tabung shopping!

Monday, 31 October 2011

suara tak sedap mesti orangnya hensem?

pernah dengar tak orang cakap kalau suara orang tu tak sedap mesti dia tu hensem tapi kalau suara dia sedap mesti tak hensem? pernah dengar tak? 


ada la kawan kawan aku kata eh mana da weh,kalau dah hensem mestila suara dia sedap weh,kalau buruk tu suara pon buruk la.ada ka macam tu?aku pun konfius dah..bolehka nak judge muka/rupa orang melalui suara..hehe


kalau dah suara memang lembut ,kalau dengar mesti boleh buat tidoq ngigau malam ni,kompemka dia tu hensem? kesian la dekat orang yang suara yang sedap *perasan* macam aku ni,kang orang cakap budak ni dah la suara sedap ni mesti muka buruk! makkk aii..bernanah telinga kalau dengar orang cakap macam tu.


mungkin gak orang keluarkan pepatah macam tu sebab ya la,mana ada orang perfect kan,dah kalau muka hensem gila,kalau pompuan tengok mesti cair tak leh tidoq malam tu,takkan la suara dia pon sedap kan..tak adil la,semua dia ja dapat..dah la hensem suara pon aummm! *mungkin!*


#tapi pepatah ni hanya sebut pasal HENSEM maksudnya ditujukan kepada lelaki.fuhhh! naseb baek tak dikaitkan dengan perempuan.hehe.

Saturday, 29 October 2011

IKEA



first time aku amik gambar perkataan ni!RIAK!

memang lumrah orang yang dah berkeluarga/bakal berkeluarga/berchenta suka p IKEA kan?walaupon dah tau IKEA tu memang pack dengan orang tambah tambah part nak beli makanan dia,meatball dia,hotdog 2 hinggit dia tu,air yang boleg refill 4juta kali tu.sapa tak mau oiiii..tapi tu la,ramai orangggg~


tadi aku p IKEA,kali ni bukan dengan kawan kawan macam aku p aritu dengan bestie aku.. kali ni aku p dengan family.wowww! gembira dia tetap tak terhingga.hari ni plak jari aku tergedik gedik suka snap gambaq sana sini.selalu nya bukan main malas nak keluarkan camera besar gedabak di depan orang ramai sebab nanti orang mesti kata 'budak ni poyo gila,katil gebu gebu ni pon nak amik gambaq -.-'


tapi tadi dengan riang gembira dan slumber badak ja aku keluarkan camera besar gedabak yang aku tak brpa reti guna plus gambar dia dah tak brapa elok -.-  even tak elok tu ja satu satunya camera yang aku ada.guna ja la.duet aku kot.terketar ketar tangan masa nak bayar duet beli camera tu -.-



jarak dari rumah kak aku nak p IKEA makan masa sejam jugak aku rasa.isk tak tau la depa ni,kalau sejam tu dah macam 10minit ja bagi depa ni.yang aku ni rasa lenguh abeh satu badan sebab lenguh dok dalam kereta lama lama.kalau kat Kedah tu,sejam dah sampai Sungai Petani tau dak dari umah aku.jauh ooooo!


Danish ni pantang turun kereta laju ja dia pecut..tak kira apa dah,dia lari ja.jenoh halang dia takut dia terpa p kat kereta nu..dah la kereta laju laju jugak la walopon kat parking lot..kalau kena langgaq sakit jugak la.haha



masuk masuk mesti la nak beli barang kan.walaopon aku tak dak umah lagi,menumpang umah mak aku ja -.- tapi hati meronta ronta nak beli jugak tapi bila tengok harga barang ni ja terus diam tak mau kata apa dah.duet dalam purse cukup cukup untuk topup ja.ohh! bowl ni menarek mata aku sebab dia warna merah terang dari jauh aku dah nampak,bowl ni untuk diletakkan bowl panas ke dalam bekas ni.




