tabung shopping!

Monday 14 January 2013

home sweet home



dulu dulu rumah ni la jadi tempat berteduh kami selain rumah sekarang ni,sebab ni rumah tok aku belah mak dekat Alor Star..tepi tu ada buaian,ada pokok nyoq (kelapa) ,tepi kanan tu ada kedai runcit aunty cha ya nun alip yang selalu aku p nak beli cikidis,faveret lah kalau tengah tengah hari lari dari rumah laju laju p beli cikidis.mihmihmih

dalam rumah ni ada satu bilik,bilik tokwan aku,aku takut nak masuk bilik tu (pengaruh cerita hantuuuuu) sebab bilik tu dekat tingkat atas dan terperosok sikit kat belah kanan if you can see in the picture (belah kanan yang ada tingkap tu)..so bila aku datang rumah tok ja,mesti takut takut nak naik tingkat atas dan allu kat bilik tokwan.haha.

dan yang paling cool sekali ialah dalam bilik tokwan ada peti besiiiii.haha.seriously walaupon aku tak pernah masuk main2 golek2 dalm bilik tu kacau peti besi tu tapi aku boleh nampak peti besi tu bila aku mengintai dari luar bilik tu haha.besar ok peti besi tu dengan pedai ayam(mangga/lock) yang besar depan peti besi tu,haaaaa.yang paling penting sampai sekarangggg ni aku tak pernah tau apa benda yang tokwan simpan dalam tu.tah2 senapang gajah kan,sebab orang dulu2 selalu simpan senapang2 ni.hehe..

kalau time Raya paling best tidor ramai2 rumah ni,semua adik beradik sedara mara balik rumah tok dan pagi raya ja akan kecoh2 berebut bilik air nak mandi sebab nak p tengok lembu kena sembelih.haaa ni favourite part aku bila time raya,la ni jangan harapla nak tengok lembu kena sembelih huhu kat sini tempat depa sembelih pun aku tak tahu 

kadang2 sebab terlalu ramai sedara mara,aku siap mandi beramai2 haha maklumla weolls time tu kecik kecik lagi,so tak kesah pun mandi bersama ka tidor bersama makan bersama menari bersama  #eh ..bila siap mandi pakai baju kiut miut terus lari p tengok lembu kena sembelih

yang paling sedih tengok lembu tu kena sembelih,sebab time sembelih tu,air mata lembu keluar.lembu tu macam tengok mata aku dan kata 'uwaaa tolong sakit ni depa dok potong leher aku =(' seriously sedih tapi rendang daging tetap ku makannnn  di pagi rayaaaa T_______________T


TAPI ni gambar rumah tok aku dulu,sekarang dah takdak dah,dah roboh sebab lama tinggai ,anai2 makan,penagih dadah mai isap pit dalam ni la masa kami tinggai rumah ni,orang curi kayu la besi la bla3.sayang kan?kalau la rumah ni ada lagi,boleh cat baru,mesti lagi cantik kan ..mesti dah jadi tarikan orang ramai sebab kat kawasan tu rumah tok ja yang satu2 nya umah ala ala kampung cantik kemain nii..now dah takdak rumah,yang ada hanya lalang sobsss

rindu kenangan dulu.tok sekarang dah tak leh jalan lepas operation tulang belakang ,selepas setahun operation macam yang doktor cakap tok kemungkinan takkan boleh jalan..kami proceed jugak dengan operation sebab tok mengadu dia sakit sangat..lepas operation tok happy sangat sebab dah tak sakit kan.tapi lepas setahun until now tok tak boleh jalan..naik wheelchair ja.tok selalu cakap 'bila tok nak boleh jalan balik?''bila nak mati,tok susahkan orang ja' can you feel what i've feel..? sedih sangat bila tok cakap macam tu.. she's so strong ,and i love her so much! 

don't hesitate to tell someone that u love her/him,show it to them even without words you can show them through appreciation,give them hugs,kisses,present,and the most important thing GIVE THEM YOUR TIME! they are growing old, and yet we are happy enjoying out teenagers' live and sometimes forget about them growing old..

appreciate what they did..especially your parents..=)

No comments:

Post a Comment

TABUNG MASA DEPAN