tabung shopping!

Wednesday 30 January 2013

bio vitamin c

umur dah makin meningkat,rasa nak menjaga kulit tu ada la jugakkk.haha.jadi dijadikan cerita taadi p AmanJaya Mall yang abru dekat sungai petani utara tu,jalan2 p la tanya salesgirl ni 'kalau muka kering/saja saja nak bubuh bila dok rumah nak guna apa?' dia terus tunjuk benda ni.


hasil google


ni lah benda tu.mula2 aku layan ja salesgirl tu sebab bersemangat sangat dia cerita,then dia sapu kat tangan aku.perghhh lembut kot benda dan ni dan yang paling penting tak berminyak sebab aku lemah sungguh kalau produk berminyak ni sebab rasa macma ada benda melekat dekat mukaaaaa =.=

yang paling penting INSTANT GLOW WITH BABY SOFT SKIN
hehehehehehehehhe



tak ber inyak dan wangi

 whitening and age defence
terus rasa dah tua
@____@



harga : RM59.90

Disaranjan guna pagi sekali,malam sekali.
tapi kalau nak guna setiap kali lepas basuh muka pon takpa.atau lepas toner.

cara nak guna : picit setitik ja,sikit ja then buh la kat lima kawasan muka,dagu pipi kiri kanan,hidung dahi,then sapu semua.agak2 la bagi kena semua

aku buh lebih dari lima kawasan sebab rasa nak tengok hasil pemudaan dengan cepat haha

aunty(salesgirl) cakap sebotol tahan dalam 3-4 bulan

>.<

10 surah dalam Al-Quran dapat mencegah 10 perkara


kalau kita boleh bershopping berjam jam di shopping mall ,tak kira letih ka tak ka, jadi apa salah nya luang kan 10-20 minit baca surah2 ni setiap hari..in shaa Allah, amalan kita di terima untuk di sana.amin.

puding sedap di malam hari


sedara mai melawat mak,9.30 malam.semua yang mai melawat bawa makanan.mak tak lalu makan,mak dah turun dua kilo baru dua hari masuk ward.yang anak debab mak ni dua hari,semua makanan sumbat dalam mulut,naik berkilo2 pa =.=

tapi org kata rezeki jangan ditolak kan.
>.<


puding jagung.sejuk sejuk sungguh mengiurkan!


nampak tak tu..puding jagung yang very nyummmyyyy


hat sebelah tu perisa vanila tapi tak sempat amik gambar aku dah makan dulu..nampak tak tahap kerakusan diri thadap makanan..
sungguh aku dan makanan tak dapat dipisahkan.
T___________T


sudu takdak (-.-)
jadi guna pengkacau teh/kopi panas tu.konon konon bila guna sudu kecik takla nampak sangat makan banyak kan..kononnnnnnnnnnnnnnnnn
padahal dua mangkuk ni aku lahap
@_________@ 


tuuuuu halus tak stir  tu hahahaha
payah2 aku kaih semua puding masuk mulut ja
tak payah nak sudu sudu


daripada enam,tinggai empat ja
hehehe 

moga2 berat badan makin menurun selepas makan ni.
aminnnnn

blueberry cheese cake


Birthday mak jatuh pada hari selasa 29 january.mak amsuk hospital sebab asma,demam,batuk,bla3 hari isnin.jadi aku sibuk cari idea nak beli hadiah kat mak,apala nak bagi kat mak.even ni birthday yang ke sweet 59 y/o tapi tetapla kena bagi something.

macam kita la ,bagi cekelat pon gembira kemain.haha.jadi nak bagi mak gelak ,lupakan kesakitan jarum yang duk cucuk tangan dia tu (drip) jadi aku beli blueberry cheese cake dekat Tesco sungai petani..selama ni tak penah pon beli kek sebab selalu buat sendiri..walopon buat sendiri kadang2 tak sesedap kedai,tapi puas hati haha

kali ni sebab memang tak dapat nak buat sendiri la sebab dok kat sepital ni,jadi aku beli jugak..nampak kemain sedap okkk.dah pukui 10.40 malam time tu (not accurate),tesco tutup pukui 11 malam.harga kek RM13.99..ADA JUGAK 99 PULUH SEN TUUUU.hahaha


nama blueberry cheese cake tapi blueberry dia alahai cipottt lekat celah gigi danish ja ni haha