sebenarnya tengah cari bowl yang agak besar la untuk buat hantaran .cari punya cari tak jumpa,jumpa yang petak petak ja,bekas ni buat aku geram rasa nak beli dua tiga bijik nak bubuh ikan karin..mesti chantek kan..colourfull.isk terus rasa nyesal tak beli.huuuuu



mak dengan kak aku dok bincang masalah negara ni.haha.tengah cari bekas yang sesuai nak buat hantaran tu.oh rupa rupanya susah jugak nak kawen ni weh..bukan senang macam makanan eskacang,p kedai order,pastu makan,kenyang balik tdo.huhu.kalau nak kawen,kena usaha keras,p kedai pilih pilih barang dalam masa dua tiga jam tak kurang dan wajib berjam jam,balik rumah kena pikir idea nak gubah bunga reben letak dekat bekas yang dah beli,lepas tu keluar p kedai cari barang hantaran lagi,nak letak atas tu..bila nak manjakan diri nak p spa lulur badan buang daki sebelum kawen? tak kan tak sempat kot? :(



tengok kalau nak beli bunga siap dah dalam pasu ,enampoluhsembilan hinggit.mati mak aii..ni baru bunga besaq taik hidung,tak masuk baju kawen yang merelit relit empat batu dah nampak kilau kilau tu.. -.-



mak memang pantang tengok pokok hijau hijau sejuk mata memandang ni,mesti nak beli,kak aku ajak p Sungai Buloh p borong pokok banyak banyak yang murah murah tapi mak takmau sebab mak kata jauh,tapi memang jauh pon.hehe.tapi dalam hati tu mesti mak nak p beli pokok.hehe


lepas shopping sampai kejang kaki,perut haruslah lapar kan?jadi melahap karipi seringgit satu,dengan hotdog self service yang aku haruslah bubuh sos mustard dengan banyak nya *tamak!*


nakmpak budak yang pakai topi tu..tu la Danish..uishh tengok la dia sesuka hati ja p jalan jalan tengah tengah oraang ramai tu,siap nak langgar budak yang kecik dari dia lagi.aishh..habuan la dapat kena piat kat telinga.haha..baju kotak2 tu adik dia,Kimi..mestila tak mau kalah,nak ikut abang ke mana saja abang pergi walopon susah payah nak jalan sebab dia tu kecik sangat.tengok dah macam nak lintas jalan raya dah aku tengok dia kat tengah tengah kaki orang haha


Kimi memang super model! pantang aku keluarkan camera terus 'Aunty Nun ,nak amik gambar adik (dia bahasakan diari dia) ka?jap eh jap eh (sambil lari kat board tu).' haha aku pon snap la dua tiga snap,tak pueh hati datang lari kat aku nak tengok gambaq yang aku snap pastu ' jap eh amik la lagi gmbaq adik'.. sudah!! bila masa plak aku ada anak sedara jadi model ni.haha


#leteh tak terhingga sampai tdoq dalam keta tak sedaq dunia..tapi kenangan ergi bersama family mestila terpahat di hati,kenangan jerit jerit kat Danish dan Kimi masih segar lagi,sebab depa mmg la sangat naughty..
kalau aku marah Kimi,nanti dia datang 'Aunty Nun ,adik nak sayang Aunty Nun' (pujuk aku la  tak bagi marah lagi!) haha cayaq (cair) terus hati ni.terus dukung dia bawak p beli ais krim walopon Aunty Nun masih penganggur terhormat..-.-

Friday, 28 October 2011

craving for ice cream MAGNUM

sepatut patut nya malam mesti mata ni dah mengantuk,badan dah leteh walaupon aku tak buat keja yang berat apa pon kan.tapi malam ni tiba tiba aku rasa macam nakkkkkkkk makan ice cream! ni semua kes terpengaruh dengan iklan kat tv la ni.asyik asyik keluar iklan ice cream MAGNUM tu..aish!


dah la sekarang ni cuaca asyik panas kan?*ka aku ja panas :(* jadi aku rasa kalau dapat telan ice cream ni memang la nikmat dia lain macam la..aku sangat sangat la nak makan magnum tu.huhu..


nak keluar p 7 elevn depan taman ni dah lewat sangat,lagipon memang aku tak berani pon nak kelaur malam malam macam ni.bukan kata malam,siang pon aku malas kelaur sebab takut -.-  jadi tengok gambar MAGNUM ni pon jadila.esok dengan 100% yakin aku wajib p beli ice cream!!!!!! ohhhhh no :(

tido mesti termimpi mimpikan ice cream satgi :(

# tengok gambar pon jadi la kan =.=

tomorrow is Saturday!


can't wait for tomorrow.dah nak balik umah.dah boleh jalan jalan dengan bebasnya,sebab dekat rumah sendiri dah tau jalan,kat umah kakak ni jalan apa pon tak tau.aku hanya tau jalan nak p UiTM Shah Alam from here.


