tabung shopping!

Tuesday 31 January 2012

cantik


TIPS 1 : Perkara paling asas untuk  memperolehi KULIT SIHAT BERCAHAYA adalah TIDUR YANG CUKUP.peruntukkan enam hingga lapan jam waktu tidur berkualiti ,minum air masak dengan banyak dan hindari minuman  bersoda atau berkarbonat.

TIPS 2 : amalan membersihkan muka dua kali sehari adalah perkara wajib untukmu.eksfoliat juga kulitmu sekali stiap minggu dan jangan malas mengamalkan rutin pelembapan dengan produk yang serasi dengan kulit.

TIPS 3 : selalulah merapi bentuk keningmu agar 'gerbangnya' terpelihara cantik,melengkung seindahnya.kening yang dipulihara konsisten menjadikan wajahmu lebih bersih dan cantik walupon tanpa solekan.

TIPS 4 : amalkan meminum air jus nenas asli ( isi nenas yang dikisar, bukannya jus kordial).Bukan saja mencantikkan kompleksi kulit,jus nenas amat bagus untuk melancarkan peredaran darah malah baik untuk jantungmu.sejukkan sebelum minum untuk rasa lebih enak.

apa kata kita sama sama try buat ni.amalkan benda benda ni semua,mana tau boleh dapatkan kulit yang mulus/cantik.=)

untungnya jadi wanita


untung nya menjadi seorang yang bernama WANITA 
=)

yoko yoko



demam ni effect sampai ke tulang sengalnya.siap lenguh lenguh tulang bagai.aku dah la tak tahan sakit,pantang sakit mesti meleleh ayaq mata ni.tambah tambah depan mak,lagi la nak mengadu sakit ni.kalau sakit sikit pon jadi sakit teruk bila nampak muka mak.hewhew.mak la penyelamat aku.mak buh YOKO YOKO kat tulang belakang,sebab aku kata sakit tulang belakang,lenguh semacam ja.

dengan kuasa Allah swt ,tak sampai 15 minit macam tu,aku dah tak sakit tulang/sakit badan,then dah boleh bangun macam orang sihat,cuma selsema tu ada la sikit sikit.

jadi kalau ada yang sakit badanka apa lenguh lenguh sendi ka,boleh la guna YOKO YOKO lepas ni tau.dia tak panas,tapi sejuk mint mint gituewww..selamat mencuba =)

Monday 30 January 2012

harimau dalam bilik!

dalam bilik saya ada tiga ekor harimau yang comel! so comey from my comey.euwweuww haha


tinggal dua sebab satu dah gantung.semangat gila nak gantung sebab sangat comel.selama ni beli yang kosong warna puteh besa tu ja,tak dak nya cartoon cartoon harimau bagai ni,.tapi sebab orang bagi terus semangat nak guna,mula mula rasa nak simpan takmau guna ja sebab sayang,nanti lekat payah nak cabut kan..huhu

lekat dekat almari habuan gantung baju ka towel ka,apa apa yang nak digantung la hewhew.kompem nanti habeh sem aku cabut balik.haha.maklum la first time dapat penggantung baju yang comel lagi free.(orang bagi muehehehe) tapi ada harga kat situ RM2.90!! murah kan?? 

kalau nak beli kena p Perlis ada kedai RM2 hengget..nama ja 2 hengget tapi 2 hengget sembilan puluh sen.hehehe.

surah Yassin

sapa pagi pagi baca Yassin?alhamdulillah sapa yang boleh terapkan sifat baca surah Yassin or Al-Quran EVERYDAY..bukan senang nak amalkan benda yang dituntut,aku pon selalu terlalai.

ustad aku kata (kalau tak salah) kalau kita baca surah Yassin PAGI PAGI lepas subuh la kan maksudnya,dan sedekahkan kat arwah parents kita,nanti arwah tak  kena seksa kubur pagi pagi.

