tabung shopping!

Thursday 31 May 2012

one word,RESPECT!

bila kurang upaya ni (untuk aku ja) cepat ja rasa nak sentap.sebab sebelum ni,boleh buat semua kerja sendiri,jalan laju laju ja bangun kalau nak amik apa2,ulang alik ke dapor untuk minum atau makan senang ja.

takda nya nak minta tolong semua orang.tak gamak nak mintak tolong sebab takut susah kan orang.sebab benda yang nak diminta tolong tu sangat simple

'boleh tolong angkat jug ayaq mai depan tak satgi'
'amikkan pinggan sat'
'tolong ambilkan pencil box saya dalam beg sekejap boleh'
'boleh pegang kan benda ni sekejap?'
dan etc

ya aku tak mampu buat semua tu,tangan pegang tongkat dua2 belah jadi aku dah tak mampu nak pegang benda lain,cuba imagine tangan pegang tongkat dua2 belah dan nak kena angkat jug air yang berat (utk aku ja berat) , dari boleh minum air tu, pakai tumpah la kalau aku yang angkat benda tu

cepat sentap sebab kadang2 perkataan orang lain tu membuat kan kita rasa 'eh aku susah kan dia ja kan''aku xmampu la nak buat' 'aku bukan sengaja takmau buat la!'

perkataan CACAT, AWAT TAK BUAT SENDIRI sangat sensitip untuk aku sekarang.bukan takmau buat TAPI tak mampu,jangan cakap banyak kalau tak rasa.jangan ingat aku memain bila aku kata leteh even bila masa pakai tongkat ni pun meletihkan.jalan enam tujuh langkah dan kena stop rehat dah sebab leteh.berat badan ni bukan senang,hang kena hayun tongkat tu dulu sambil meringankan diri yang berat ni.bukan benda mudah!

jangan kata kat orang kalau diri tu tak rasa,benda tu buat orang lain kecil hati, bukan semua orang boleh terima LAWAK BODOH tu.tak lawak dan menyakitkan hati.

kalau nak rasa perasaan aku,try rasa looser gila,takleh guna kaki hang sebelah,p mandi kaki kena angkat sebelah tak boleh kena ayaq siap ikat plastik dekat kaki sebab takmau kaki kena ayaq nanti bau busuk,nak minum ayaq kat dapoq tu kena tahaq dahaga sebab leteh nak bangun p amik ayaq kat dapoq, nak jalan p kelas berhenti 3 4 kali sebab letih,naik tangga lompat2 untuk naik setiap anak tangga tu,bukan senang! leteh dan sakit.

jangan cakap benda2 bodo la,sebab tak jadi kat diri sendiri. tak lawak langsung.paham?TAK LAWAK!

lepas ni kalau jumpa orang CACAT jangan panggil dorang CACAT but GUNAKAN PERKATAAN YANG LEBIH ELOK/BAIK.

 sebab aku penah jadi CACAT tu dan MEMANG SANGAT KECIL HATI BILA ORANG SEBUT PERKATAAN TU.
dalam hati hanya mampu menangis dengar orang panggil hang macam tu.sumpah sedih.hanya Allah swt yang tahu.

even u lawak ka tak,please la pikir hati orang tu,tak lawak dan rasa sangat 'kau takdak hati perut ka nak buat lawak macam tu??'

walaupon orang kurang upaya tu jugak dipanggil cacat tapi mana perkataan yang lebih elok/sedap didengar?pikir! sekolah pandai2,dah masuk tadika,amik UPSR,lulus PMR,dah lepas SPM,takkan tak boleh pikir MANA YANG BOLEH BUAT ORANG SENYUM ATAU MENANGIS?!

macam jugak kalau orang cakap 'eh anak kau CACAT ka?'
hati sapa yang tak sakit hoii.cacat is just a harsh word for me!
sebab aku penah alami nya.

FIKIR SEBELUM CAKAP.TAK SEMUA ORANG GEMBIRA DENGAN KATA2 AWAK.RESPECT!