ok i know pity me right?hehe aku memang taktau jalan jalan kat area KL ni.bagi la aku peluang keemasan pon,duet berlonggok longgok pon tapi aku memang cuak nak explore jalan tambah tambah area KL.aku sanggup naik train bau ketiak orang daripada naik keta ada air-cond tapi gelabah tak tau jalan! hehe


ok get back to the topic! i miss you.nak balik jalan jalan dgn u.muahaha.windu itu seksa oke.huhu.Saturday is the best day ever because i will go home tomorrow! hehe

Thursday, 27 October 2011

surprised birthday party!

video


mesti hampa penah tengok dah video budak ni.ni pasal birthday gift untuk baby ni,siap nangis nangis lagi,bukan dia ja nangis,mak dia pon nangis,woiii aku pon nangis kot tengok.sweet gila anak dia.terharu sampai tahap tu.kecik kecik dah pandai dah.hehe


mak dia ajak p New Zealand,sebab dia nak p Disneyland sangat sangat,tengok la muka eksaited dia tu,memang nampak sangat dia seronok gila gila nak p!


huhu dulu masa aku umur cam ni takda la plak aku mintak nak p Disneyland kat mak aku,p taman belakang umah naik papan longsor yang tinggi tu pon jadi la.kemain seronok dah aku.kalau dapat makan KFC lagi la seronok terkinja kinja tamak haloba nak ayam 3 4 ketol sorang,dengan kentang lagi,air pepsi KFC pon jadi sedap kemain la time tu.sapa pon jangan curi makanan aku,kalau tak nahas la dengar aku nangis! haha nama pon budak budak ok.mesti la nak menang bila buat apa pon..


# eh tapi mak aku tak plak buat video cam ni.hehe.ok idea.nnti nak buat surprise apa apa,mesti buat video tau! sebab KENANGAN! nanti budak ni dah besar mesti dia tak caya dia nangis sampai macam tu sekali.hehehe

Johan kantoi dengan Dato Fadzilah Kamsah

video


penah tengok tak kat facebook bila kawan kawan dok share segala jenis video la apa la.aku terbaca nama Johan ni.bila nampak nama dia aku terpikir oh mesti ni video lawak ni.jadi aku pon tekan la. memang lawak pon,dia tengah tiru gaya suara Dato Fadzilah Kamsah yang macam biasa dia buat dalam program Maharaja Lawak tu la.




sekali kaleh kaleh belakang Dato dah ada kat belakang dia,kantoi la kiranya dia tengah imitate suara Dato..dan yang paling best,Johan tak tau pon Dato nak p station radio ERA dat day! haha .siap baca baca tangan,Dato cakap kat Johan muka ja lembut tapi keras hati haha kecian dia tu..tapi tapi Dato kata JOHAN PEMURAH DAN TAK BOROS,BOLEH KAYA NI.haaaaaaaaa! *ok Johan dah kawen.jangan menggatal! nak kaya usaha sendiri ya lebeh berkat :)

graduation day


24 October 2011 aku dengan rasminya telah mendapat ijazah.*eksaited* aku belajar dekat UiTM Shah Alam dah tiga tahun.pejam celik pejam celik dah tiga tahun,main game,homesick,ponteng class sekali,p jalan jalan dengan kawan kawan pon selama tiga tahun ni.


entry ni nak cerita pasal cara grad kat UiTM sbb tadi aku baca entry zack dia nak tau pasal grad kat U di Malaysia ni. 


UiTM ni dia grading gak students dia,tapi tak la panggey nama ikut pointer.contohnya,Peah dapat 4.0 flat , Aiman dapat 3.89 ,Meon dapat 2.15, dia tak panggey ikut pointer sapa paling tinggi sapa paling rendah. dan yang paling penting dia tak announce result kita! *kalau announce mau qeyau students woiii*


UiTM dia grading dengan first class degree,second class upper,second class lower.. contoh students yang dapat first class ada 35 orang,tapi dia tak kan panggey students ni ikut pointer TAPI ikut alphabet nama depa.kalau nama mula huruf A,lega la sebab dia akan dipanggil dulu walaupon budak yang nama huruf Z tu yang dapat 4.0 flat! ok faham? sebab apa tau dia buat mcm tu? aku rasala sebab dia takmau susun students dengan pointer,nanti bila naik stage ja orang dah tau dah ' ha budak ni mesti dapat tinggi,pandai gila ni,rajen belajaq ni'..kalau budak naik stage last last dah penghujung event dah,'nanti orang akan assume budak ni mesti pointer dia rendah ni,malas ni.bla bla...


