tabung shopping!

Wednesday 29 February 2012

perasaan jakun muncul bila makan Tutti Frutti

 hidup aku penuh dengan perkataan SESAT.eh i meant sesat direction to any destination,not another sesat.huhu mintak simpang untuk sesat itu.jadi lepas sesat nak p umah kak sendirik dan diselamatkan oleh kawan2 yang sangat cool dan tak marah langsung sebab aku taktau jalan langsung untuk ke rumah kak sendiri yaa,mereka pun nak makan Tutti Frutti oh bukan aku belanja tapi depa belanja diri sendiri.semua ni sebab ketandusan wang,kecewa =(

 

masuk masuk terus tanya ni mesin apa ni,apa kejadah nya benda ni nak buat macam mana,nak tekan macam mana.kalau aku p sensorang ni memang tak dapat la aku nak makan ni sebab aku ni memang penakut caishhh! jadi kawan aku pon demokan la cara nak guna benda ni..syokk oo tengok benda tu turun masuk dalam cup kita tu hehe.muka jakun tak habeh2 okewww
 

todia dia punya benda benda nak tabur atas dia,punya la colourful,rasa hati nak letak semua ja sebab cantik dan menarek hati.tapi Ina kata harga dia ikut berat.hewww.terus terbantut walopon bukan aku yang beli.hehe
 

cuba bayangkan kalau orang letak pisang dalam bekas tu,gila berat ok.pisang amat berattttt.jadi memang tak amik laaa.
 

taraaaa ni anis punya bekas.14 hengget tapi aku tengok sikit ja.pasrah.memang harga dia macam ni.hehe.
 

 Ina punya murah sikit sebab ringan.takla murah mana pon.huhu


dengan perasaan jakun yang melampau aku snap habeh gambar dalam kedai ni.ni toilet dia wehh.kemain chantek wall paper dia..kalau aku la mau lekat kan wall paper ni kat bilik tidor ni..kekeke


nak balik boleh lagi snap buat kenangan boleh tunjuk kat anak cucu nanti nenek dah penah pergi Tutti Frutti uolls haha,entah bila nak datang lagi kan.kalau tak p dengan kawan2 takda nya aku nak p sensorang hehehe.

# disebabkan jakun yang melampau aku baru tau benda ni ialah Yogurt Aiskrim.huhu.noob gila.sebab tak penah makan kan?hehe.jadi bila aku rasa yang Ina dan Anis,tak brapa nak kena la dengan taste aku sebab dia masam masam.aku memang tak makan masam masam yogurt apa bagai ni,jadi aku bagi markah B- kepada Tutti Frutti.hahaha.tapi ada satu flavour aku suka tapi aku lupa.cesss.ada flavour red velvet tak?if ada,ya la kot aku suka makan hat tu.hehehe

first time makan Tutti Frutti,mesti la jakun.mesti orang lain dah sangat biasa dengan Tutti Frutti ni bagai aur dengan tebing kan.oh bagi aku dan Tutti Frutti bagai langit dan bumi.dah 22 tahun 3 bulan baru dapat rasa kemasaman Tutti frutti.hehehe.

sesat sebab ayam penyet!


semangat gila aku tanya Ina direction nak p kedai D'IDAMAN ni.betolka kedai dia nama d'idaman?ok tak pasti tapi buat2 pasti,yang pasti dekat sebelah Balai Polis dekat UIA.ohh aku paling fail bab2 explain direction..

tapi ni nasik ayam penyet yang kemain pedas dan sedap gila laaa.pedas tu tak  la pedas sangat,nama pon ayam penyet,kalau tak pedas bukan ayam penyet la kan?mungkin ayam hempok kot.muehehe.ok tak lawak.

yang paling menarek hati aku nak p sana walaupon dah tau kebarangkalian nak sesat tinggi dan tadi plak hujan renyai2 awan dah mula hitam,aku tetap nak p makan gak.punya la excited,sebab harga dia yang murah RM4 hengget ja wehhhh,mana nak dapat makan nasik ayam penyet yang sedap dan murah.

kalau lalau kat UIA Gombak ni,jomla p makan kat sini.sedappp wehh.tak mohong aihhhhh =)

Monday 27 February 2012

seriously can't comment on my entry??

