. Receptionist dia ok, 5 star. Tp apartment? Ya Allah, seram, mcm kedai tinggal, usang, suram, beberapa blok pecah2, berlalang, parking lubang sana sini, kolam renang kering & xde org lain check in langsung! Masuk bilik, langsir lusuh & koyak2. Tuala pun sama. Sgt2 lain suasana bilik tu. Remang tengkuk, tp cuba wat xtau. Rasa panas sgt (pdhal dh on aircond paling sejuk & kipas paling laju!) kami g mandi laut kt Blue Lagoon. Ok la, laut bersih & cantik.

 

 6.30pm

Balik bilik. Husband nmpak 'benda'  di sebalik tangga & 'benda'  itu hilang dlm dinding! Tp dia diam je, xnk bg tau.

 
7.00pm

Lps mandi husband xsedap ati, nk balik time tu juga! Masa kemas beg, anak saya duk renung toilet. Husband marah, jgn pndang toilet! (mereka bdua nmpak 'bnda'  tu ada dlm toilet!)

 

 7.20pm

Masa nk keluar bilik, tiba2 anak saya ckp “baby xnk balik, nk main kt sini, ada kawan. ‘Dia’  nk kawan ngan baby” ohh tidak! Kami paksa dia kuar bilik. Gila la!

  

 7.25pm

Masa sibuk masukkn beg dlm kete, anak saya lg skali duk tenung tangga apartment, tp kali ni muka dia takut sgt2!

  

 7.40pm

Odway balik rumah mertua kt seremban, dlm kete husband citer ape yg dia nmpak. Tiba2 anak saya mncelah, katanya “mama, td ada hantu  kt situ. Hantu  tu ada depan baby, tkejut baby. dia nk main ngan baby” Ya Allah, aduhai!

Mlm tu tdo rumah mertua. Nasib baik anak x meragam. Tp saya xleh tdo smpai jam 4 pagi, baru terlena.

 
Khamis, 16/6/11  - Anak saya demam muntah2, terkejut agaknye. Dia banyak senyap & baring je. Pakcik husband saya bg tau, kolam renang hotel tu ramai budak mati lemas  & bilik hotel kami duduk tu ada budak hilang dlm bilik. Hilang begitu sje depan keluarga mereka!  Xde org duduk hotel tu pun sejak 3 tahun yg lepas.

 
Jumaat, 17/6/11  - Anak saya cakap “mama, hantu  tu takut air. Hantu  tu nk main ngan baby, hantu  tu ckp kt baby 'haahaaa...haahaaa' baby nmpak kt kt toilet, kt dlm katil..”

 
Ya Allah..nasib baik kami cepat kluar dr hotel tu, tanpa tdo 1 mlm pun!



_________________________________________________________________________
aku penah checked in kat sini..aku p dengan family..duk ramai ramai oke la kot..masa p tu aku pun dengar cerita bukan bukan la pasai apartment ni..tapi aku rasa normal la kan tempat yang macam ni,kejap orang check in kejap check out,kejap ada orang kejap tak da orang.mesti la ada 'benda'  tu nak menumpang jugak..


apartment yang akak kat atas ni ,aku pun tak tau apartment mana..sebab dia tak mention dan if pergi ramai2 still oke kot if nak stay sana.. :) 


kena sentiasa beringat kepada Yang Esa :)

Tuesday 20 September 2011

Wordless Wednesday : blanket

@_@

Felix AF3 sudah kahwin!

# ingat lagi tak tagline dia , 'SUSAH SUSAH AJA'.. mamat yang muka blur sentiasa dan asyik asyik nak buat lawak tu..memang muak pelawak dia ni.dah lama tak dengar gosip dia tiba2 dah kahwin 17September haritu..oh oh tahniah (bajet dia tau aku ucap tahniah!weee)


semua picture dalam ni pinjam dari sini



tengok muka asyik nak bagi orang gelak.

oh no komen no komen.haha..mestila komen!

soft gila muka wife dia ni.lynda~ :)