Wednesday 30 May 2012

kereta kemek dan "petanda air" nya


bilamana aku ada banyak masa yang sangat terluang dan sangat sangat rindu terhadap blog,jadi habeh gambar dulu2 aku godek nak edit,sekali boleh letak benda warna kuning tu siap letak link blog ni.miahahaha.senang skit kalau nak edit nanti tak payah setiap kali nak upload dalam blog baru dok gagah tulis seketoi2 link ke blog ni haii.

memang lambat dan bukan diri aku la yang malaih ni hai.haha.ni first try ni.tadi tengok comey ja smiley ni,sekali buh tang gambar ni buruk la plak hai.kecewa! >.< nanti buat watermark lain la haha

by the way tu kemek kat kereta sport i tu hasil dari langgar lari masa i parking kat tasik Darulaman masa berjimba dengan rengrakan..tergamak langgar kereta i.moga2 dia berubah selepas ni tak main langgar2 dah kereta orang.sobs.

; petanda air = watermark (bahasa mengundang failed subjek bahasa Malaysia i tau.aish.adik2 jangan tiru pls.muahhhh

haaa ni haaa PTPTN



sapa penah buat pinjaman PTPTN?hands up,put you hands up.ok angkat jari ja >.<  ni bukan pasal kes ptptn debat apa semua tu,aku tak sempat tengok pun debat2 tu semua,aku dok kalut tengok total revenue equal to price multiply with quantity, dok kalut hapai graf MC,AC,SHORT RUN,LONG RUN,SEMUA RUN RUN..aku hapai business economics sampai termimpi2,hapai 2 3 kali pun,bila try tak mau tengok notes,otak jadi blank apa jadah pun tak hengat. T______T 

oh ok berbalik kepada PTPTN , kalau masa degree dapat first class degree,kita boleh apply untuk pengecualian daripada bayar balik ptptn iaitu dalam bahasa kampung aku tak payah bayaq ptptn kalau dapat 3.5 ke atas (untuk UiTM students sebab kat UITM first class 3.5)..

kalau rajin boleh la post terus borang ni,perlu serta kan sekali transkrip dan scroll degree yang sahkan anda dapat kelas pertama tu.pastu p fotostat semua tu p mintak cop dekat universiti yang anda belajaq,cop pengesahan dapat first class la.

boleh pos atau pon fax kan borang2 ni,jadi bagi aku jalan mudah dan selamat gila ialah FAX kan borang2 ni lepas tu just call pihak PTPTN tanya dah dapat ka tak.tapi kalau anda hantar harini,call la esok tanya dapat  ka dak , dan bila depa dah terima borang ni,proses mengambil masa 3BULAN untuk tau result kita berjaya dak tak payah bayar balik PTPTN tu .. 3 BULANNNN TAUU 3 BULAN  T_____________T

: gambar atas tu bukan borang sebenar tu hanyala snap shot ja,kalau nak dapatkan borang p website PTPTN . ^______^ make sure jangan lebih daripada SETAHUN kalau nak isi borang pengecualian ni,valid setahun dari tarikh graduation day.


at last

akhirnya bernafas jugak ke alam maya ni,busy sangat dengan perkara2 yang berfaedah selama beberapa minggu ni.exam 2 weeks , sakit kaki pun jadi before nak exam,i meant kaki retak.siap berbalut,dah dekat dua minggu,dan sekarang kaki mula berbau sebab kapas yang kat dalam pembalut tu kena air. T____T

boleh bayangkan tak bau tu?bau kaki orang tak pakai stokin bila pakai kasut bertutup BUT ni lagi busuk . even aku sendiri bau, dah la memang pesyen kalau bau kaki busuk aku cepat pening.ce bayangkan masa aku bersila sambil study dan tunduk skit nak buat kerja,kaki tu dekat sangat dengan hidung ni haaa.

bau dia kemain menusuk2 kalbu otak ni kau.tapi disebabkan aku agak genius semalam sebab tak tahan bau tu,aku buang kapas tu.miahahha.kurang la bau but still busuk.

doakan kaki ku cepat sembuh dan lepas ni boleh lari lari sambil buat lompat bintang ya ^___________^
(maksudnya nak kata kaki dah sembuh la) kekeke

dan sekarang saya istiharkan saya dah habeh exam dan boleh bercuti selama 3 BULAN tanpa ragu2 walaupon tadi exam susah macam hiris pipi dengan pisau (nak habaq susah!) haha doakan saya lepas semua exam ni ya,amin



happy holidays  =)