ini pertanyaan tau.pertanyaan yang acap kali buat aku rasa ehh awattt tak da orang komen langsung entry aku * nak belas kasihan letteww tapi aku mana nak tau boleh komen ka tak sebab bila aku komen ja boleh jaa komen.



 seriously aku rasa diri ni dihargai sangat sebab ada kawan seconcern dia tanya 'awat tak boleh komen' hehe terus aku sedaya upaya godek2 setting dalam blog ni,tapi ok ja,memang orang boleh komen ja.huhu


bagi yang lebih memahami dan lebih paka/peka dalam hal2 memblog ni tolong la..boleh komen tak dalam blog ni?sebab dulu walopon blog ni tak sehangat blog2 yang hot hot ada jugak la orang yang comel2 komen di sini.tapi lately ni hilang semua orang dibawa arus globalisasi kini apajadah aku membebel sensorang kat sini

just nak tanya boleh komen tak entry saya.tolong tolong tolong.terima kasih daun keladi =)

Wednesday 22 February 2012

meatball meatball meatball

assalamuailaikum kawan kawan heee =)

haritu plan punya plan punya plan (Selalu nya kalau plan payah nak jadi,huhu) nak p  makan meatball,mengidam la konon konon nya..tengok nasik ayam nampak meatball,tengok bihun sup nampak meatball.tengok bakso gelabah macam nampak meatball.parah dah aku ni.semua benda nampak meatball.

jadi dengan kuasa teknologi yang hebat dan canggih walopon aku tak guna BB @ iphone,cukup la sekadar sony ericsson yang dah nak lekang (pasrah!)  aku pon ajak la kengkawan yang mesti terliur jugak kalau aku sebut pasai meatball.haha.pancing baik punyaaaaaaa!

IKEA SELALU MENJADI PILIHAN HATI WALOPON TAKDAK RUMAH LAGIIIIII


walopon terpostpone plan nak makan meatball tu,AT LAST kami berjaya p jugak makan meatball IKEA yang superb tu plus boleh celebrate besday kawan aku ni.hehe.pakej la kan 2 in 1!  


meatball pujaan hati sanubari ku.hewhew.kenyang sampai esok pagi ni kalau makan meatball weh..aku dengan Ped share makan yang 20 ketoi RM16 tu..memang makan sampai sengkak la jawab nya kan?hehe.aku siap mintak abang tu tambah kuah lebih,haha.dasar mamak.muehehe
kek apa kenama dia ni tah.Damia ? Macadamia? aku taktau la.Ped yang suka makan benda ni.aku pon tumpang sekaki la,makan tak tolak punya wa ni haha.beli 2 slices kek ni,sebab satu lagi konon konon nak buat surpriseeeee untuk si Imran buah hati Haz tu.hehe.tapi mestiii la dia tau dah nak sambut besday dia kan.tak berapa surpriseee sangat la.hehehe




balik bilik,terus tak pikir panjang,tdoq bermimipikan meatball LAGIIIII.hahaha.

meatball meatball meatball sedapnyaaaaaaaaaa nyummyyyy! (aku buat macam ni kat kak aku yang tengah mengandung tu,dia terus terliurrrr nak makan.muehehehe kejam dak i?kekeke) mai nak buat kat korang semua,,

meatballllllllllll sedappppppppppppppppppppppppppppp!slllurrppppppp (>.<)

Sunday 19 February 2012

cactus make my life miserable


aku kalau bab bab nak tanam pokok memang aku lemah,sebab nya pokok tak kan hidup dengan subur nya bila aku yang tanam,tapi kalau mak yang tanam,mesti pokok tu semangat ja berbunga bunga siap tumbuh dengan lebatnya..kalau aku memang idokk laaa..

tapi bila p Cameron Highlands haritu,semangat gila nak menanam pokok.kan kat atas tu memang banyak pokok2 dan cactus dan memang dijual dengan harga yang MURAH!! 