TAPIIIII SERIOUSLY SEDAP! tak tipo.kek ni rasa lah macam cheese cake sebab sesetengah kedai even nama kek tu cheese cake tapi harammmm tak rasa cheese nya pon huhu

HAPPY BIRTHDAY MAK!!
59 y/o

mak nangis bila iolls buat suprise bagi kek memalam walopon tak begitu surprise =.=

love love 

Monday 28 January 2013

first attempt on Pavlova Cake

dapat recipe Pavlova ni lama dah selepas godek2 kat blog cikepal.tengok dia buat pergh sedapnya haiii.tapi yang aku tau kek ni manis sangat,disebabkan aku kurang gemar manis jadi terbantut la nak buat kek ni..tapi minggu lepas,kakda abang sani semua balik macam biasa la balik untuk preparation kahwin kak imah nanti,so aku pon buat la,sebab depa boleh makan..

so aku buat kek ni sensorang ,mak p kenduri,jadi aku hanya buat base on recipe tu semata mata.haha.kalau dia kata pukul slow2 aku pun pukul slow2.kalau dia kata 5minit,aku pon 5minit hahaha punya lah tak reti nak agak sendiri kan.

jadi ini lah hasilnya untuk PAVLOVA CAKE cubaan pertama selama 23tahun hidup ni hahhaa


Buat bulatan dekat baking paper ni.ikut nak buat besar mana la kek tu.agak2 la kan.


mula2 masa bubuh telur putih dan bahan2 nya.masa buat ni macam tak konfiden ja.pelek benooo =.=



berjaya jugak hehe.lepas buat cedok buh atas tray ni.dia tak cair tau.so kita kena kaih bagi ikut bulatan kita tu.

haaa besar tu la hasilnya lepas aku ratakan nya


ni buat cream atas dia,guna whipping cream.tapi hasilnya tak memberangsangkan since aku salah beli jenis whipping cream tu.rupanya ada jenih2 whipping cream tuuuu.aku main rembat beli jaa >.<


 ni hasil nya..dia makin kembang..dan ni nipis.so nanti kalau hampa buat better buat tak terlalu nipis tak terlalu tebal tau.kalau nak agihkan kepada dua bahagian pon ok sebenarnya,tak la besar sangat tambah2 masa nak simpan dalam fridge nnti.


lepas dah sejukkan baru sapu whipping cream tu.sebab aku pukul whipping cream tu sekejap ja.,sooo hasilnya macam niii.aku taktau kena buat lama bagi jadi puteh gebuu...so aku buat sampai tangan dah lenguh huhu tapi krim ni so sweet dan rasa macam aiskrim skit. for me la.


hahahaahahaha buah strawberry yang sikit sebab Kimi dah makan banyakkkkk..so tinggai sikit.orang selalu guna buah yang masam untuk cut down kemanisan kek tu sendiri.


ni lah hasilnya yang tak menggoda.letak dalam fridge..aku makan sesudu kecik ja sebab too sweet huhu.orang yang makan kek ni kata rasa macam masmallow.hehehe taktau laa,ce rasa



whipping cream yang meleleh.pasrah aku

terus cakap kat mak 
'mesti tak sedap kan mak,sedih la mcm ni'

mak
'sedap la ni,manis sikit ja'


dan yang paling penting mak makan 2 slices kek niiiii
gila rasa terharu!
terus rasa nak masak/bake lagi hehe

sampai sekarang kompius awat orang juai cake ni mahai =.=
sebab bahan dia murah ja
mungkin sebab buah mahal?
kalau sebab buah logik,sebab memang buah mahai
aku tak letak buah kiwi sebab sebekas doblas hinggit,den tak koja lagi,jadi tak mampo
hanya mampo strawberry ja
hehehe

day 1 #Metro


peneman perut,roti john yang tak banyak isi yang berharga rm3.50 dibeli di rnr Gurun.sobs.tapi disebabkan lapar dan takda makanan lain ,roti ni la yang paling sedap haha

oh air cap badak,untuk sejukkan badan.betol x?