# sekarang musim orang kawen ka? :(

Khairul Fahmi dan Dahlia Teck - sedang saling mengenali




 
dulu kata bukan masalah pihak ketiga..tapi sekarang ..... T_T kenapa nak runtuhkan masjid yang bakal dibina kalau ada ramai lagi jejaka kat luar tu yang boleh kau goda..kalau jenis suka menyendeng sebab duet orang tu tebai,senang belanja sebab kaya,memang la pesyen pompuan apa tah..tak baik kot buat macam tu..dosa!


oh lupa plak.bagi yang tak kenal (aku pun tak penah kawan dengan dia.ahaaa) si perempuan ialah Dahlia Teck (nama femes ja okew) dengan si lelaki ialah Khairul Fahmi (kalau sapa tak kenai dia ni memang tipu,dulu masa dia jadi penjaga goal Malaysia,semua tergila gilakan dia oke.tapi sekarang oh hanya Dahlia tergilakan dia).. *tak takut ka dia tinggalkan awak untuk dampingi orang lain yang lebih sexy,daring,dan cantik?*


tapi mungkin ada juga yang kata dah tak da jodoh mana boleh paksa,kang bercerai berai lepas kawen lagi teruk (eh betol jugak)..semua yang berlaku ada hikmahnya..tapi seelok eloknya,sebelum buat keputusan nak melangkah one step ahead kena pikir dulu kelebihan dan kekurangan nya..bukan main terjah ja..


'eh eh esok aku nak kawen la,nak tunang dulu,lusa aku kawen'..tak boleh macam tu..semua ni involve commitment..kalau tak berani nak ber'commitment jangan dok gedik gedik try nak tunang ka kawen ka..kang jadi kes macam depa ni susah..sedang kan clash pun ada yang bunh diri,ada yang dari kurus jadi gemuk,dari gemuk jadi kurs,,haaa macam  macam boleh jadi..


apa apa pun,jangan pilih pasangan disebabkan paras rupa SAHAJA :
 'dinikahi wanita itu kerana kecantikannya,keturunanya,kekayaannya dan agamanya,maka pilih la kerana yang AGAMANYA...


kalau pilih yang cantik saja,cantik tak kekal lama,sebab masa tua,tetap kedut sana sini kecuali la ada banyak duet p cucuk sana sini kan? lol :|



Monday 19 September 2011

katil pelik

awat tiba tiba aku nak buat entry pasal katil?ehem ehem..i love katil! haha gila.of course la suka katil,mana tidaknya,pantang nampak katil,kaki aku tergedik gedik nak p kat katil nak tidur atas dia.mak aiii..empuk dia lain macam,tambah plak la ni asyik hujan ja dekat Jitra ni,memang lagi masyukk la bab bab tidor dan menambahkan menurunkan berat badan.ehem!


maklumla sebagai penganggur tegar selamanya buat masa ini (sila doa saya berjaya di esok hari,amin :) ) jadi saya pun suka la menggoggle sana sini..oh..bak kata kawan saya, 'kalau hang tak tau apa apa,hang goggle ja.semua ada!' ya saya memang pandai menggoggle sekarang!! terima kasih kepada kawan saya sebab nasihatkan saya benda yang baik.alhamdulillah :)


oh katil apakah yang saya google..mari menonton bersama.pelik tapi benar..awat kat IKEA takda juai?ohhoiii.nikmat nya tidoq di katil ini.aummmm! (oh kawan saya sangat tak suka bila saya guna perkataan ni,.ahhhaa,tapi saya suka! aummmm lagi.kekeke)




tengok katil ni.macam double decker yang selalu kita jumpa dekat asrama asrama (eh ka sekarang semua single bed ja? sudah lama saya tinggalkan zaman sekolah.saya dah tua @_@ ) dengan tanga yang tak cecah lantai,bergerigi kat tepi2 tu.aish kalau orang yang jenis tido lasak tu,pakai peluk besi tepi tepi tu la,kalau dak pun,malam tidoq atas katil empuk,esok pagi bangun dok atas lantai lempuk.ahaaa..


isk pelek sangat! takdak design laen sangat dah ka nak buat..lagu mana nak tidoq kalau bentuk macam ular kena palu ni?ingat badan macam cacing ka tak dak tulang,boleh lengkoi lengkoi tidoq macamulat kuang.haha.pelekkkkkk...kalau yang single tu takpala..kalau yang dah kawen lagu mana nak tdo?'hari ni saya tido atas,esok saya tido bawah kat lantai ya abang?'
baik tak payah kawen T_T




scary nya mak tengok katil macam ni.dah macam tidur dalam keranda..:| (kalau scary kena tulis mak kaa?lol!)