jadi aku pon apa lagi,excited macam mak dan kak da la nak beli pokok.tapi aku tau dah kalau aku beli pokok dan nak tanam memang kompem mati punya pokok tu.jadi aku end up p pilih cactus 6 = RM10..huhu kalau dekat pasar malam 7 =RM10! murahhhh jadi sesapa yang p Cameron Highlands sila p pasar malam diaaaa tau >.<

lepas semangat pilih 6 cactus dekat UNCLE SAM (kedai yang KIMI main mainan sampai takmau turun ).lepas pilih2,aku pon tunjuk la kat mak aku sebab nak suruh mak aku pilih yang mana chantek yang mana senang hidup ka mana senang mati ka bla3..harapan dalam hati berbunga bunga dah siap dah ready nak g bayar kat abang cashier.

sekali mak kata 

' yang ni senang mati,yang ni pun senang mati,mak dah penah beli dulu,p pilih yang lain'

sebak di hati siapa yang tahu,cactus punya pasal aku frust gila.yang lain aku tak berapa suka sebab banyak duri,aku pilih cactus yang tak banyak duri sebab konon nya kalau dah besar senang la aku nak ubah pasu/bekas dia..

lepas mak cakap macam tu,aku pun pikir punya pikir end up TAKMAU BELI LANGSUNG cactus sebab aku YAKIN cactus tu takkan mampu hidup bila aku yang jaga.huhu.pasrah gila..bila dah turun dari Cameron Highlands regret gila sebab tak beli.at least kalau bukan untuk aku,tapi untuk kawan2 kan.mungkin kawan2 lebih peka dalam bab2 menjaga cactus ni kan.

*lately ni mood nak tanam pokok/bela haiwan sangat la tinggi.tapi dua2 hampa.T_____T

# btw, kat mana juai cactus dan pokok yang murah dan senang hidup??

handbag makes me crazy

dah pergi dah Kenanga Wholesale City tu?
rugi tau sapa tak p SINI
jadi lepas ni cepat cepat pergi ATM 
keluarkan duet then direct p 



saya seorang yang diluar kawalan apabila saya bertemu dengan handbag.walaupun tgh penniless at that time,saya tetap sanggup cut cost untuk makan,supaya dapat membeli handbag yang cantik di mata..

saya rasa nak beli banyak sebab cantik sangattttt






 

dah beli dua bijik handbag,hati masih rasa tak cukup,beli untuk simpan stok tahun depan
ehh mungkin minggu depan
haha
 



tengok aku sangat gigih untuk snap sebijik sebijik handbag ini
bukan nak tayang kat ampa semua
cuma nak suruh p beli kat sana sekali hehe
KA NAK AKU MENIAGA HANDBAG??
I'LL SELL WITH A VERY AFFORDABLE PRICE!
WANT IT?
 hehe 

kalau nak boleh ja aku tolong beli and post kan
but aku bukan peniaga betol2 LAGI
=)

tengok aku boleh beli 4 handbags in a day
haha aku rasa sesiapa yang p sana pun mesti jadi tak waras 
rasa nak beli semua jaaaaa

jadi aku dikatogeri masih waras jugak dan 
HANYA MEMBELI 4 BIJIK handbags!
hehe

ssssshhh kalau mak tau habeh laaa aku
mesti mak akan berleler
ohh i miss her leteran!
=)

penawar tension!

bila tension apa adik adik buat?ya makan kan? kakak kakak di sini pon suka makan tapi disebabkan takut gemok yang melampau sebab sedaq diri dah gemok jadi pasrah terhadap makanan yang sedap lagi menggoda hati ini.

jadi bila tension,tdoq ja pon boleh mengubat sanubari kan?hehe betol! tak payah nak bawak keluar duet sesen pun  bila tension.kalau dulu,bila tension mesti nak makan,nak makan plak bukan main hebat lagi,takmau la makanan yang murah atau yang selalu makan hari hari tapi hat luar biasa sikit.

nak hat mahai mahai,padahai tengah tension.tension pasai takdak duet,tapi nak kna makan dan guna duet.so end up nowadays ni,kalau tension tdoq! gila release tension wehhh.enjoy gila hati aku.macam dimintak mintak plak untuk tension sebab badan nak tdoq.haha.

tapi makin menjadi jadi diri ini,kalau tak tension pon aku tdoq..cesss.nak buat macam mana lagi kan?tdoq tu pengubat keletehan badan.