Sunday 13 May 2012

restaurant Taj Hadramawt



tisu ja pun dah buat aku rasa nak amik banyak simpan dalam handbag,miahahaha.
tapi sebab kurang upaya kaki takleh gerak banyak
jadi tak mampu nak buat demikian
*pasrah*


chicken sandwich
(mungkin nama ni)
RM6 
macam twister KFC la yang ni
tapi xdak sos apa pun,disebabkan aku ni Melayu tegar,
aku siap mintak sos cili nak cicah lagi
kalau boleh nak mintak gulai sebab nak cicah tappi kedai ni memang takdak semua tu
maklumla kedai Arab.
kami pun arab ok miahahaha


ni isi dia yang macam twister tu.bergelimpangan ayam dalam tu.nyummm nyummm

  
chicken kebab (maybe)
RM15 sedap gila ayam dia.yang berlekuk lekuk sexy tu ayam tau
timun dia yang dok hias2 tepi tu pun sedap
manis ok,aku siap boleh makan saja
miracle sbb aku anti-sayur.tak lupa juga anti-dadah =)


ni chicken jugak tapi lupa nama,aishhh .maafkan aku.nnti kalau p kedai ni,pilih kat menu yang gmbaq macam ni.hehe RM15 jugak.bagi aku ,ayam yang atas tu lagi sedap sebab lembut skit.

  
makanan tiga orang Arab comel comel hihi.sebenarnya ni banyak gila.patut kongsi jaa hehe



nak sakit selalu la,ada orang jaga siang malam
seronoknya 
=)

malang tak berbau



kasut masih bau kedai,pakai dengan riang ria rejoice gila sebab nak p jumpa Ped,Ped nak bawak p makan sedap.oyeahhh.dalam hati dok nampak mcD ,tapi laksa OldTown pun nampak jugak..maklumla bila ada banyak choice aku jadi tamak.


semangat jalan sepanjang kedai ni,nak pilih yang terbaik punya kedai.hehe.tapi tak dak angin tak dak ribut sekali aku terpelecok kat depan kedai makan.dah la perut lapaq,punya la tahaq (tahan) perut tak makan dari pagi sebab nak makan dengan Ped.huhu.bila jatuh tu terus aku tak rasa lapaq tak rasa malu dah,hanya rasa sakit.hanya Allah yang tau sakit dia.mungkin sebab berat badan berlebihan menambahkan beban yang terpaksa badan tanggung buat sakit menjadi lebih sakit.


habeh kasut baru i koyak sikit.uwaaa.sayang kasut lagi tau.haha.balik bilik dengan muka sakit terus simpan kasut tak mau pakai dah,sebab first time pakai dah jadi macam2,sueyyy miahahaha




ibu jari kena gelapkan.hehe nampak tak bengkak?sebenaqnya kalau sebelum edit gmbaq ni akan nampak sangat bengkak mcm big foot.huhu.nak jalan kena seret seret ,kak aku siap kata macam kaki orang kencing manis.sebab my late uncle kencing manis,kaki dia macam ni ja,bengkak huhu




ni lah hasilnya.malam tu lepas bengkak merinin sangat p la jugak klinik uia ni,sebab takut gak la depa dok kata takut retak.takut ok..aku pun takut.p la bandage semua ni.kalau nak xray kena p hospital,memang takla,jauh kemain pastu kena balik sendirik.huhu.


tapi Ped,Ina dan Fatin telah tolong.hehe.im touched ok.bukan senang nak jumpa kawan susah sama2,sanggup tak p lepak dengan kawan2 lain sebab nak teman aku =/ terharu sangat.sayang semua =)


hargailah anugerah Allah sementara masih sihat =)




Thursday 10 May 2012

masalah tidur yang kronik

seriously aku sangat2 bermasalah dalam hal tidur dan tidur dan terus tidur.memang tidoq tu hobi,sejak dulu lagi pantang ada masa terluang even 5 minutes tambah2 masa pagi2 lepas bunyi alarm clock untuk sembahyang subuh and then snooze lagi 5 minutes aku akan tdoq jugak,bukan bangun regang2 kan badan,exercise apa.nope nope.thats not my style.not even a lil.my im perfectly sure that i love to sleep!-.- and that is my biggest problem now


now im doing my master,orang selalu cakap ala master full time plak tu,mesti banyak masa kan?siap boleh jadi RA (research assistant) untuk duet lebih.dan semua selalu tanya aku macam tu.terguris ati tau.aku bukan macam orang lain yang memang genius pejam sebelah mata dalam pun dah boleh jawab 2 soalan. aku ni kalau tak pejam mata dok bersengkang mata celik cerah cerah pon nak jawab 2 soalan pun azab.


