tabung shopping!

Tuesday, 22 January 2013

whiskas

 whiskas! whiskers cat food.aku takut kucing sebab kucing tak takut kat aku =(
tapi kucing comel sangat jadi aku teringin jugak nak belai2 dukung2 bagi mandi semua tu.tapi kompemla ai tak berani huhu

whiskas/whiskers =54bth = rm5.40!

aku rasa murah la kalau compare dengan Malaysia.tapi tak sure lah sebab aku jarang beli makanan kucing tapi aku rasa memang murah haha



try nak bagi kucing makan.hehe.sebelum tu kena pastikan takda kucing di sekitar diri ini sebab ceq takutttt


laju laju tuang atas lantai ja haha mak aku pun tanya awat tak buh dlaam pinggan plastik hehe.tapi aku tak buh pon.tapi kucing makan jugakkkk mihmih


tapi bila aku letak ja,takda pun kucing mai .dalam hati rasa 'kucing anti aku ka sampai takmai walopon ada makanan depan aku huhu' tu yang takdak gambar kucing dalam ni sebab memang tak nampak bayang kucing pon masa aku letak makanan ni huuu

tapi bila aku masuk rumah tutup pintu.curi curi tengok dari tingkap nampak lah kucing mai makan hehe baru dua hari letak makanan kat situ dan tetiap hari akan ada kucing hitam bulu kembang jugak la bagi aku comel laaaa macam kucing orang bela akan mai makan hehehe dan hari kedua tadi ada kucing kurap sikit makan,alaaa kesian sebab dekat mata dia macam ada kurap =.= huhu

kesian tapi takut.cemana niii..




padang besar dan siam


dari study week hujung bulan doblas dua ribu dua belas haritu,hati bersemangat nak p siam dengan family semua,sebab asyik2 dapat call dari mak 'kami nak p siam ni,barang murahhhhhhhhh sangat ni' ok jeles tersembul di situ.mana tak jeles bila dengar perkataan MURAH sedangkan aku memang lemah dengan benda2 murah ni..

kalau jumpa benda murah,dari nak beli satu ,terus TERbeli 4 5 6 7 #eh benda yang sama,tu laaa pesyen diri ini.pasrah~

jadi haritu kak aku balik sebab masing2 kalut dengan persiapan kenduri kahwin akak aku bulan dua nanti ni,tapi tetapppp ada masa nak p siam..gilo lah iolls suka sangat..terus mekap cecantik ,pakai cecantik maklumla nak p obesi (Sebab kena cop passport) ahaha.kalau takda passport pun boleh,guna border pass ja if tak salah RM10 SATU PERJALANAN UNTUK ORANG BUKAN KEDAH.IF KEDAH RM10 UNTUK 6BULAN.

siam ni bukan danok thailand bla3 tu.tapi dipanggil PADANG BESAR SEBELAH SIAM.kiranya padang besar dalam Malaysia pun ada,tapi kami p padang besar sebelah sana.


cuba teka akak tu juai apa? aku ingat juai coq pisang..tetapiiiii


ni ha uolls,sushi akak tu juai,satu lima puluh sen..comel gila sushi ni..aku yang tak suka makan pon terus rasa nak makan.tapi tak berapa berani nak makan sebab takut ada benda2 yang mencurigakan di letakkan dalam tu =.= 

itu ialah IKAN SALMON CELUP TEPUNG!!! SATU RM2 jaaaa....akak aku sangat lah seronok sebab murah hahaha jadi beli dua siap bungkuih untuk perjalanan balik dan untuk makluman KITA BOLEH GUNA DUET MALAYSIA.hehehe


TESCO LOTUS! hehehe kat sana pun ada tesco,kemain semangat aku bila nampak benda ni sebab sampai ja sana first shop kami masuk yang ni.hehe


MAGGI depa .HARGA 16bath tu ialah RM1.60 kita,jadi boleh ja bayar guna duet Malaysia.tapi takda tanda halal jadi kami tak beli la.


ni bahan mentah,tu daging 59bath,RM5.90 kita macam daging cincang la.


bahagian keropok.ada yang lebih kurang dengan kita,ada yang memang murah.