jadi untuk elakkan kes bunuh diri sebab menahan malu dengan caci maki orang tentang result,depa tak buat la sistem panggil ambil scroll ikut nama..jadi semua students akan naik stage dengan seronoknya..hehehe


#aku ni nama ja dah grad tapi keja belum.aishhh rasa macam takmau keja.haha*melampau dak?*muahahah

Wednesday, 26 October 2011

miss us


bila hujan renyai renyai turun kat sini,sejuk sejuk ni,mula la nak jadi jiwang,nak sedeh tak tentu arah,nak windu orang tanpa arah tuju.hoho.dan aku tiba tiba teringat kawan baek saya ni,saya sangat windu dia,windu setengah mati,windu sangat kat dia ni.


selalu nya kalau aku mai Bangi ni,mesti kami p dating walopon kami ni memang selalu gila jumpa,tapi kalau mai sini ja terus windu dia ni,terus nak jumpa,sanggup nek KTM yang sesak sesak bau ketiak orang sekeliling terutamanya bau mereka mereka yang tak pakai deodoren.pehhh bau depa memang tak dak tandingan.


sanggup stay up,nak p overnight sana sini walaupon hanya p overnight dekat Mc Donald ja pon,tapi seronok dan yang penting semua tu kenangan! 


yang paling special ialah bila aku mai area KL ni memang tak telepas la dari nak p lepak JALAN TAR,tak kira masa aih,mesti aku nak p,dan dia la peneman setia aku walaupon dia tak suka sangat nak p sana sebab hangat ,dengan ramai orang dan macam biasa la aku ja yang nak p shopping,haha. macam dah jadi tempat yang paling wajib aku p bila aku jejakkan kaki kat KL.haha.


#Ped,mai la balik sini.huhu.nun windu.nanti kita raya haji sesama ya sayang :) amik gmbaq setiap saat ya.hehe

Sunday, 23 October 2011

excited

dup dap dup dap (muka takla excited mana tapi hati ni berbunga bunga gila)  nebes (nervous) dia lain macam ,padahal baru nak konvo,haha..bak kata kawan aku,kalau nikah kompem pengsan dah kalau nebes macam ni time konvo.


baju nak tengok tak?hehe surprise la.walopon tak chantek tapi bila mak pilih jadi baju tula paling chantek kat muka bumi ni.ada aku kesah?haha.sebab satgi pakai jubah tu tutup habeh la baju merelit relit laboci laboci  mahal tu,jadi tak kesah janji yang penting kegembiraan bersama kan? :)


eksaited gila ni.siap bangun awai padahal konvo session petang kul 12.30..hehe seronok! *patutla org kata eksaited buat sesuatu memang lain macam* now i knew it!


#selamat berkono my sayangs :)

Saturday, 22 October 2011

rindu setengah mati

video



Aku ingin engkau ada di sini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu

Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu

Aku rindu setengah mati
Meski telah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpamu

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu

beware

patutla orang selalu cakap pikir dulu sebelum cakap apa apa,takut orang kat sekelilin kita terasa walaupon kita ni tak terniat pun nak kata kat dia..


jadi lepas ni kalau nak cakap apa pun kena mention satu satu, contohnya ' weh Malik anak Pak Mat hujung kampung Pisang tu dah nak kawen dengan Peah anak Mak Cik Joyah kat kampung Manggis tu' 


ha..like dat,baru orang tak tetukar yang Peah mana,Malik anak sapa.kang tersalah sebar cerita,dah jadi huru hara satu kampung,oh bukan kampung ja,sekarang kan zaman ber'FACEBOOK tu,pantang buat apa pun mesti nak update status dah macam Twitter ja aku tengok..


setiap 30 saat mesti status keluar,tak payah la update macam tu,kang stalker yang jahat jahat  (ada stalker yang baik ok) plan something bad on you macam mana? ni kalau duduk rumah sorang sorang pun p update status memang minta musibah la kan,lepas tu update plak,parents tak da kat umah Taman Manggis (contoh) duduk sorang sorang takutnya,,aish! dah tau takut jangan la update benda nonsense macam tu


kang tak pasal pasal ada orang datang bagi salam,tapi dah siap parang kat tangan nak merompak,sekarang ni dah banyak tektik nak mencuri merompak bagai.orang zaman sekarang SANGGUP buat apa sahaja untuk duet,untuk hidup walaupon depa kena membunuh depa sanggup..