Friday 17 February 2012

syurga shopping! - Kenanga Wholesale City

sapa yang dilahirkan sebagai seorang wanita mesti tau perasaan nak beli sesuatu dengan perasaan yang sangat tak leh kawal,nafsu bergelora la bak kata orang.pantang nampak handbag chantek dah histeria sana sini,kecoh nak beli semua.

pasrah terhadap keadaan diri yang tak dapat tajaan belajar lagi.padahal duet tajaan belajar patut beli buku untuk jadi lebih pandai tapi kalau aku memang tak la,duet beli buku aku cut cost gila,aku siap sanggup salin nota nota yang lecturer bagi konon konon lebih senang paham,ya,untuk lebih senang paham jadi aku salin.bukan sebab nak jimat duet untuk beli handbag/s! bukannnnnn T____T


tadi lepak dengan kak wani,jadi bila perempuan bertemu perempuan lain sikit peel (perangai) nya,tak lain dan tak bukan antara p makan atau p SHOPPING jaaaa! dan kami p dua2 ,makan p ,shopping pun p! dan yang paling super seronok ialah kami p KENANGA WHOLESALE CITY! penah dengaq? 

ni baru bukak ja dan seriously memang murah gila! kalau korang nak meniaga,aku advice korang boleh p beli kat sini! sebab sangat murah dan memang dorang ni juai secara borong pon,kena beli 3 @ 6 barang ke atas baru dapat harga borong! 

kalau nak p shopping kat sini,p la ramai2 dengan kawan2 adik beradik yang kaki soping sebab bila beli banyak lebih murah ok.ulang lagi sekali,lagi banyak beli lagi murah =)


By Road
Kenanga Wholesale City is accessible from Jalan Hang Tuah and Jalan Loke Yew. From Jalan Hang Tuah towards Jalan Loke Yew direction, you can make a left turn to Jalan Kenanga, after the Hang Tuah LRT station.

From Jalan Loke Yew towards Jalan Cheras direction, you can make a left turn to Jalan San Peng, after Tsun Jin High School. Follow this with another left turn to Jalan Gelugor at the traffic light.


sebab aku semangat waja nak suruh hampa pon soping kat sana,jadi aku gagah p google direction,map semua bagi hampa senang nak p! hehe dekat gila dengan TIMES SQUARE! jalan kaki pon sampaii.turun dari Hang Tuah jalan kaki pon sampai.



ni la wajah KENANGA WHOLESALE CITY ni.aishh! dont judge a book by its cover bak kata pepatah kan,so now dont judge a building by its pale look! hoho



macam macam ada,ni ha tudung pon ada,kalau nak juai tudung boleh la mai beli tang sini.aishhh.memang murah wehhhhh


nampak tak baju bermanik manik penuh kat depan tu yang warna biru tu? aku rasa tu aku penah tengok kat Bandung dulu,mai dah tang Malaysia ni,tapi maaf tak tanya harga plak.huhu


kasut segala jenis pesyen ada ni ha..kaler kaler sampai binau mata cek ni haa.naseb baek hati aku tak tergugat dengan semua ni.tak tak tak.


nampak tak banyak gila HANDBAG banyak sangat! boleh kopak kalau selalu p KENANGA ni.homaigoddd..tiba tiba rasa nak ajak Ped,Ena,Jah,Ina,dan seangkatan kawan kawan p sana untuk membeli tanpa belah belah.hati aku hanya tergugat dengan ini ----> HANDBAG/S!!!!


P/S : jangan p kalau nak berjimat cermat dan jangan percaya pada diri sendirik pon kalau diri kata 'takpa aku takkan tergoda dengan godaan handbag itu semua' jangan pls jangan percaya.sebab anda akan tergoda seperti saya =\ but im happy! hehe

what i bought from there? haaaa wait for the next entry! hehehe

Thursday 16 February 2012

cameron higland

yuhuu ini cerita sudah basi.tapi hari ni sebab tak da class,aku pun gagah buat entry gak,walopon takdak orang baca pon sob sob sob

surely ramai yang dah p Cameron Highland kan?tempat2 sejuk kemain gituu memang seronok kalau p dengan husband kan?haha.ok gatal di situ.disebabkan belum berkahwin (pasrah) aku p dengan family.oyeeeeahhh!