waaaa banyak sangat,rambang mata tapi zasss takut nak minum hahaha


aiskrim harga macam kita jugak.first aiskrim yang aku tengok ialah MAGNUM ALMOND hahaha sebab kita rm 4,sekali tengok depa pon 40bath,.jadi sama ja lah harga nya =.= pasrah tanpa membeliii haha

  air botol

aiskrim


kek!!! comel dan murah..
gewammmmm


cheese cake rm3.80 ja =.=








semua atas tu biscuit stick..nasib baik takdak yang macam PEPERO ALMOND tu.kalau dak memang aku amik dah hehehe


bahagian cashier.cashier dia comey sangat! haha.memang terpegun lah tengok tapi dia tak pandai berbahasa melayu huuuu
sorang cakap itik,sorang cakap ayam la kat situ masa aku bayar hehe


sweets



SNICKERS 20BATH =RM2!! silalah meleleh ayaq liuq tengok tu.
kat sini mahai uwaaaaa


  bahagian susu 


biskut oreo 29 bath


nivea lelaki tapi taktau murah ka tak kalau compare dengan Malaysia.hihi


deodorant nivea ni rasanya murah dari kita




gambar besar sebab unik! hahaha telur warna pink tapi aku taktau ni telur apa haha

telur masin


pengangkung kat kereta tu.32 bath.hihi nyaris2 nak beli nak bubuh kat porshe kiteeee hehe

  bahagian luar  TESCO LOTUS

spek mata tu nak beli tapi takdak harga,nak tanya tapi orang tu takpaham bahasa kita uwaaaa


atm depa ..warna pink gituuu.comel sangat.mesti ramai pelanggan wanita mihmih

tesco lotus ni actually besar 7ELEVEN kita jaaaa.hehe.kecik jaaaa.tapi nama ja tesco hehe


Monday, 14 January 2013

home sweet home



dulu dulu rumah ni la jadi tempat berteduh kami selain rumah sekarang ni,sebab ni rumah tok aku belah mak dekat Alor Star..tepi tu ada buaian,ada pokok nyoq (kelapa) ,tepi kanan tu ada kedai runcit aunty cha ya nun alip yang selalu aku p nak beli cikidis,faveret lah kalau tengah tengah hari lari dari rumah laju laju p beli cikidis.mihmihmih

dalam rumah ni ada satu bilik,bilik tokwan aku,aku takut nak masuk bilik tu (pengaruh cerita hantuuuuu) sebab bilik tu dekat tingkat atas dan terperosok sikit kat belah kanan if you can see in the picture (belah kanan yang ada tingkap tu)..so bila aku datang rumah tok ja,mesti takut takut nak naik tingkat atas dan allu kat bilik tokwan.haha.

dan yang paling cool sekali ialah dalam bilik tokwan ada peti besiiiii.haha.seriously walaupon aku tak pernah masuk main2 golek2 dalm bilik tu kacau peti besi tu tapi aku boleh nampak peti besi tu bila aku mengintai dari luar bilik tu haha.besar ok peti besi tu dengan pedai ayam(mangga/lock) yang besar depan peti besi tu,haaaaa.yang paling penting sampai sekarangggg ni aku tak pernah tau apa benda yang tokwan simpan dalam tu.tah2 senapang gajah kan,sebab orang dulu2 selalu simpan senapang2 ni.hehe..

kalau time Raya paling best tidor ramai2 rumah ni,semua adik beradik sedara mara balik rumah tok dan pagi raya ja akan kecoh2 berebut bilik air nak mandi sebab nak p tengok lembu kena sembelih.haaa ni favourite part aku bila time raya,la ni jangan harapla nak tengok lembu kena sembelih huhu kat sini tempat depa sembelih pun aku tak tahu 

kadang2 sebab terlalu ramai sedara mara,aku siap mandi beramai2 haha maklumla weolls time tu kecik kecik lagi,so tak kesah pun mandi bersama ka tidor bersama makan bersama menari bersama  #eh ..bila siap mandi pakai baju kiut miut terus lari p tengok lembu kena sembelih

yang paling sedih tengok lembu tu kena sembelih,sebab time sembelih tu,air mata lembu keluar.lembu tu macam tengok mata aku dan kata 'uwaaa tolong sakit ni depa dok potong leher aku =(' seriously sedih tapi rendang daging tetap ku makannnn  di pagi rayaaaa T_______________T