mak lena baik punya,lali sebab kena ubat.alhamdulillah,boleh la mak rehat banyak2.


wayar drip,wayar oksigen,wayar charger henpon pon ada.haha.ada 4 suis,baik kita gunakan sepenuh nya kan? bayar mahai ,guna sebaiknya mihmih


tak sampai berapa jam pon duduk,penuh barang dah dalam laci,padahai doctor Oliver mai check cakap 'saya takmau 'simpan' makcik lama2' haha paham dak maksudnya? bukan simpan tu tau,ni simpan suruh admit lama2 sebab dia pun tau bill mahai =.= 


ni oksigen,mak kena sedut ni.bukan macam sedut gas untuk asma tu.tapi ni ada dua wayar bubuh dalam dedua lobang hidong dan sedut,kiranya bagi bantuan oksigen la sebab mak asma teruk


si stoking biru + pink  ialah peneman Puan Mariah 
henpong casting merah peneman si stoking biru + pink
eheeee

stoking yang comel dibeli di Giant.harga murah gila! 9kupang jaaaaa
mihmihmih
sebab murah jadi aku banyak collection on this thing haha

in shaa Allah doctor kata mak boleh keluar semalam dua lagi.aminnn

clumsy me

penah tak kalau hampa masuk hospital ja,dengan tempat sejuk macam ni ,automatically perut akan asyik lapar,mulut tak berhenti sat nak makan.walopon perut dah koi buncit ke depan.penah tak?@__________@

Aku selalu tambah2 dekat Metro ni,makanan dekat cafe dia boleh tahan menyelerakan.sedap macam kedai2 untuk orang sihat kat luar yang banyak aji tu tak la kan,tapi sedap laaaa sebab dia satu2 cafe dalam ni haha

tadi lepas naik ward ,bagi mak lena rehat semua,aku turun beli nasik kat mak..sebabnya kami admitted lepas pukul 1.30 petang dah,so pihak hospital tak ambil dah order untuk hantar kat patient,so kena lah turun beli sendiri.mak suka nasik yang penuh dengan sayoq,yang anak dia ni,anti-sayur,haha,jadi order lah nasi goreng sayur tambah ayam goreng untuk anak debab mak ni hehe

turun order bayar apa semua,tengok tv tak sampai 5minit,terus p kat kereta amik botoi ayaq beda nak isi ayaq kat pantry malam ni.maklumlah kita kena minum 3liter air sehari ya adik2..siap bawak 2ketoi bantai tdoq untuk malam ni.haha.nampak tak ready nak tdoq kat hospital tuu.hehe

lepas dah selesai kunci kereta apa semua (security kat sini siap pesan jangan tinggai duet dalam kereta,sebab nanti kena pecah,maybe ada kes dah kot,scary jugak skit2 sebab ni hospital kottttt,ada noh orang gamak buat gutu T______T), aku pon p kedai serbaneka.



front page METRO 28 JANUARI 2013 cerita pasal arwah adik SITI HAJAR AHMAD SABIR ni,umor baru 20 tahun.aku penah baca pasai arwah kat facebook.ramai orang share link pasai dakwah terakhir adikni.boleh menitis air mata la kalau baca sebenarnya,memang tabah arwah.

bagi yang belum penah baca kisah arwah,ni kisahnya.


RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

_________________________________________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah 



aku pon beli paper ni semata sebab arwah.lepas beli newspaper aku pon naik la bilik.naik naik bilik,langkah ja depan bilik,terus teringat nasi yang aku order tadi tak ambil lagi. >.< punya la ralit sampai terlupa niat asal turun ke bawah tadi.huhu

terus turun ambil nasik ,naik atas makan bla3..

sejam kemudian,online facebook,tengok orang share pasal arwah adik siti hajar tu dengan cover front Metro,terus teringat balik pasai surat khabar yang aku beli.dan sampai sekarang tak jumpa2 dan taktau kat mana aku letak surat khabar tu..