aku sangat la bukan multitasking person.jangan la harap aku boleh buat 2 keja dalam satu masa,i meant kerja sambil study.memang dak la weh.ya ya ya,master banyak masa,kelas aku malam ja 3 jam,siang tu berlambak2 masa kan.


tapi aku ni terbalik,dah la class malam,so waktu malam aku akan berjaga sebab segar fresh lepas class,balik bilik cari sources untuk buat assignment sambil2 online fesbuk (bohongla kalau aku online benda berilmiah ja kan?kekeke) jadi bila dok godek sana sini,aku selalunya end up tidoq lewat around 3 atau 4 pagi.tu paling lewat la.sebab mata aku tak mengantuk langsung masa pukui 12 malam tu,padahai aku suka tdoq! stress ok.


bila pagi ja lepas subuh aku akan tdoq balik sebab kepala berdenyut denyut pening,so aku akan tdoq dan disebabkan aku class pukui 6 petang jadi kebarangkalian untuk bangun lewat jugak sangat tinggi!! so nampak tak bertapa aku telah membuang masa di waktu siang?aku hanya hidup sat ja waktu siang dan sekarang aku dah mula rasa sangat pening2 sebab TIDOQ TERLALU LAMA !!


nak minta tolong,macam mana nak buat bagi aku tdoq waktu malam iaitu waktu tdoq manusia biasa dan bangun macam manusia biasa.,..aku takmau dah hidup macam kehidupan aku ni.so burung hantu ok..tak baik untuk kesihatan.cepat lesu,letih,oh tapi satu kelebihan di sini sebab kurang makan sebab lebih tdoq,hahaha


p/s : pertolongan anda amatla saya hargai.serius sangat menghargai.tolong.ni pun aku plan nak tdoq awai tapi mata tak mengantuk langsung ='(

hijab


peringatan kepada semua terutama diri sendiri.mengejar akhirat in syaa Allah.marila kita bersama2. =)

Wednesday 9 May 2012

rainbow cheese cake

28 April hari tu birthday kak Wani,
plan punya plan tertangguh sebab ada kenduri cousin aku tiba tiba.
tapi at last walaupon lambat sikit still celebrate.

kali ni lain sikit celebration ni sebab selalu nya asyik beli kek secret recipe sebab yang tu ja sedap huhu tapi kali ni
kak Imah order kek ni dari kawan dia,
kawan dia memang jual kek ni,sekali dengan decoration yang unik2 cantik2

nak tempah habaq la =)



rainbow cheese cake.dari luar nampak macam krim biasa ja,tapi tu sebenaqnya cheese yang boleh mendemokkan aku yang sedia demok ni (demok =gemok version comel) 
kat luar tu semua cheese tauu



nampak tak tu tiang macam tiang goal tu.,tu pon akak tu yang tolong buat ok.siap type2 nama akak aku tu kat atas tu.masa memula kami bukak kotak kek tu terus rasa ya Allah comel nya siap dengan decoration ni semua hihi 




yang love love comel comel kat belakang tu akak yang jual ni buatkan jugak.
kreatif kan?serius sangat comel.
yang LOVE YOU depan tu ialah lilin.
tu kami beli kat kedai kek 2 hinggit setengah.hihi



rainbow cheese cake!! =)


ni masa nak surprise kan kak Wani masa dia baru balik beli barang kat kedai,tutup lampu dalam rumah bergelap berpanas sekejap tunggu dia masuk rumah..lepas tu terus nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY TO U!!! kekeke husband dia buat muka tak tau ja padahal ni plan dia laaa hihi akak aku ingat husband dia lupa 

nasihat kepada suami ,sila jangan lupa tarikh2 istimewa dalam hubungan anda
terutamanya tarikh akad nikah dan birthday isteri.