TAPI ni gambar rumah tok aku dulu,sekarang dah takdak dah,dah roboh sebab lama tinggai ,anai2 makan,penagih dadah mai isap pit dalam ni la masa kami tinggai rumah ni,orang curi kayu la besi la bla3.sayang kan?kalau la rumah ni ada lagi,boleh cat baru,mesti lagi cantik kan ..mesti dah jadi tarikan orang ramai sebab kat kawasan tu rumah tok ja yang satu2 nya umah ala ala kampung cantik kemain nii..now dah takdak rumah,yang ada hanya lalang sobsss

rindu kenangan dulu.tok sekarang dah tak leh jalan lepas operation tulang belakang ,selepas setahun operation macam yang doktor cakap tok kemungkinan takkan boleh jalan..kami proceed jugak dengan operation sebab tok mengadu dia sakit sangat..lepas operation tok happy sangat sebab dah tak sakit kan.tapi lepas setahun until now tok tak boleh jalan..naik wheelchair ja.tok selalu cakap 'bila tok nak boleh jalan balik?''bila nak mati,tok susahkan orang ja' can you feel what i've feel..? sedih sangat bila tok cakap macam tu.. she's so strong ,and i love her so much! 

don't hesitate to tell someone that u love her/him,show it to them even without words you can show them through appreciation,give them hugs,kisses,present,and the most important thing GIVE THEM YOUR TIME! they are growing old, and yet we are happy enjoying out teenagers' live and sometimes forget about them growing old..

appreciate what they did..especially your parents..=)

Saturday, 12 January 2013

cheesy wedges



tadi siang godek2 resepi cheesy wedges.punya semangat sebab ada orang tu mengidam nak makan.jadi aku pon semangat la nak buat.hehe.malam2 pun buat sebab semangat.haha.tapi ada rasa pedas sikit,al maklumla resepi ikut google ni semata2,jadi mesti la tak sesedap sampai jilat jari bila makan cheesy wedges kfc tu kan.mihmih.

resepi nanti akan aku share kan sebab ni dah lewat malam tapi semangat berkobar2 nak update cakap aku dah berjaya buat cheesy wedges walaupon rupa dia macam coq (cucur) pisang,sos pedas sebab terlebih bubuh serbuk cili tapi lepas cicah dengan sos cili,mayonis dan sos yang terlebih serbuk cili tu,SERIOUSLY boleh diterima anak tekak lagi,dan yang paling penting mak aku makan banyak hehehehhehehe.maksudnya boleh terima lah kesedapan nya tuuu..

semangat nak buat cheesy wedges ni sampai beli 5kilogram ubi (aku guna ubi biasa ja) ok.hahahaha.

Tuesday, 8 January 2013

after a week!!

ingat tak keazaman aku nak diet bersungguh2 entry before ni,start first january sampai la tujuh january sebab seminggu ja kan.hehe

first day tu yakin boleh makan buah ja,semangat bersiap sebab nak p cafe mahalah sebelah beli buah,lapan hinggit aku beli semua nya untuk bekalan hari first tu sebab dalam diet tips tu kata DIET TAPI JGN BAGI RASA LAPAR..perghhh memang seronoklaaaa aiiii,blh makan sungguh2 buah kan hehe

hari kedua memang parah sebab kena makan sayur,sebab ai ni jenih tak suak sayur ja,yang aku makan pun sayur LEMAK kubis,nampak tu kena ada perkataan LEMAK jugak baru aku nak makan,azabbb hahah
so aku p beli jugak sayur,yang aa kat cafe tu hanyala sayur petola,nasib baik aku boleh jugak makan,seharian makan yang tu jaaa,.oh by the way jangan lupa minum air sampai 3 liter.hari first pun minum air 3 liter ok..