aku dengar tu terus jadi semangat dan berazam nak bangun pagi pagi sembahyang Subuh dan terus baca surah Yassin sedekahkan kat arwah.sebab nak tolong arwah abah dari kena seksa kubur.anak mana yang tak sayangkan abah mak dia kan.so sedaya upaya walopon syaitan duk kencing kat mata aku suruh tdoq,aku gagahkan diri untuk baca Yassin gak.dan stiap kali baca,aku rasa tenang.indah sunggu perasaan tu,try la =)


jadi motivated gila sebab ustad tu cakap macam tu..kalau salah benda tu,aku rasa dia bukan nak tipu cuma dia nak galakkan students dia membaca surah Yassin dan jugak Al-Quran SETIAP HARI..setiap huruf dalam ayat ayat suci Al-Quran tu menyumbang kepada tabung pahala kita. even baca BISMILLAHIRAHMANIRAHHIM pon dah dapat pahala untuk setuap sebutan tu,stiap huruf tu.alangkah banyak nya pahala kita kalau hari2 baca Al-Quran dan surah Yassin..benda harian yang kita buat semua dapat pahala.alangkah ruginya aku sebab terlalu lalai dengan perkara duniawi.


aku buat entry ni sebab aku tersedar selepas baca entry ZACK tentang dia mimpikan arwah mak dia..aku kenal rapat dengan zack.kami alami perkara yang sama,kehilangan orang yang tersayang.zack sangat tabah bagi aku,dia anak sulung,dan ada 3 orang adik lagi.aku rasa dia sangat tabah dan kuat.


bila dia buat entry macam tu terus menyedarkan aku jugak betapa lalainya diri aku selama ini.terima kaseh zack sbb ingat kan aku jugak.btw,be strong coz i know u are such a superb and strong girl! u can survive.hugs! =)


batuk


penah tak alami batuk yang tiba tiba ja then terus sakit tekak yang amat sangat dan bila nak cakap sangat sakit?sapa penah rasa?hands up pls.pls.pls.because i really need your advice on what medicine did u take? =(

haritu mak suruh beli Strepsils,tapi aku tolak mentah mentah,sebab konon konon 'eh mana sakit tekak pon'..(tu la padah lawan cakap mak) nahhh sekarang kena sungguh! sakittekak yang tiba2..

its very painfull =( sapa2 yang tau cara/kaedah/ubat yang boleh mengubati sakit tekak yang perit ni,kecuali strepsils ni??sebab tak larat dah keluar pergi centre Uia ni beli..tolong someone..really appreciate it.

Sunday 29 January 2012

one is enough!

mee udang mak jah terbaik punya!

perut bunyik mintak diisi.tapu jauh lagi nak sampai ke Taiping ni.dah dekat tiga jam dah travel dari Kedah tapi tak sampai2,sungguh berwaspada abang ipaq saya yang baik hati ini bawak kereta.hewhew.betol sebab dia hanya speed 110km/j..
kalau saya 130km/j is my favourite number..
(harap2 takdak polis yang kacak baca)


udang kemain besaq.dari muka leteh sebab kelaparan terus rasa bertenaga gila nak melahap MEE UDANG MAK JAH BAIK PUNYA! kelass kau mak jahhh hahaha..kedai ni femes oo sebab penah masuk tibi. abang ipar aku la yang cakap.hewhew

watermelon juice ni harga dia 2 higgit ja wehhh..semua juice dia semua 2hengget.murah kan?boleh order banyakkkkk! (tamak)


sapa yang tak suka udang sila jangan baca entry ni dan jangan p kedai ni.
 serius jangan baca.semua benda yang dijual kat kedai ni adik beradik udang ja KECUALI air.haha.ni nama dia MEE UDANG SPECIAL harga dia pon special lewww RM 11!

tapi udang banyak melimpah limpah melampau pon boleh gak.
sebab banyak sangat dan besaq pipi kimi tau dak?haha.

kenyang sebab makan udang jaaaa.hewhew..
im a fanatic fan of udang!  memang tak rugi la datang sini. >.<

6 ekoq udang laut dalam mangkuk mee udang. 
sampai kena keluarkan udang udang ni
untuk makan mee tu
haha
punya la banyakkkkkk
gemok gemok plak tuu
nyummmmyyyy

kulit udang ja penuh sepinggan.sampai lenguh mulut nak kena kunyah udang yang banyak tuuuu
untungla HARGA MEE UDANG SPECIAL NI RM11

kalau MEE UDANG (biasa) RM 7



kuah cucur UDANG ni memang terbaek.sedap gilaaa! aku siap hirup hirup kuah dia..memang best lah.tak rugi beli..harga aku tak tau sebab abang ipar aku yang pergi bayar hehe

muka eksaited kemain nak makan sebab masing masing tak makan dari pagi woiii.memang habeh lah udang ni kami telan.hewhew