totally clumsy me today

@___________@


Sunday 27 January 2013

mak

mak demam panas,mak sakit.menangis macam aku dulu2 bila aku sakit.time dengar mak menangis terus rasa 'ok now aku dah besar , ini tanggungjawab aku ,jaga mak' .bila dengar mak menangis ,aku control tak bagi menangis juga.satgi tak pasai2 dua dua menangis T___T

badan mak kemain panas,tapi bila mak tanya panas tak,aku tipo sunat ja kata 'tak panas la,mak lena dulu na' .sebab kalau habaq panas nanti mak akan terus rasa tak larat,orang panggil psychology kan.so aku tipo sunat la..dalam hati,nak menangis tak tahan dah ni.=(

mak jarang sakit,aku ja selalu 'buat buat' sakit sebab nak attention mak..nama pon anak bongsu ihik

pagi tadi dalam 5 pagi dengar mak batuk,aku pon mamai bangun urut pegang leher mak panas bahang.tapi aku tak kata apa.so diam2 message kakda.habaq la mak demam panas,aku memang nak bawa mak p masuk ward ja sebab kalau dekat ward mak boleh berehat dan tak pikiaq apa2,lagipon ada doktor jaga.so memang aim pagi tu nak bangun siap2 p hospital Metro dekat sungai petani sebab doktor Oliver yang memang dok rawat mak kat situ.

pagi tu terus bawak mai.selalu drive dari rumah nak mai sungai petani dalam sejam ja.kali ni dekat dua jam.punya la banyak destinasi singgah singgah sebelum nak sampai Metro ni.hehe.

today is 28 january 2013,and tomorrow is 29 january 2013. tomorrow is her birthday BUT today she's admitted in hospital Metro.tomorrow she turns to 59 y/o.

terus rasa nak keja cepat2,cari keja dekat rumah,nak jaga mak dengan tok.tu aim aku.in shaa Allah kalau ada rezki dapat lah keja dekat2 rumah.

doakan mak sihat seperti sediakala.nak cakap i love you tak reti.mungkin mak tau aku sayang dia sangat.dari hati ke hati la kan =)



hectic life

cuti tiga minggu ni,aku rasa hari hari ada keja kena buat,hari hari keluar rumah p mana2 buat keja..tup tup dah tiga minggu.tup tup lusa bakal tengok result for second semester ni.dan tup tup ahad atau isnin in shaa Allah depan bakal pulang ke universiti hadap buku buku yang makin banyak.sobs

bila hujung2 nak balik belajar baru la aku tergedik gedik nak isi borang slab unimap.time time ni jugak baru aku nak cari referee untuk tolong support application tu T_______T

jadi kepala pening dan runsing..rumah dah macam kedai bunga,penuh bunga,penuh dengan barang kahwin.sana sini penuh..as anak yang pemalas ni,aku rasa ok ja semak macam ni haha since i still can walk through them haha BUT mak tak boleh! mak akan buat semua benda.mak tak boleh tengok semak2 macam anaknya yang malas ni huhu

jadi mak selalu buat la kemas sana kemas sini.bila dah buat semua tu,mak akan penat/asma.hmm.part ni paling aku tak boleh,aku sebagai anak yang pemalas ni rela untuk amik sakit mak tu ganti kat aku.tak boleh tengok mak sakit.kesian mak tarik nafas susah.siap buh gas kat hospital.bergenang ayaq mata tengok,tapi takkan nak tunjuk depan mak kan,so aku kena tough =)

so kepada sesapa yang nak kawen bakal kawen,kena ready preparation tu setahun sbelum tu.contoh bunga telor if buat sendiri kena la ready awai dulu.kami yang buat setahun awal pon ,sekarang ni ada lagi tak siap.huhu.bak kata arwah uncle selagi tak kenduri,selagi tu la takkan siap semua benda.huhu

dan sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup.tak sabaq nak keja sebab nak cari keja area Kedah ja,kalau boleh nak cari keja depan rumah.bukan mengada ngada manja tapi nak jaga mak.tanggungjawab diri sendiri.semoga dapat keja dengan cepat dan habis master dengan cemerlang.amin.

TABUNG MASA DEPAN