*aku siap minum air guna straw,sambil study (sebab nak exam) sambil sedut air sikit2,haha malas kot nak minum banyak2 sebab nanti nak kena p kencing kerap! sangat kerap!!! nasib baik bilik dekat dengan toilet okeh,kalau tak,memang kencing dalam baldi la,.#eh ok tipo haha

hari ketiga kena makan mix fruits and vege,and ofcourse la aku hanya makan buahhh,dengan alasan sebab cari sayur tak jumpa,hahahah,but seriously aku hanya makan buah,and kalau tak salah hari ni aku makan buah pisang kaki.wohoooooo first time makan selama aku hidup ni,sedap rasa macam ciku

hari keempat kena makan 8 bijik pisang dan minum 3 gelas susu....pergh lagi satu cubaan hebat,susu memang musuh tradisi aku lah,pisang aku hanya makan 2 bijik ja sebab aku minum banyak air sangat dan cepat kenyang(ni serius) dan aku tak minum susu langsung,selalunya aku makan susu dengan cereal so kurang rasa susu tu .(tips untuk yang tak gemarkan susu)

hari kelima ni kena makan one cup of rice @ bihun @ bun , six whole tomatoes..semangat punya pasal aku beli tomato kecil2 tu,tapi harammm tak makan,tak boleh p weh tomato,jadi aku hanya makan buah ja harini

hari keeenam kena makan all vege, one cup of rice .tapi aku hanya makan buahhhhhhh.again buahhhhh

hari ketujuh kena makan one cup of rice fruit juice and vege BUT AGAIN i only eat fruitssssssssssssss!

dan petang hari ketujuh tu aku kemain eksaited nak timbang berat sebab dah rasa baju makin longgar,seluar jean kalau tak pakai belt pun aku meleweh (jatuh) ke bawah,dan kalau ada kawan kejam skit,tarik seluar boleh londeh terus hahaha.ni bukan riak,ni nak share kegembiraan yang aku alami ja..sebab selama aku dok diet ni,bagi aku makan buah ja tak la susah,sebab aku suka makan buah..

berat aku turun 3 kilo!! in a week.actually berat hari first day diet tu aku tak timbang but aku tau berat aku yang sebelum2 ni,dan memang dok maintain macam tu ja berat tu,so aku hilang 3KILOGRAM if tolak dengan berat yang aku yakin berat asal aku tuuu... antara 3-5 kilo!! 

benda ni mesti payah orang  nak percaya tapi buat apa aku nak tipu sebab ni bukan produk kurus yang aku jual pun,so takdak masa nak tipu,ni just nak share sebab aku tau being a fat girl sometime make me stress,because i cannot buy lotsssss of beautiful dress/shirt out there SEBAB NO SIZE! stress tak? 

if ada size pon,bila pakai tak teletak sangat bahu la ,apa la,ada ja yang menyakitkan mata.dannnn masa aku diet ni,aku turun tangga dah tak mengah! so aku sangat selesa,dan rasa 'ya diet ni mungkin berhasil (Sebab dat time tak sampai seminggu diet lagi) so i continue ja diet since eating fruits is not my problem at all'

#tips nak tahan lapar ialah,JANGAN PERGI TEMPAT MAKAN! kalau p tempat makan and tengok orang makan memang azabbb laaa,sebab kita akan terliur,so memang aku avoid dari p kedai amakn selama seminggu tu.

dan lepas seminggu diet ni,kena rest untuk body kita selama 3 hari.,.so i give my self a good reward which is NASI KANDAR ROYAL!! hahaha perghhh terbaikkk ok.

dan yang paling penting diri u sendiri kena control yourself untuk take what food to eat.jadi control yourself.you can do it.

BUT I DONT TAKE ANY RICE DURING THIS DIET.dan jugak buat sit up yang kadang2 buat kadang2 tak buat hehehe (pemalas uolls)

yeahhhhh esok in shaa Allah nak sambung balik diet..