ni nasi apa tah.mula mula tengok cess mahal kemain sampai RM7 takdak apa apa isi pon dalam ni.
dah kecewa pasrah dah.macam rugi la kan.
sekali kat bawah nasik tu penuh udang!
sekali lagi aku ulang 
PENUH UDANG
ada 8 ekoq kott
lagi banyak dari udang dalam mee tuuuuu
(rasa rugi plak tak order nasik ni,kalau tak boleh telan udang banyak)




 muka mamai takmau makan nasik tu.dia taktau berlambak gila udang bawah nasik tuu.lepas kupas kulit udang tayang tayang depan mata dia,baru mau makan.amboiii! pesyen dah malaih kupas kulit udang



Kimi yang paling susah nak makan.orang makan cucuq udang tu,dia hanya makan ni ja.
-
-
-
-
-
-
-
-


FISH CAKE! 
ni ja dia makan.
fish cake goreng ja dia makan
T_____T
patutla kurus keding.


P/S : sapa sapa nak p kedai mak jah mee udang ni,kena exit CANGKAT JERING/TAIPING tu 
then akan ada tulis kat tepi2 tu,signboard buatan sendiri laa,
dia tulis MAK JAH MEE UDANG.

kat area tu semua juai mee udang tapi MAK JAH PUNYA PALING TERBAEK!

  MEE UDANG MAK JAH 'BAIK PUNYA'

PONDOK UDANG HARIMAU!

(',')

siaran langsung anugerah juara lagu!!




 tiba2 nampak hazama hensem sangat malam niiiiii!! tak tipuuu.rasa sangat hensem..
hewhewhew

Thursday 26 January 2012

student's life

alhamdulillah hari ni selamat daftar diri as one of UIA's student for the very first time.dulu saya UiTM di hatiku.hehe.tadi mai dengan tak tau jalan,tapi aku tetap jugak mai buat biat tau jalan sebab kita kena INDEPENDENT sekarang ni tak boleh nak DEPENDENT sangat dekat orang.kalau tak sampai bila pon tak berjaya kan?heehee

alhamdulillah,aku dapat bilik sebelah sebelah dengan Fatin,sebab kami minta sekali dan asked that kakak yang kiut miut tolong arrange kami dok sebelah!yeahhh!dapat walopon tingkat 3! tingkat 3 tau dak? *moga moga kurus la lepaih ni kan *

masuk masuk tadi dah speaking.dah la lidah ni Melayu pekat ,jenoh gak la nak tune p omputeh,nasib baik berjaya buat macho dan berjaya cakap sepatah dua omputeh.rasa bangga dan yakin sebenaqnya bila kita cakap dan orang tu paham! aku ingat takdak orang paham kalau aku cakap omputeh ni.haha

environment and friends will help us with our English right?
=)

btw,depan bilik aku ada seorang awek arab..admire gila tengok dia pakai jubah segak aih.pakai apa pon dia segak.lilit lilit selendang selit halai balai pon segak..uwaaa.untunglaaa hidung tinggi,mata bulat,kening lebat,kulit gebu..


erk.tadi ada orang cakap 'are you from Pakistan?' eh eh im proud to be me ok =) 

Sunday 22 January 2012

jalan jalan petang dapat hadiah


semalam keluaq dengan Katy dan Ped lepak lepak sambil makan caketeow sedap sedap dan sangat sedappppppp..tanya tanya pasai celak / eyeliner ,nahhh sekali Katy bagi celak AVON.dia dealer Avon.haaa memang senang la kalau nak beli barang barang Avon,sebab kalau ada member card dapat murah (if im not mistaken).yeaaa.jadi nun dapat celak free dari Katy.hikhik.

satu lagi tali pinggang.tak penah penah aku pakai tali pinggang ,tapi start last year kot aku dah mula guna belt,tapi disebabkan aku suka tarik kuat kuat bagi ketat betol2 belt tu,belt tu dah nyaris2 putus sebab dia punya tali tu macam jalinan tali tu,yang memang senang putus tu(nak sedapkan hati) hikhik.10 hengget tau i beli guna duet i,10 hengget pon banyak kalau guna duet sendirik.hukhuk

jadi Ped la cakap nak bagi belt dia,hikhik,Ped memang sangat tau Nun ni kedekut haha.jadi dia dengan baik hati nya bagi belt tu kat aku.dia ada banyak.jadi nun amik satu leww.hehe.