hey! this is reality! so people beware.not only girls out there should beware but also to guys out there..jenayah tak kira jantina dah sekarang ni.semua depa rembat ,janji dapat apa depa mau. so cruel ryte? *sigh

GEMOK

ya ya saya tau saya gemok
ya saya tau saya montel
saya tau saya tak kiut macam awak
saya tau saya tak leh jogging laju laju macam awak
saya tau saya tak leh pakai baju cecantik macam awak
saya tau saya buruk
saya tau saya memang gemok


meh la kata kat saya lagi
saya TAK terasa langsung
saya TAK sedeh langsung
saya TAK rasa apa apa


saya kan gemok.oke.see me one day and please don't be surprise :)

ULAT DI OTAK AKIBAT MAKAN SUSHI


Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.


Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!


Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).




# tak lalu dah aih,bukan takat tak lalu sushi,makanan laen pun dah tak lalu tengok gambar ni.aisehhhh loya aihh..woiii ulat kat kepala woii :(

Friday, 21 October 2011

nostalgia zaman sekolah

mesti semua ada pengalaman tersendiri yang buatkan diri masing masing tersengih sendiri sampai nampak gigi bila teringat balik benda benda yang kita buat masa dulu dulu masa kat sekolah asrama dulu.ohh! aku pun ada jugak kenangan yang agak sengal la jugak,tapi aku rasa semua budak yang penah duk asrama penah buat benda ni kan?keh keh keh


penah tak hampa makan makan semeja dengan member2 sambil bukak gosip pasai mamat mamat nakai malas p class tapi pandai nak mampoih,hot plak tu,bla bla bla..ok part gosip tu aku pun penah buat tapi part makan semeja tu takkkk! sebabnya kami makan SEBALDI bukan semeja laa..nama pun kawan sehidup semati kan?mestila mau kaw kaw punya share.haha


penah tak buat meggi dalam baldi yang hampa dok buh baju busuk peluh hampa tu?aisemen...kalau ingat la ni mau muntah hijau aku pikiaq.haha..woiii tapi sedap kot,mana dapat kat tempat laen,terbaek dari ladang laa..nikmat dia lain macam.dengan muka masing masing nak tidoq dah,pakai baju tidoq ja dok dalam bilik iron konon konon nak iron baju,mangkuk bawak 3 mangkuk cukup la,kepala yang nak makan ada dekat 7 8 orang,ha share la apa lagi..


agak agak tak cukup mangkuk,terus kaut *capai* meggi dari baldi tu.hahaha..baldi yang kami guna tu member aku punya,dia kata baldi tu bersih,dia tak buh pun baju kotoq apa semua tu,tapi aku tak tau la dia buh apa dalam baldi tu.kalau aku,nama pun baldi mesti la aku buh baju kotoq segala benda yang kotoq la kan?haha..


tapi alhamdulillah kami semua sehat sejahtera ja telan meggi kari 4 ka 5 bungkuih tah dalam baldi tu,cukup perasa terbaek la,siap nak tambah2 lagi,dah macam makan Chicken Chop plak sedap nya.aishh..ahaha..


#semua ada nostalgia.antara yang indah dan yang buruk.jadi jangan ingat dah kenangan yang buruk,just ingat kenangan yang indah sebab kenangan boleh buat kita bahgia dan sentiasa tersenyum. :)

JOM TAMBAH TRAFIK BLOGGGGG!


mesti susah kan nak naikkan trafik blog dengan hanya nak blogwalking..dah la penat balik keja,balik class,then kena blogwalking plak.kadang kadang kita dah blogwalking siap baca entry orang tu siap komen panjang berjela lagi,tapi dia tak mai blogwalking pun,tak mai klik klik iklan nuff kita pun kan? jadi meh sini nak naik kan trafik dengan pantas tak?jenk jenk jenk..


klik SINI ..meh la kita tambah kan trafik kita :)

a gift


cuba teka cuba teka benda apa ni?hehe.ini bukan rantai tau,ni gelang kaki! ok.aku eksaited sikit dapat benda ni sebab ni first time dalam hidup aku yang dah makin tua ni ada orang bagi gelang kaki.auww~ orang terchenta plak yang bagi,rasa eksaited dia lain macam la.*over tau*


pakai tak buang buang dah eh benda ni.mula mula aku takut juga satgi kalau pakai gelang ni,kulit aku jadi melupas macam merah merah ruam tu kan,maklumla kulit koman,second class punya kulit,payah sikit.aishh..gatai abeh kalau pakai tak tahwan.gelang kaki ni aku dah pakai dua hari dah,alhamdulillah tak darurat mana la kaki aku ni..