kalau lupa,parah! hihi


tarikh tunang kena ingat x?hoho.
ka tarikh mula2 sms/call?

ok jenoh nak ingat semua!hahaha





ni la yang dikatakan rainbow tu..mak aku kan buat kek dan jual jugak,so bila mak tengok ni,terus mak kata 'renyah nya nak buat kek ni'
renyah tu susah/makan masa.
tengok la tu berapa layer kek tu haa,jenoh kena tunggu selapis selapis masak.memang hanya orang yang bersabar ja boleh buat.

kek ni sangat sedappppp!!
harga dia kalau tak salah around RM 80 -90 sekali dengan decoration semua tu.a lil bit mahal sebab ni cheese cake ya sayang sayang semua =)
cheese kan mahal.hihi tapi yang paling penting sedappppppp!

HAPPY BIRTHDAY KAK WANI
WE LOVE U SO MUCH
<3

zaman gila gila



pernah tak buat keja gila masa usia muda remaja dulu dulu? hehe bohongla kalau kata tak penah kan? kalau memang tak penah tu memang aku salute dia sangat2 la hihi


sejak sekolah rendah aku dah pandai buat keja gila.ni bukan gila yang amik dadah cucuk cucuk kat tangan ni ha (yang tu ja paling gila bagi aku sebab nak serah tangan dekat doktor suruh cucuk pon aku tarik2 tangan sobs). dulu masa darjah 5 darjah 6, perkara paling ohsem di usia tu, aku merempit dengan kawan kawan naik basikal p pekan Jitra.yang paling cool,p KFC makan sampai kenyang dan yang paling gila ialah tak habaq kat mak aku laa.gila nak habaq?mestila mak i tak bagi p naik basikal merempit tengah hari rembang dengan banyak kereta tu.dah la i ni kulit sama warna dengan buntot kuali memang la lagi hangit dok p merempit tengah2 panas nuu..haha..penah sekali p pekan Jitra, kawan mak nampak aku dok menshopping beli kaset Spider ,peminat berani mati time tu ok,hapai semua lagu dia ok hehe(nostalgia betol) sekali balik rumah kena pukul dengan mak (eh ka kena marah ja),lepas tu tobat tak buat dah.takutt weh bila mak dah marah.menangis2 janji taknak p dah.tapi dalam hati geram kat kawan mak yang potpetpotpet p habaq kat mak tu.iskk pakcik.haha




up skit sekolah menengah dah tak rempit naik beskal TAPI aku rempit guna moto kawan la, yang paling gila ,naik moto tak pandai bagi signal ok.bawak Kown p Jitra dari Tunjang ,dengan kuasa tangan Kown tolong bagi signal dari belakang sebab serius aku tak reti bagi signal sambil pegang paddle minyak.sampai sekarang ok.sebab tu aku tak amik lesen moto.haha.penah naik moto dengan Ped,sekali terlanggaq pakcik dekat betol2 depan rumah aku,dalam hati time tu,habeh la riwayat hidup aku kalau mak dan kakak2 aku keluaq,kompem kena sound ni haiii.lepas settel dengan pakcik tu,terus lari masuk rumah amik rm50 nak gantikan tempat letak kaki moto Farahain patah.haha.berpeluhhhhh.yang paling hebat sampai sekarang mak taktau aku nakai sampai tera tu (terus rasa nak habaq kat mak huhu)




masa matrik usia makin meningkat,bajet wajib try semua benda kat muka bumi ni,kebetulan mak bagi kereta sebab nak angkut barang habeh belajaq kat matrik bawak balik rumah.sekali aku dengan Enna p merempit pusing2 Penang (Darat) nuu sampai ke subuh,siap tidoq dalam kereta kat stesen minyak Petronas sebab dah taktau nak p mana,maklumla aku ni memang tak penah tau jalan haha.sekali bangun2 penuh mat rempit kat tepi kereta,depa dok lepak sama.deymm!menyirap darah kat kepala hotak sebab terus rasa matila kita matila kang depa ni buat apa2 (takut tetap takut, tapi keja gila harus diteruskan haha).terus blah dari situ,kebetulan nampak plak adegan kejaq mengejaq polis dengan mat rempit.ketaq kepala lutut -,- balik matrik tidoq puaih2 dengan Enna sambil berbangga sebab dah buat keja gila.pengalaman tu penting bak kata orang haha




bila dikenang benda2 gila yang aku buat,rasa sangat la budak2 tapi biasa la,naa pon remaja, benda yang dilarang tu la yang kita lagi tergedik2 nak buat =) banyak lagi benda gila yang aku buat miahahaha, tapi bila dipikir rasa homaiiigod,aku ka yang berani buat tu?ahahaha