thanks sebab tolong aku bila aku susah,bagi benda ni pon dah cukup membuat aku gembira.thanks sangat (Semalam takdan kata thanks sobs)  =)


berkawan biar beribu
bermusuh jangan sekali
=)

peminjam sementara

bila kita bersembang tentang ilmiah otak mesti ligat berfikir.mesti pikir sampai kadang kadang sedih dengan diri sendiri,takut apa yang akan jadi di hadapan,semua nya serba tak kena,maklumla diri ni bukan sempurna.banyak kelemahan.tersangat banyak kelemahan dalam mengejar akhirat.

aku sangat takut tentang dosa dosa aku.bohongla kalau aku kata,aku tak penah tinggal solat.dulu dulu masa zaman kecik kecik jahiliah tak pandai pikir lagi,subuh memang ke laut.teruk kan?bila pikir balik,Allah terima ka solat yang aku qada sekarang ni.aku baca betol ka bacaan dalam solat? dengung dia,harkat sebutan dia betolka?

bohongla kalau aku kata aku baca lambat lambat dengan penuh penghayatan, aku baca laju sampai mak penah kata 'adik ni sembahyang macam cacing(sambil buat jari macam cacing)' rupanya mak nak tegur cara aku solat.tapi aku plak tak paham.

masa solat mesti satgi aku terpikir benda lain,siap dok imagine benda tu.tapi masa habeh solat tak plak aku pikir benda tu.bila pikir2 balik ruginya aku ni.sembahyang main main tak kusyuk tak menghayati ,asyik pikir benda duniawi.

tadi aku mula berfikir betapa ruginya diri aku ini,dah 23 tahun hidup di bumi Allah,tapi perintahNya yang 5 minit setiap waktu solat aku susah nak hilangkan perkara dunia dalam solat,even aku solat,otak terpikir  pasal dunia,tak kusyuk..betapa ruginya aku.

betol,kita kena kerja akhirat sebab kalau kejar akhirat kita akan dapat dua dua iaitu dunia dan akhirat,tapi kalau kejar dunia hanya dunia yang kita dapat.


cukupka amalan aku selama ini jika nyawa aku ditarik sekejap lagi?
Ya Allah,Kau ampunkanlah dosa hamba Mu ini Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,padaMu aku berserah,padaMu aku bersujud.


kita bukan siapa siapa di dunia ini,
kita hanya peminjam sementara sahaja.


Saturday 21 January 2012

surprise surprise surprise

haritu masa dekat Bangi,asyik buat surprise,sat sat besday abang sani (abang ipaq yang sulung) ,satu lagi besday abang pijo (abang ipaq yang ketiga) ,semua surprise.kami yang nak surprisekan depa ni yang kalut lebih.hikhikhik


Cozy COrner dekat Ampang kalau tak salah aku,dia dekat mall.(aku mmg susah nak ingat tempat!cess) nanti aku ingat aku habaq cepat2 tau =) nanti boleh hampa semua p sana makan.nyummmyy

sini boleh dikatakan favourite place family aku la.aku kat mana pon tak pa kalau bab makan makan ni,tak memilih.ehekkk.



lagi special this event sebab kami bawak Tok sekali,fyi tok tak leh jalan,she's on wheelchair.kalau kami ja yang pompuan pompuan ni nak bawak tok keluar memang takla,sebab nak angkat tok tu memang kena guna tenaga lelaki tau dak? =( bukan saja2 taknak angkat la.huhu.so kali ni ada 2 orang lelaki so bila bergabung tenaga meletop la.eh? so senang la bila nak angkat tok.


actually kalau lelaki sorang angkat pon boleh.maklumla depa kuat (puji boleh angkat lagi =) ) tok pon happy la boleh keluar dah lama tok tak keluar jalan2 sebab tok akan sakit belakang around her pinggang kalau duduk lama lama kan.tapi kali ni tok cool habeh,relax ja santai uolls,macam tau2 ja kami nak buat surprise kat abangpijo,tapi sbenaqnya last minute planning ni.hehe


besday boy! first time celebrate dengan abang pijo.kak wani la nak buat surprise ni.awal beberapa hari from the day.btw,happy birthday Abang Pijo.jaga Kak Wani bebaik.nak baby girl pls.erk? haha.eh lupa cakap ni la suami kak Wani.kak aku! dia puteh,aku kelabu sikit ehew

p/s : me love my family so much
=)