Bini Biniku Gangster -

muka kiut tapi gangster..haha.style~

pelakon movie ni memang star habis la..femes uolls~ sapa tak suka Shaheizy Sam ni..hero malaya selain Aaron Aziz ohhoiiii..movie ni bakal ditayangkan 22SEPTEMBER 2011 youlls!


jadi apa lagi,bagi yang bekerja sila sila lah jangan buat overtime 22September ni ok,bagi yang menganggur oh sila p minta duet dekat mak bapak nak tengok wayang abg kacak,kakak comel berlakun,kalau nak senang bawak sekali mak bapak p tengok,kompem senang dapat duet.haha..



abang yang untung kawen dua.kekeke
bini gangster yang pertama

bini gangster yang kedua


aku tengok 'di sebalik tabir Bini Biniku Gangster' ni. cool gila sebab apa tau..eh awek awek jambu /cantik jadi gangster.tak senyum dan p sepak terajang sebagai gangster.perghh! untungla Sam boleh kahwin dua dalam movie ni,comey comey plak.ehehe..



Sam jatuh tangga!




isteri dia mai.haha.muka tak leh blah!

part ni aku suka.dia jatuh tangga,kalut kalut tak dan nak bangun tiba2 bini dia bangun.haishh! muka control habeh dohh haha



# lu langsi,wa kawen lagi..muehehe..(tak takut meh bini gangster??haha)

Syafiqa Amirol Melvin,bekas juara Gadis Melayu 2


 Syafiqa Amirol Melvin, 22.Dia ni sapa?hampa kenai dia?aku kenai dia! ohoh mesti nak kata 'sapa tak neal dia ni bekas juara Gadis Melayu 2 tu la'..oh memang la dia juara GM tu.tapi aku kenal dia since kami sama sama matrik dulu..dulu kami matrik dekat Pongsu Seribu..Matrikulasi Pongsu Seribu,Penang. (eh alamat dia betol ka ni,aku panggil ponsu seribu ja)




time matrik dia ni comey gila kot..sama ja macam sekarang.dan yang paling aku rasa dia ni memang layak dinobatkan sebagai juara GM 2 tu ialah, DIA NI MEMANG LEMAH LEMBUT kat luar pun..bukan lakonan semata mata.



aku kalau bercakap dengan dia mesti satgi 'hah?heh?apa ulang sekali lagi sat?'...ha punya nya slow dia cakap.aku ni plak kalau cakap macam menjerit.terpekik-pekik (oh dengan kawan2 ja,kalau depan orang tua saaya pemalo = calon menantu pilihan!) muehehehe
 news ni aku baca kat ohBulan,tiba tiba keluar pasal Syafiqa ni..tu yang nak buat entry pasal dia.hehe..mungkin dia dah tak kenal aku sebab aku ni kawan kepada kawan dia iaitu Khaty..Khaty tu dia ingat lagi la kot.depa satu class dulu.hehe.dia budak jurusan fizik..aku ni budak Sains..oh cita cita aku nak jadi doktor okew~ tapi huhu hancor! (jangan dikenang kenangan lalu kan?)


see.cantik nya!



oh,Syafiqa ni penah jadi hos Bersamamu TV3 selama 2 musim.masa dia jadi hos tu,aku tengok dia lembut gila..ada satu episode tu dia mandikan orang tu..tengok! even dia tak kenal makcik tu,dia sanggup p mandikan..tengokla hati kecik dia yang baik hati tu..tak semua boleh buat begitu (aku rasa la)


ha!! Syafiqa ni belakon dalam filem 'RAYA TAK JADI!!' oke.even movie tu dah ditayangkan 15 September dulu, aku saja nak habaq juga..sebab aku tak kesempatan lagi nak tengok movie tu.jadi aku terkejut la,eh dia belakon..ohhoi!! kena tengok la!! (support kawan2!!)