Tuesday 8 May 2012

no lies

ini cerita empat tahun lepas.auta.first time aku bawak keta sendirik p midvalley tu ok.rasa sangat bangga di situ sebab selama aku hidup dekat kolumpo ni,KTM ja la peneman setia aku di kala nak berdating dgn kawan kawan terutama nya di Midvalley sebabnya aku hanya pandai p midvalley naik KTM.

bukan looser tapi maklumla banyak sangat kes penculik menculik budak comel jadi saya takut angat angat (bajet comel pls)



sampai ja sana, lepas keluh resah aku cari parking berjaya jugak parking dgn ohsem nya.yang paling penting snap dulu tempat parking anda sebab nanti sesat.apa guna henpon ada camera 2.0 mp kan? snap gegaq2 pon ok janji nanti tak payah susah susah nka keloi (panggil) pak guard 'saya lupa saya letak kereta kat mana' nahhhh memang berpeluh kalau tak ingat parking kereta dekat Mid ni hoii..


bersama rakan yang ohsem di kala susah dan senang.oh dah lebih 14 hari x jmpa dia, jadi rasa macam awkward sangat,selalu mesti jumpak dia ni.sekarang kena biasa kan diri sebab dia bakal kerja nanti,jadi kompem2 la lagi busy..huhu


makanan ruji aku untuk minggu tu.haha.sedap gilaaaaaa,cekelat celop celop.


p tengok THE VOW ok haritu.sapa kata nak tengok cerita love love kena p dengan boifren ja,kiter pergi dengan bestfren kite ok.lagi ohsem sebab boleh berangan lebih haha 


hihi dah lama tak hamek gambaq dengan dia,sekali amik nahaiii spot my nose,besaq tapak tangan dah hoii.lepas ni amik gambaq atas pada hidung ja la,hidung dia tinggi sangat geram ok.

  
kalau keluaq tak makan memang bukan kami la haha sebelum balik lena diam2 dekat hostel mesti melantakkan diri dengan makanan.kalau kat Jitra pon kam suka tomyam kat Mahani Johari tu, kat sini pon makan tomyam.


'jangan teragak agak kalau nak buat something,just do it.sebab masa yang berlalu tak akan kembali, hanya kenangan yang akan bersama nanti'


after few months ?


lately ni sumpah busy,kadang2 aku ja membuatkan diri aku busy hihi.baru rasa macam student sikit kan?kalau tak busy bukan student la kan?

masa busy ni la baru rasa makna hidup sebenaq.baru tau sapa boleh tolong kita,sapa la yang ada dengan kita ni waktu kita nak pinjam bahu nak lap hingus keluaq sebab asyik qeyau siang malam ja sebab konon kononnya dah penat belajaq.looser sangat.

dan lepas qeyau,lepas dengaq sora org tersayang iaitu mak yang paling ohsem sebab bila aku qeyau mak terus qeyau bersama tanpa tau sebab aku qeyau.huhu (tak berniat nak buat mak qeyau punnn).lepas dengaq kata2 semangat mak lepas aku mengadu macam macam kat mak,oh anak bongsu memang sangat manja, tapi takla manja sangat. ok aku manja.hehe.

kata2 semangat mak ialah 'kalau susah mengaji,balik mai tak payah mengaji dah,dok rumah ja (Sambil qeyau sob sob)' ni kata2 semangat campuq dengan kata2 sinis kata2 perli kata sayanggggg sebab takmau aku qeyau lagi.terus aku diam pastu senyum.betol kan kata maka.

'mana boleh senang dalam sekelip mata,memang la susah sebab belajaq lagi tinggi,mana ada benda senang =)'


but trust me for this one,cry will help u a lot in reducing your stress
because it helps me EVERYTIME im down

kalau nak berubah,make sure u ubah diri u dulu
=)



TABUNG MASA DEPAN