Tuesday 17 January 2012

fibox hilang?

eh kenapa aku view blog aku ja tak da fibox tu?yang tempat tinggal jejak kaki tangan pengunjur datang tu? tapi aku tak buang apa pon setting dia.ehh ka aku ja tak leh view.korang boleh view tak fibox kat tepi ni?takkan invi kat owner sendiri kot ? T________T

tell me please

soon

minggu depan dah start nak belajar.dah lama gila aku tinggal zaman bangun pagi,pakai baju kurung,jalan kaki,p kelas,pegang pen,catit note,tido dalam kelas,makan sembunyi sembunyi masa lecturer ajar,maen sms dalam kelas,buat TOYOL,tiru masa test,macam macam la..


alaaa sapa tak penah buat toyol?
haaa! kalau yang memang baik
tak macam aku ni mesti dia tak penah buat toyol.


toyol ni ialah hantuuu! no am kidding!

toyol ni ialah note kecik kecik untuk dibawa
masuk dalam kelas time test dan kuiz!

aku akan menggigihkan diri untuk buat toyol
bagi subjek yang aku rasa nyawa nyawa ikan bagi carry mark aku
huhu


 awat kena ada kuiz/test bagai.dah la ada exam dah
sebab tu aku TERPAKSA buat toyol
see im TERPAKSA
>.<


ohh aku tak penah bawa toyol masa final exam
MATI HIDUP BALIK pun aku tak kan buat!
sebab kalau kena tangkap naya
T_____T
(NI BETOL,TAK TIPO)


tapi sama ka zaman degree dengan master nanti?
T__________T
takut 
=(    

doakan aku berjaya ya kawan kawan.dalam hati dah mula rasa memang aku dah banyak buang masa,(memang) dan rasa nak keja laju laju nak kumpul duet semua.hmm..kalau la aku seorang yang multitasking person.

say hye to me UIA.=)

(video) 1/16/2012 -- Strange sounds' heard WORLDWIDE -- Stay Alert and BE PREPARED


please dengar
datang dari mana suara suara ni?
hmm
just be prepared!
no one knows the truth of this sound
mungkin ni petanda?
kita sebagai hambaNya hanya boleh berdoa dan perlu bersedia
berdoala 
amin

Monday 16 January 2012

(video) Dara by Ariel Peterpan


dah dengar lagu latest from Ariel Peterpan? here it is! sedap ja aku dengar,even dalam jail,dia still have progress in himself.still usaha untuk buat sesuatu,bagus la kan.=)

so,if he can,we also can! make you proud of yourself!

Sunday 15 January 2012

bunga telur

dari start mak tau kak imah nak bertunang,mak dah ready dah cari gali idea apa nak bagi dekat orang ramai/adik beradik semua yang datang..masa tu kan aku ada kat umah 24/7 ja opcoz la aku pun kena turut serta buat kerja.takdak masa i nak p berpoya poya.ouch! haha


kami beli riben banyak2 so later akan jahit jadi bunga rose kecik kecik.my fault sebab tak ambil gambaq all the roses yang berkotak kotak tu untuk tunjuk sebagai bukti hasil kerja keras lembut i selama menganggur di rumah.yeah!




see all bunga rose kecik kecik ni mak compile jadikan macam ni.mak kata bagi ja satu family satu.uwaaa.dah la buat macam ni (for me it's too cantik) so mestila orang suka ,ohh benda ni boleh gantung gantung dalam kereta.mak buat 41 bijik ja benda ni.orang yang mai 150 + orang..bak kata depa ' boleh bergadoh ooo berebut benda ni' haha


ni bekas kaca yang bentuk macam bintang.mak beli kat KK Nilai dekat ja dengan umah kakda if guna jalan belakang.mak beli 10 bijik ja.masa aku dok buh/letak cekelat Berryls dalam tu,balance cekelat tu berlambak gilaaaaa,so aku tanya