ni komen dia :

Enjoy berlakon dalam filem Raya Tak Jadi, lagi-lagi apabila berpeluang berlakon dengan nama besar seperti Saiful Apek & Johan Raja Lawak,” ujar Syafiqa memulakan sesi temubual.
“Dalam filem Raya Tak Jadi, saya memegang watak sebagai Mas iaitu adik kepada Shuib (Saiful Apek) & Bob (Johan Raja Lawak). Karakter yang saya pegang tidak terlalu berat, amat sesuai dengan jiwa saya. Mas merupakan seorang gadis kampung yang tidak mempunyai pelajaran tinggi. Duduk di kampung untuk menjaga mak, pendek kata memang anak mak,”  kata Syafiqa yang ditemui semasa tayangan media filem Raya Tak Jadi, di The Curve, Damansara, minggu lepas.



“Sebelum ini saya aktif bergiat dengan teater. Malah, saya akan memegang watak sebagai gadis Belanda dalam teater terbaru berjudul Peminangan karya Anton Chen Chov dalam masa terdekat. “Apabila diberi peluang untuk berlakon filem, memang saya tak tolak. Saya banyak belajar daripada Saiful Apek & Johan seperti keaslian lakonan, body language dan tengok cara mereka sesuaikan diri dengan skrip. Walaupun hanya mempunyai 11 babak dalam filem ini, saya rasa ini satu batu loncatan buat saya untuk lebih serius dalam bidang lakonan,” jelas Syafiqa kepada OHBULAN!


Syafiqa turut memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa dia akan berlakon dalam drama berjudul Khilaf

Sunday 18 September 2011

cara membunuh lipas dengan mudah dan super cool!

hye saya la lipas yang nunun takut sangat tu! :)



membunuh lipas dengan cara yang TIDAK BIJAK iaitu dengan memijak atau memukul lipas dengan kasut atau old newspaper..ohh sangat la geli..dah la nak pijak pastu terjerit jerit sebab geli..ya Allah..awat la aku takut dengan lipas ni..aku memang seram pelek dengan lipas ni walopon dia makhluk yang alaa memang small the matter la kalau nak hapuskan tapi bagi aku,oh no! lipas ialah makhluk gergasi yang boleh membuat aku trauma! haha



sebenarnya,bila kita pijak lipas tu (bagi yang tak guna Ridsect) , telur2 lipas yang beribu ribu dalam perut lipas betina tu (terkecuali untuk lipas jantan) tak  kan pecah sebab telur lipas ni kuat..jadi bila kita dah pijak tu,opcoz la kita biarja lipas tu kan (oh bagi orang yang macam aku ja : takut lipas ) ..sebab aku dah bangga dapat bunuh lipas yang jahat tu.ahaha..sepatutnya kita kena lap tempat kita pijak lipas tu dengan air sabun sebab nak bagi telur telur dia dah habih dilap dan tak terbiar begitu saja..kang hidup plak anak anak lipas tu...



cara yang mudah dan jimat untuk membunuh lipas di rumah : ni cara natural tak payah guna racun atau insecticide or bla bla bla..mula2 kita letak air sabun dalam bekas spray bottle tu..yang macam kita guna untuk spray baju time nak iron?can you imagine it?okey..tadaaaaa....:)



hye.saya spray bottle :)


bila nampak lipas just spray kan dia..lipas tu akan mati dengan cepat sbb dia tak dpaat bernafas kerana lipas bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan..air sabun tadi dah tutup liang pernafasan lipas tu la..



jadi kita jimat sebab tak payah beli RIDSECT @ BAYGON yang agak mahai tu..duet tu boleh buat shopping! ohyeah.. :( oh atau pun bersedekah (tiba tiba rasa jahat sebab nak shopping tak nak beramal langsung)



tengok la sengugut saya yang panjang,kaki saya yang tajam..ngeri tak?muehehehe



# boleh la kita membunuh lipas dengan mudah dan jimat lepas ni! ohyeahhhh

TABUNG MASA DEPAN