Monday, 31 December 2012

aim!

i have my own aim,but selalu terganggu bila nampak benda ni.aim apa?ofcourse nak jadi fit dan sihat.bila gemok lemah ja jalan,kadang2 sampai takmau berjalan,sebab lemah nak keluar,tak larat nak jalan keluar dari bilik,malas nak bersiap tambah2 sebab rasa 'mana ada baju nak pakaiiiiii' , badan gemok jadi tak da baju yang lawa2 nak pakai. hello seriously tak tipu.ya saya gemok.stress =.= 

nak jugak kurus ,bukan kurus yang berpenyakit yang bila makan jolok tengkuk bagi muntah, i meant kurus yang fit,sihat,kalau naik turun tangga tak da la nak mengah2 ,bernafas ikut mulut tu,cuba bayangkan

so tadi sebabkan orang lain dok sambut new year kat luar bersesak sesak,aku tengah bersesak sesak dalam bilik dengan nota2 kesayangan ni,jadi google la KEVIN ZAHRI,aku tak penah kenal dia pun,and of course dia tak tau pun kewujudan aku ahaha.

aku tengok facebook la ni,kawan aku dok like2 page dia,aku pun try cari apa senaman dia bagi,ada buku dia PANDUAN KURANGAKN 5KG 5 MINGGU tu.so aku google lagi tajuk buku dia,keluarla blog2 orang yang update pasal buku ni.

aku tak penah tau ada orang yang buat blog pasai DIET LIFE diorang dan aku rasa wowwww tersangat motivated sebab akak ni dah kahwin dan ada anak 2/3 orang pon still berdiet gituu,aku yang hanya ada anak tekak ni pun tak semangat2 nak kurus,asal diet ja mesti tak penuh seminggu..

macam akak ni dia ajar DIET DETOX 7 DAYS tu,aku dah tau diet ni,tapi aku tak buat,ALASAN YANG PALING GENIUS AKU BAGI KAT DIRI AKU IALAH NANTILA BUAT KAT RUMAH MASA CUTIIIIII...

bila balik rumah nanti mak masak sedap2 terus aku kata alaaaa takpa la nanti la diet,esok start esokkkkkk dan esokkkkk..

mesti ramai jadi mcm tu kan =( and im also one of food victim! ohhh tempting food,why you so cruel?=(

so tadi terus buka youtube tengok cara exercise kempiskan perut (gila semangat ni!) 8 MINUTES EXERCISE FOR TUMMY = LOSE STOMACH FAT IN A WEEK..NI LINK YOUTUBE EXERCISE TU. aku pun buatla dalam hati aish 8minutes ja punnnnnn,,,

baru buattak sampai 2 minutes,peluh keluar macam aku berjogging suku tasek darulaman tu tau dakkkkkkk...cepat gila keluar peluh,ni serius tak tipo (kena tutup kipas bilik,kalau lagi elok tutup kipas,tingkap,bagi mcm sauna tu,peluh lebihh ) 

nak lagi senang masa nak buat seat up tu,sangkut kaki dekat palang katil tu..dengan bantuan palang tu,memang senangla nak buat seat upp.tadi dekat 50kali kot buat seat up,yang selama ni kalau buat 10 kali pon mengelatt...haha punya berazam nampak takkk keazaman saya!=)

another reason sebab aku nak fit dan kurus dan cantik dan sihat ni sebab akak aku bakal berkahwin bulan February ni,dan mestila aku pun nak nampak anggun jelita menawan ayu gituuuw .(motif sangat kan) haha motif la i nak buat baju ,nak p tempah baju kat Aunty Lucy nanti kena la cepat2 diet!!

DAN ada jugak masalah doktor cakap if you terlalu gemok,payah nak menagndung,happened to my close family.so takut la wehh..so apa kata exercise and diet from now kan!=)

ni blog akak tu..tengokla serius aku terpengaruh! =) http://camelia99htn.blogspot.com 

ni pulak link yang akak ni update pasai DETOX DIET 7DAYS tu TEKAN NIIII,SUNGGUH TAKKAN MENYESALLL HEHE

selamat menyambut tahun 2013 dengan azam yang positif,ubah diri ke arah kebaikan,ubah perangai yang tak berapa nak elok ke arah yang elok la lepas ni.sama2 la kita berubah.aminnn.

UIA 31december 2012


post office box in UIA

TABUNG MASA DEPAN