'haaa hat ni nak buat apa plak dah?banyak sangat lebih ni?'
'tu laaaa.mak kata mak nak beli lagi,depa tak bagi' (mak sambung)
'laaaa betoi jugak ,jenoh berebut la orang nak kaca ni nanti'
'haaa p beli lekaih (cepat) la sementara kedai tak tutup lagi ' (mak ngah i sambung)


u know what,that time dah pukul 8 malam ,dan kedai KK tu tutup around 8.30 to 9 macam tu la.so kalut kalut la abang sani  p dengan kakda p.haha.memang semua on the spot tau.naseb baek umah dekat sekentut dengan Nilai tu.haha,kalau tak jenohhhhhhhhhh



ni la hasilnya.tambah lagi 20 bijik! haha but shape dia bulat dan lebih murah.boleh la bagi banyak sikit.dah tak berebut la.aku la plak dok tempek reben kat bekas tu.ahaha.mak punya pesyen semua benda nak buh reben dengan bunga yang mak jahit tu.nak bagi nampak chantek mak kata.hewhewhew.

 
haa ni la bekas kaca bulat bulat tu


ni la balance cekelat nya..melantak cekelat ja la lepas ni hehe
tiramisu is my feveret! <3


biar leteh asalkan puas hati kan? 
=)

happy reading

another 2 weeks!

lagi dua minggu lagiii wehh.lebih spesifik ialah 10 hari laa.tak sabaq jugak la nak masuk belajaq balik,rasa macam excited kemain nak sambung sebab lepas tu nak p keja dengan bersungguh sungguh nak cari sesuap nasik (ayat pasrah) nak cari duet nak jaga mak tersayang yang super kiut even selalu gadoh gadoh manja bila kami bersama,ouch!

ohhh lepas dua tahun bahgia nya hati ini,tapi dua tahun,,duaaaa tahunnnnn.lama jugak laaa kan ? T_______T

ohhh test BI pls be good too,i dont want to repeat you because it take my 1 semester to repeat u,just u.oh pity me dear..

oh UIA pls be nice with me.im no good but i can learn to be good.=)

the hantaran


ni kain untuk pengantin perempuan untuk hari perkahwinan nanti.
so bagi seksiap masa bertunang ni.
memang selalu orang buat macam tu kan?=\

aku la yang lipat tu,konon konon nak buat bagi jadi
macam BUNGA ROSE
tapi habokkkk
bentuk apa pon taktau la jadi

janji lipat
hehehe


cadbury Roses dengan coklat apa tah sebagai pemanis hantaran
beli sampai tiga kotak cekelat
tapi tak celuih (muat) nak bubuh dalam bekas tu
jadi sebekas lagi tengah berenang renang dalam perut kami semua la
legaaaaaa
hikhikhik



Teh Botol.ni air special from Indonesia.
dia macam teh Malaysia jugak tapi rasa dia pahit sikit 
dulu kalau p Bandung kak imah (yang bertunang)
mesti akan cari Teh Botol ni

so,that's why dia mintak hantaran ni
special fly from Indonesia ok
simbolik chenta depa la ni
comey kan? =)

nanti aku nak simbolik apa lagi?
sotong celup tepung ka?haha

motip sotong celup tepung?
sebab dua dua suka makan sotong celup tepong!
haha





ni sebelah lelaki nak bagi kat sebelah perempuan
5 dulang dibalas 7 dulang
kena ganjil dulang yang nak dibalas bagi sesiapa yang tak tau >.<

tapi bekas cincin dengan sirih junjung aku tak dan snap cecantik.
huhu
just sempat ambil ni ja





bekas cincin yang kecik tu
sirih junjung tu kawan kak aku yang buat
fresh flower gituu

akak aku yang sorang lagi asyik p kat sirih junjung
tu nak bau roses tu ja
sebab wangi
haha


semua hasil kerja nukilan tangan adik beradik kami ja
empat adik beradik perempuan semua + dua abang ipaq yang memang cool habeh sanggup bersusah payah tolong buat
pelamin,hantaran hantaran and etc 
sangat la berbaloi!

tambahan pulak dengan usaha sama mak
dan semangat mak yang berkobar kobar nak dapat menantu baru
ni lagi la kami semangat
meowwww~

see the result la kan?=)

Saturday 14 January 2012

pelamin


kelmarin mu sister's engagement day.simple kan tempat nak sarung cincin ni.
tapi sangat la cantik (bagi aku la)
btw,ni semua buat sendiri.haaaa
hebakk tak?(belagak)

=)


kat bantal tu actually corak
not cross

pls dont misunderstand
=)

Friday 13 January 2012

brands outlet


haritu gigih jugak p Sunway Piramid padahal dah pukul 8.30 malam.punya la nak cari baju/ tshirt yang 3 helai RM 50 kat situ.kak aku la ni,dia tak penah dengaq baju murah macam tu.haaaa.naik pelik aku dengaq bila dia kata dia tak penah tau Brands Outlet.