kalau nak g Cameron ada dua jalan,iaiatu satu kita exit Tapah atau satu lagi Simpang Pulai.tapi kalau macam aku haritu dari KL so,naik ikut Tapah la,lebih dekat.tapi ramai yang tak suka naik ikut jalan Tapah ni sebab BERBAHAYA.jalan dia sangat la bengkak bengkok dan ya,aku mengaku aku muntah tiga kali,repeat im vomitted for three times! sakit woii kalau muntah.lembik habeh badan macam apa lagi.masalah aku yang paling aku tak suka/benci tapi memang kena hadapinya.huhuhu

bila naik ikut jalan Tapah,kita akan jumpa waterfall yang kalau untuk budak2 boleh la nak mandi.kemain jernih air dia..kalau aku tak da perasaan malu yang menebal dah lama aku mandi.cesss.aku pemalu rupanya.haha


ha ni la tempatnya.Hutan Lipur Lata Iskandar.sampai sampai sini budak budak dua orang tu dah lari nak terjun mandi.padahal takut air sebenarnya.haha


Kimi ni takut sikit bab bab air ni.dia macam takut lemas.taktau la pasaipa,nak kata penah lemas tak penah la.tapi kalau lemas sebab sabun masuk dalam mata penah! dan sangat fobia ya,dia kalau mandi dalam toilet kalau orang jiruskan mesti dia pesan 'jangan letak sabun tau,nanti mata adik pedih' haha.tau takuttttttt.kekeke




haa tu bahagian atas dia.kemain sejuk mata memandang ni.



chantek kan?tapi disebabkan aku dok pening pening time tu,takdak hati nak mandi,hati hanya memikirkan katil untuk rehat
zzzzz

Wednesday 15 February 2012

wanita


wanita sangat lembut,sangat kuat,sabar.hargailah wanita wanita di sekeliling kamu =)

Tuesday 14 February 2012

friendship



 first aku jumpa dia,dalam hati aku 'sombongnya muka dia'
sebab dia dikategorikan senior aku di universiti aku
sebab dia budak asasi dan aku pula budak matrik
kami berbeza

dia dengan geng geng dia
geng geng dia semua senior aku

rasa takut nak mulakan perbualan
sebab takut dia tak sudi jadi kawan aku
almaklumla dia senior 
dan dia pula lebih suka diam dalam kelas berbanding bercakap dan melawak kosong macam aku
bertambah la aku segan nak berkenalan dengan dia

payah gila nak tengok dia senyum
memang lucky gila kalau dapat tengok dia senyum
sumpah aku tak tipu
dan bila dia senyum
sungguh cantik dirinya
(sorry im not lesbian,im a straight person)

kami mula berkawan sampai sekarang
dan senyuman nya tak penah lekang dari bibirnya
kan lebih manis begitu

walopon sekarang kami terpisah dek kerana exam
aku percaya kami berjodoh untuk bersama 
bersama untuk belajar meneruskan perjuangan yang masih panjang
yang masih berlum selesai ini
masih ada peluang untuk kita ke kelas bersama2

dan aku dapat simpulkan 
'don't judge a book by its cover'

sebab walaopon dia kurang senyum 
tapi hatinya selalu senyum
dia baik,posotif thinker
dia sangat tabah menghadapi hidup
dan yang paling penting
dia tak sombong seperti mana first impression aku terhadap dia

dan dengan bangganya aku kata
ya,dia kawan aku
kami kenal bukan 10 tahun 12 tahun
cuma 4 tahun lalu kenal bersua muka
bertambah rapat setahun yang lalu
alhamdulillah sampai sekarang
dan aku harap persahabatan ini berkekalan hingga akhir hayat
till Jannah insyaAllah

#me also not very good in expressing my emotion
but im glad i have you here
=)

Sunday 12 February 2012

change

stop being so childish
people won't stop and wait for you anymore
they'll stop for you when you are along with them
not behind them
so you need to run
to chase them

and not shouting at them and ask them to wait you
you need to change
people will get tired of your attitude

so please change yourself NOW
you want the good result in the return
so you MUST sacrifice one of your bliss to get the better one in the FUTURE

change change change
and STOP COMPLAINING
if others can do it,u also can!