lagi satu,takut nak pakai sebab almaklumla aku ni ala ala wrestler ganasnya,buatnya putus gelang ni,mau qeyau tak berlagu ceq oi..sayang kot benda ni.ehem ehem..mestila sekali dengan orang yang bagi.hehe.


masa mula mula Dia suruh aku pejam mata nak bagi benda ni,gelabah dah aku,muka tak tau nak express macam mana feeling,ketaq habeh dah lutut,mulut tak tau nak tahan senyum lagu mana dah..mestila aku tau dia nak bagi something dah dia suruh tutup mata,ala  ala cerita Hollywood kan,depa propose girlfriend depa sambil suruh tutup mata melutut bagi cincin *berangan tak sangga*


aku dapat2 gelang kaki ni,tak tau nak kata apa,sengih ja,pastu boleh plak kata kalau i tak pakai gelang ni,i letak kat bear..aish! maksud aku sebab aku takut putus or jadi gatal2 tu la.huhu.mesti Dia ingat aku tak suka gelang ni,padahal aku syok tak sangga dah dapat ni woiiii! ciwi tak sangga.naseb baek tak dak loceng kat gelang ni,kalau dak,aku loncat loncat bagi bunyi dah aih,maklumla ciwi.haha

#thanks love :)

i love you


when i say i love u ,it mean forever love

Thursday, 20 October 2011

once a life



mesti seronok bila nak konvo kan.of course la seronok,tak sabar nak tunggu kaki ni nak naek atas stage tu nak pegang Ijazah tu,bukan senang nak dapat,kena belajaq 3 tahun,tambah plak dengan test ,kuiz yang kebanyakkan nya aku tiru ja.haha.semua penah buat kan,i mean tiru meniru?siap bawak toyol masuk class untuk tiru,tapi kalau konfiden boleh jawab soalan tu tak tengok toyol pun tak pa.tapi siap passing toyol tu bagi orang lain tiru.tolong menolong kan amalam mulia.great!


mesti nanti dah grad,nak amik gambar,kenangan SEKALI SEUMUR HIDUP.aku ni dah la malas,tak pandai (doa bagi aku pandai ya ) ,bukan nya senang aku nak gagahkan diri perabeh buat degree tu.huhu.i just need my family to be there,my love to celebrate my happiness too.but semua yang kita mintak,tak kan dapat dipenuhi.kita boleh plan ja tapi tak semestinya berlaku kan :)


masing masing ada alasan tersendiri.yes,memang hari Isnin,working day my convocation,tapi aku dah habaq awai2 pasai please ambil cuti sebab aku teringin gila semua family aku ada sebab nak ambil gambar sekali. *tears*


how i wish u'olls know my deep feeling..normal la bila mulut kata lain,hati kata lain.mulut kata 'takpa la tak p' but deep inside ' im begging u to come here sayang' :)

Tuesday, 18 October 2011

budak kena langgar di China

dah tengok video ni kat u-tube ka?pasal budak kecik kena langgaq dengan lori dua kali  tapi still orang buat tak tau ja sampai ada orang perempuan tua yang mai angkat budak tu ke tepi,dan panggil orang lain dan yang perempuan pakai kot tu aku rasa tu la mak dia..


awat la ada orang perangai macam  ni?tu bukan binatang yang nak buat bodo ja kalau kena lenyek.even kalau kucing kena langgaq pun,orang still stop dan angkat bangkai kucing tu letak kat tepi jalan supaya TAK KENA LANGGAR LAGI SEKALI.tapi ni budak kot,budak yang tak tau apa apa plus yang kiut :'( so, untuk kes ni maksudnya perangai depa ni lebeh terok dari apa?nak kategori kan pernagi depa ni macam apa??


tak boleh ka tolong berhenti sat dan angkat,jangan biar buat bodoo ja! bagi aku,bukan takat orang yang langgaq tu patut kena hukuman,tapi orang yang lalu lalang yang buat buat buta tu pun WAJIB kena hukuman!


#why there is still live people like this??