jadi aku pun p la teman p sana.punya la excited nak snap gambaq berkeping keping tapi takleh plak guna camera yang besaq gedabak tu.no camera allowed! cess! jadi gun ahnepon cikai ja la,tapi takleh transfer lagi.hehe.
cuma nak cakap baju kat sini murah sangat! kasut pon murah berbaloi! boleh la anda berkunjung ke Brands Outlet tedekat lepas ni.paling best / besar dekat Queensbay .memang best! masuk mesti takmau keluaq dah! hehe




nahhhh ni mesti ampa suka kan?macam LONGCHAMP yang semua suka beli tu,.hat ni murah ja.hehe.tak ori lewww.kalau ori memang mahal lewwww >.<

Wednesday 11 January 2012

cake impian

wedding cake,la ni macam macam jenis cake ada,cantik2 gila,kadang kadang kalau p wedding orang mesti tengok cake dia,sebab cantik sangat.pengantin pon kalah.oktipubye.





cantik kan?dah macam dress! wow! macam ni sayang nak potong ni,kalau boleh nak biar ja macam tu sebab cantik sangat ahaaa



oh sekarang trend orang buat wedding cake from cup cake.cantik so cantik,tapi sangat manis =(  icing sugar on top tu sangat manis,(ok memang la manis sebab  buat dari icing sugar.lol) but still manis dan kalau aku makan,aku mesti buang icing on top tu..eee rugi kan sebab benda tu yang mencantikkan the cake.=\








but nak ka makan kek macam ni? pesanan penaja : sapa yang sedang makan sila jangan lihat.hehe 










homaiiiii! kalau cake macam ni masa your big day,kompem tak lalu dah,plus siap pikir bukan bukan lagi,why la cake ni so scary with the bride is all over with blood.ohh noo! scared right?muahaha like seriously ada ka orang tempah cake macam ni on theirs' big day?


 
ok mati hidup semula kalau sedap tera  mana pon aku tak makan =\



 siap ada tikus bagai,jumpa tikus dalam rumah pon aku siap lari laju laju lompat atas katil sembunyi
.zzzz




ni mungkin ada kebarangkalian untuk aku makan sebab nampak choclate dia tu sedap semacam ja,but dekat portion mata tu,sila jangan bagi kat aku haha.boleh melugai woiii


tak la pelek kek macam ni? T____T



pelekkkkkkk.jari telinga semua ada.pelekkkkkkkk.


kenapa aku yang mual tengok gambar2 ni.aisehhhhh!
sumber google ya uolls.
muah muah 
petang

melugai = mual

Tuesday 10 January 2012

fun fair kat tengah jalan

excited kemain masa on the way mai KL hari tu,kami jumpa fun  fair kat TENGAH JALAN uolls..aku dengan kak imah kalot kalot cakap , ' cepat cepat snap gambar cepat nak bagi Kimi dengan Danish tengok'
haha excited gila,padahal depa bukan ada pon.



ni snap hasil dari camera aku tu.camera ni payah nak focus benda sikit tambah tambah bila dok kalut macam aku ni lagi la payah si camera nak focus kan haha,tu yang dapat snap sekeping ja ni.hehe.yang lain lain ada dalam iphone kak imah.untungla pakai iphone tak payah nak focus focus camera dia,just klik klik dapat la gambaq berderet deret.sob sob. T_____T

neelofa buat kasut kahwin Ezlynn

sumber SINI

nahhh.Neelofa ni dah semakin hebat ni.muda muda dah berjaya macam tu,alhamdulillah.bagusnya kalau aku pon dapat jadi macam dia kan.hehe.amin.doa la moga hidup kita makin maju pada hari esok.amin

kasut ni untuk majlis perkahwinan Ezlynn hye hye bye bye tu laa.hehe.
RM20 000 tau harga dia.tu baru kasut tau.yang lain?perghhh! 

sumber SINI


sebenarnya nak highlight bab Neelofa yang berumur 23 tahun mampo buat kasut bertatahkan mutiara dengan swarovski.kalau tak salah aku swarovski ni ala ala kristal yang mahal la.kalau dia mampo kita pon mesti mampo.

yeahh.moga hari esok lebih baik dari hari ini.amin.kita harus berusaha untuk ke jalan yang lebih baik.amin =)


TABUNG MASA DEPAN