Tuesday 7 February 2012

(video) cara membaca surah Al-Fatihah dgn betul ,ustad Don Danial



marilah kita belajar cara2 membaca surah Al-Fatihah dengan betul.memperbaiki cara bacaan kita,mana nak tau kot kot ada sebutan yang salah..=)

video ustad Don Danial

first day


petang ni bakal menjadi kelas pertama aku untuk belajar.dah lama tinggal kelas,dan bila tiba tiba nak masuk kelas,mula la aku gelabah,apa nak bawa,apa nak pakai,sandal boleh pakai ka,ka kena pakai kasut bertutup..haaa macam macam aku pikir,dah macam budak budak dah aku ni,semua dah taktau nak pikir.ahaha.

hari hari kelas petang dari pukul 6 sampai 9 malam.nice kan?nice? T__________T 

jadi masa aku amat terluang,mula la rasa nak start buat business,tapi masih berfikir nak buat business apa.aku ni kadang2 malu tak bertempat,dan paling aku segan/malu ialah bila berniaga dan orang berhutang,aku paling malas/segan nak mintak duet balik kat orang tu walopon tu memang duet aku.haha.dah memang sikap aku,aku jadi malas nak minta hutang.jadi macam mana nak berniaga ni?huhu

jangan malu kalau nak memulakan sesuatu kerjaya tu kan? =)

still thinking of something to sell.
takkan nak juai kek kot.kat asrama mana boleh masak
>.<

tasha manshahar



tasha manshahar..layan gila lagu dia.rupa rupanya dia budak maktab kat Cheras ni(kawan aku yang gtau aku) .hewhew.mesti semua peminat MU suka gila kat dia,sebab  dia pon peminat MU kan?hehehe nice one.ada byk lagi lagu dia weh..
maju semua orang la ni,semua nak menyanyi hehehe..
untungla ada rupa,ada suara bak kata kawan aku.hehehe.

business

tiba tiba nak buat business.is online business okey or i should try something else?

feel like wanna sell something like handbags,blouse,baju kurung and many more and of course with reasonable price! =)

just a thought to start something new in my life.

what say u?
=)

Friday 3 February 2012

alhamdulillah




alhamdulillah.lepas usaha dan berdoa dan bertawakal kepada Yang Maha Esa,aku berjaya lulus english proficiency test sebelum boleh masuk class untuk sambung belajar.

essay yang naik hari tu ialah essay yang penah keluar dalam IETSL sebelum ni.alhamdulillah malam before exam tu aku dgn Fatin dah baca dan kami dapat la point point penting untuk essay tu.

 lulus,alhamdulillah.rezeki masing masing lain.jadi kita kena usaha dan yang paling penting terus berdoa.

happy reading =)

Wednesday 1 February 2012

berdebar debar

esok nak dapat result EPT.nervous dia lain macam ja.dah usaha yang terbaik.haritu soalan keluar essay sebijik macam dalam IETSL tu.mak aii..naseb baek la aku baca gak,tapi tak la point dia memang aku campur aduk kan la.mana nak ingat sebijik bijik ayat essay tu.

esok katanya insyaAllah pukul 10 pagi dah boleh check result.mintak mintak lulus dapat band 6 ke atas.EPT ni result dia dari BAND 1 HINGGA 9.mak aiii banyak beno band nya.huhu..

kalau nak lulus dan boleh sambung study kat UIA tanpa kena masuk kelas BI dia,kena dapat BAND 6 , 7 , 8  @ 9! 

tolong doakan saya dan kawan kawan saya berjaya lulus test ni.doa anda insyaAllah membantu =)

moga kami lulus EPT ni.amin.

happy reading loves

beza ketinggian Nabi Adam dengan orang sekarang

Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ 

(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
tinggi nabi adam Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45,72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27,432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.


Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s kat bawah ni. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.

replika baju nabi2 Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita

replika baju nabi3 Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita

Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.


Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadapa bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.


Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

replika baju nabi1 Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Setinggi-tinggi manusia, segagah-gagah manusia, sebesar-besar manusia, raja kepada segala-galanya tetap Allah SWT.


sumber : FACEBOOK


Tengok bertapa beza nya tinggi Nabi Adam dengan manusia sekarang..

TABUNG MASA DEPAN