Wednesday, 12 October 2011

emosi

aku dah cuba habis baik,dah cuba seday upaya,mungkin ada kurang di mana mana dan aku yakin memang ada kekurangan dalam diri ni..jadi maafkan la aku..manusia selalu buat salah.dan ya aku sedeh bila dia terasa kerana selama ini kami bahagia.maaf.

syaitan sentiasa menghasut kita :|





Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

 
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

 
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

 
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

 
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

 
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

 
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

 
Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

 
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

 
Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

 
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.



ni aku cilok dari SINI
aku nak share dengan kawan kawan yang lain. :) moga menjadi pedoman kepada kita semua..amin

Tuesday, 11 October 2011

lu langsi lu mati


#gangster kampung pisang.siap pakai songkok.sekali dengan aunty aunty dia ni pun dia tibai.cekang dak?berani mai la..haha

Monday, 10 October 2011

it just happened



 penah tak accident?oh aku penah accident,kena cium dari belakang,memang trauma gak la sampai sekarang..trauma tu time aku bawa kereta dan bila aku brek aku akan tengok side mirror to make sure kereta belakang aku tak laju and hit me one more time! gelabah oke..kiranya aku memang tak suka sangat bawak kereta dan brek brek ni..eiskk..tak kena tak tau la perasaan aku macam mana kan?hehe
oh ni keta Ped,dia pun accident.die terlanggaq orang but luckily she's just alright.takdak patah sana sini..tapi keta dia ja teruk..tu kereta dia after dah pebek dah..ketok ketok..dia punya la kata kat aku,keta dia dah tak elok..aku ni tak nampak,,nehhh sekali tengok memang la bergerutu..sebab kesan diketuk tu..


takpa,at least you are okay,tak sakit2..:) btw,im sorry about 'that' and i hope u understand,because you are the only one that really knows me :) 

bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar stress wanita?


terkejut ka tak terkejut?ehee..oke..ni bukan bau peluh selepas pakai deodoren TAPI bau semulajadi yang tak pakai apa2..ehh laki memang ada yang tak pakai deodoren oke if keluar p mana mana.macam mana aku tau?ohh aku pun buat kajian *haha*

#bagi isteri isteri yang stress disebabkan kerja,mudah la nak hilangkan stress 'abang pinjam ketiak sekejap,i stress ni' haha! cool kan?

konvo

oh sekarang musim konvo kan.sana sini semua orang update dah konvo,next week konvo,dah pegang scroll degree tu,dan ada jugak yang dah sambung master and akan konvo..(dat's very lucky) .but today is not my convocation day.hehe..ni konvo kakak aku..





ni konvo dekat Multimedia University,Cyberjaya tu.kalau tak salah aku kat sini memang ada session ja which is morning session..dah nama pun pagi,kompem kompem la kena p awai..pukul 7 pagi dah kena ada dalam hall tu boleh dak?? zzzz..pukui 5 pagi dah bangun..tonyoh tonyoh mata mandi sikit,pakai apa yang ada,p ja la kami.kami p empat orang ja,hehe,mak aku,aku,kak aku,husband dia..kak kak yang lain tak dapat cuti.


dan semua sedia maklum yang boleh masuk dalam dewan convo tu hanya DUA ORANG kan..cuba bilang,aku,mak aku dan husband kak aku..oh TIGA ORANG..jadi aku lah yang akan menjadi korban melilau lilau tanpa arah tujuan di luar dewan selama 4jam event tu berlangsung which is dari pukul 8 sampai 12 tgh hari..bayang kan 4 jam sorang2? T_T


disebabkan terlalu lama,aku siap tidoq dalam hall yang 'parents witohout invitation card' haha comey kan title dia.aku siap tdoq lagi dalam tu.aku ingat aku sorang ja perangai buruk macam tu,rupa rupa ada lagi yang laen syahid (tidoq) kat belakang aku tu.haha.cool,ada kawan! oh lupa plus aku dah macam bukan p konvo BUT MACAM P FASHION SHOW.sumpah segak segak depa ni.pakaian tak payah habaq la,nama pun segak mesti la ada jugak terdedah dedah tu.hehe


ada indonesian ni,segak nak mampoih,ni aku yang tengok aku kata segak nak mampoih,kalau laki yang tengok,isk mungkin mampoih terus kot haha..



oke can u see baju ala ala baju batik tu..hat tu segak!indonesian..aku rasa macam nak p kat dia dan cakap 'eh awak sangat cantik,nak amik gmbar pliss *sambil buat muka comey*' tapi aku takdak keyakinan nak buat macam tu hahaha


tergamam bila aku baca





# gambar ni aku amik dekat fesbuk.sebab aku rasa macam tergamam dan panas kepala ja bila baca benda ni.speechless and i wonder ehh there is still live people like that..mind your words..think before you speak..:|  peringatan kepada semua bila perkara macam ni terjadi actually kan? :) takpa.one day dia akan berubah..amin

Sunday, 9 October 2011

cantik


tadi sapa dapat tengok bulan yang macam dikelilingi dengan ring tu..ini baru orang panggil cantik,indah! baru tengok dari jauh kejadianNya yang cantik,if kat syurga semua cantik..(oh btw,aku tak dapat tengok pun..tak sempat..uhuu)

#terasa diri amat kerdil di sini.marila kita beribadat dan berubah ke jalan yang baek.aminn

Thursday, 6 October 2011

not a word

people don't understand we face.they are actually don't want to understand us,indeed they are never try to understand us.so,please don't get stress of those people because those people won't help you not even a lil.. yourself the one who need to make yourself comfort with others..


# you just live once,so,live happy ever after..:)

Tuesday, 4 October 2011

naik bukit..

sapa penah naik bukit yang konon konon untuk jogging nak kuruskan badan yang gemok tu? (aku ja) ha!! aku aku! aku naik bukit dekat dengan umah aku jugak la..bajet superwoman la panjat pakai kasut Crocs ja! bukan sport shoes..ada brani?kekeke..


ala kasut Crocs yangada satu masa dulu kalau p supermaket,jangan tengok baju kat badan orang tapi tengok kaki orang sebab kompem semua orang pakai Crocs.haha..dah la mahai,aku ni mana la nak mampo,jadi aku beli yang juai kat up-town ja,pehh syok ohh,orang beli beratus ratus untuk satu kasut tapi aku beli 10 pasang kasut untuk harga sepasang kasut tu..ohh..aku memang seorang yang jimat (Amin)





naik bukit pepagi,aku bajet aku la orang first nak sampai atas tu..hampeh..tak sampai dua tiga langkah aku rasa kaki kejang keras semua ada..dan dan rasa oh nak turun la,tak jadi nak daki bukit yang agak landai bagi PAKCIK PAKCIK yang slumber rock ja dok jogging naek atas tu,padahal aku ni termengah mengah nak daki dua tiga tapak tu..aku muskil gila awat pakcik pakcik tu kuat sangat padahal aku yang MUDA tapi tersemput semput...memang bukan atlet gila kan?haha


dah sampai atas bukit tu selepas tak sampai 10 minit panjat,aku bangga gila naaaaa sebab BERJAYA sampai ke puncak (puncak la sangat) haha..

#setelah sekian lama tak berjogging,aku yakin yang diri aku amatlah tak da stamina..dah tak leh jadi cikgu pendidikan jasmani :(

Saturday, 1 October 2011

yea2 parcel dari NZ

yeaaaaa! aku dah dapat dah parcel yang ditunggu tunggu dekat sebulan gak la baru aku dapat.muahaha.lama gila kot.pagi pagi bila dengaq posmen hon ja terus aku bangun tidoq..tak senonoh sangat dengan muka tak mandi,taik mata ada lagi,dengan baju tidoq,aishh tak kan nak p jumpa abang posmen yang baik hati yang bawak parcel i kan?ehehe..jadi aku mintak tolong kak aku p amik parcel tu..poehhh  punya la excited!




todia todia...sampai dah..dari kawan aku,oh dia blogger tegar  zack..yeahh zack,terima kaseh la susah payah perabeh duet mai post bagi kat aku.aku punya la tak sabaq nak pakai baju tu..hehe..thanks gak sebab susah payah p cari beli kat aku (emosi)




 nampak dak? aku ada baju i love i love ni..mak aiii..aku suka kumpul baju baju ni,tapi baju i love Malaysia aku belum ada.hehe..teruk dak? (dan2 rasa nak p beli) tau dak kat mana juai baju i love Malaysia wehhh??
ohh yang aku paling suka tang fridge magnet tuuuu..see? got spongebob!! haha..mau si kecik ni amik simpan dalam beg bawak balik umah dia la kalau jumpa! haha..


comey dak?geram kot tengok!! hehe

#btw,thanks zack!! :)  nanti nak i love NZ plak..hehe

TABUNG MASA DEPAN