tabung shopping!

Friday, 8 March 2013

41 kelebihan wanita Islam


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka  beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Thursday, 28 February 2013

selamat pengantin baruuuuuu

after few days baru aku sempat wish akak sendiri sempena perkahwinan dia ni.hehehehe.rumah macam biasa ofcoz la kelam kabut,semak memanjang selagi tak smapi hari kenduri.

aku ambil bahagian dapur ja ,maksudnya aku buat cookies,tart,cake,etc..desserts la senang kata.buat sorang2 desserts ni boleh qeyau (menangis) jugak la..huhu.tapi sebab semangat aku dan memang aku paling suka buat benda2 ni pon,jadi aku buat ja la sorang2 kat kerusi belakang kat dapor tu, sedangkan kak2 yang lain dok kat depan ruang tamu tu dok gubah bunga sambil ditemani air cond sejukkkkk..aku ni berpeluh bagai nak rak.uwaaaaa..tapi aku redha sebab minat haha

REVIEW PASAI PELAMIN

pelamin yang kak aku tempah turn out jadi buruk gila.sumpah tak tipu.sangat buruk dan memang terkeluaq terus dari konsep English  yang kami dok buat ni.sedih gila.bayangkan hari Khamis pasang pelamin tu..Jumaat dah nak nikah..lepas orang tu pasang terus terdiam.semua muka pelik.nak komplen tak berani (memang pesen dah tak berani komplen) .lepas dia balik,masing2 dok komplen lah sekali dengan pakcik aku komplen.haaaa



orang laki pon boleh komplen nampak sangat pelamin tu burukkkkkkkkkk...stress.sampai ke malam kak aku dok pikir nak buat macam mana.aku malam tu kena p rumah Ped nak buat trifle.memang dari wedding kak wani aku p buat trifle kat rumah dia sebab dia expert in doing trifle! seriously sedap!! =)

if u can zoom up the picture up there,boleh nampak tiang besi tu berkarat.dan yang paling hebat ialah siap ada serbuk2 karat jatuh kat lantai ok.uwaaaa..

so lepas kak aku pikir2,sekali abang2 ipar aku pikir, (aku pikir pasal cookies jaaaa haha) terus buat sendiri semua balik.and turn out jadi benda yang kami idam2 kannnn.english gila.aku tengok pon suka gila.gebu ja.terus rasa nak my wedding pon nak the exactly same with this! haha.tapi mesti nanti orang mengata sebab sama ja dengan wedding akak..



dari bilik penganin,pelamin hingga la ke meja makan,kami buat sendiri...memang sapa2 yang minta konsep English ni boleh la kalau nak contact2 kitorang.ehem.serius ok pasai ni.=)

so kepada bakal pengantin di luar sana,make sure if uolls pergi booking pelamin jangan just tunjuk gambar 'ok bang ,i  nak pelamin macam gambar ni tau,u boleh buat tak?' mestilaaa abang tu akan kata 'ofcoz la i boleh buattttt nokkk' 

make sure tanya bunga u macam mana,baru lagi ka tak,dah kotor ka belum,kalau boleh mintak nak tengok bunga yang bakal digunakan nanti for your big day tu..hoii kahwin sekali ja woiii,kalau pelamin hodoh bukan saja mata sedih bergenang ayaq mata tengok,orang yang mai pon mulut sot set sot set la bunyi kata hodoh la buruk la,bad taste la.maklumla mulut orang tak boleh tutup kan..hehe



gambar sebelum dan selepas.dont let this happen to your big day.huhu

Tuesday, 19 February 2013

pen warna warna penyeri kelas


 ciwi sebab baru beli.macam masa dulu2 darjah lima darjah enam kemain lagi penuh pencil box dengan pen warna warni ni ha SEMATA MATA nak buat biodata dalam buku kawan2..

---> kawan disayangi satu,kawan disayangi dua,musuh,suka dekat sapa (??) haha memang dulu dulu tulis macam ni kan? @_____@ sangat adik adik time tu haha. 

kawan paling baik aku hanya sorang la :Ped  mihmih. dari dulu tulis yang tu ja.alhamdulilah sampai sekarang baik. =) moga kekal hingga akhir hayat.

* wonder where did i put those biodata books.haha.nak jugak tengok kekasih2 lama tulis apa mihmih.siap letak gambar untuk kenangan uolls.habis album rumah aku korek semata nak tampal kat buku kawan haha


ada 8 warna,ciwi la tadi masuk kelas,kemain semangat siap dah bawak kertas exam sheet tu dah elok2,kalau sebelum ni pakai rembat A4 depan mata ja semata nak salin notes yang lecturer cakap kemain laju macam bullet train..

jadi kekonon nanti nak exam (nak exam ja pikir haha) senan nak refer balik note2 warna warni ku ini dan boleh menghiburkan hati yang lara sebab nak exam kan..mestilah mata jadi active baca benda yang colourful kan,ni idok,penuh warna biru hitam jaaaa...bosan mata i nak baca (alasan sebab tak score T______T)


  
hehe test2, seronokkkk..colour2 kertas aku lepaih ni..kemain lagi buat corak bulat la petak la bentuk matahari la (mari ke kelas seni kembali ya haha)...sebenarnya seronok sebab pen 8 batang harga kemain murah RM4.90 beli dekat kedai murah DIY dekat jusco aeon setiawangsa!haaa punya nak tunjuk semnagat nya ni beli benda murah hahaha

rasa nak beli dua sebab tamak! tapi bila pikir baucar buku RM250 belum ku tuntuttt jadi tak jadilah nak habiskan duet sendiri kan.hehe.tunggu dapat baucar buku,akan ku beli macam2.ngeehhh..


tapi REALITINYA bila dapat assignment ni,pen warna warni tak dapat menolong,hanya mampu terperap dalam kotak tu memandang ku yang pasrah tak paham benda pa la assignment nak kena buat..=(

anyone dah penah buat assignment pasai EVERELITE TECHNOLOGY COMPANY? nak tiru belajar dari awak.sobs..


bunga reben

sepanajng beberapa tahun ni,kerja lapang aku ialah menjahit reben.haaa.reben apa? reben yang kita beli kat kedai segulung seringgit tu,kalau kena hat mahai sikit seringgit sekupang atau seringgit dua kupang..


hasil google ni.tapi ni yang kecik (nipis diameter dia)..yang aku jahit ialah riben yang besar sikit.dalam 1.5 cm kot lebar riben tu..untung kalau jahit sendiri sebab senang ja tapi makan masa lah..untung sangat sebab segulung tu bkh dapat berpulug2 bunga riben yang bakal dijahit..



ni contoh yang aku dah jahit..ni hanya la sedikit..hasil selama bertahun2 dah mak aku guna lekat dekat bunga telur la balang kaca la semua la.haha.kami memang jenih yang suka lekat2 riben ,bunga apa semua ni..konon englishhhh haha

bahan2 yang nak kena ada time nak jahit tu senang lah  

  1. benang
  2. jarum
  3. RIBEN! (kalau takda riben nak jahit apa? haha)
  4. KUDRAT DIRI menahan sabar
haha number 4 tu perlu jugak sebab bila lama2 aku rasa macam geram gila bila nak habis riben yang aku dah potong tu nak jahit.haha

kalau nak beli kat kedai KALAU TAK SALAH sepuluh kuntum bunga riben yang kecik empat ringgit lebih..kalau tak salah ya..kalau salah minta maaf. =)


nasib baik takdak anak sedara pempuan,kalau dak,taktau macam mana jadi budak tu,jenoh tahan la nak kena tonyoh ikat riben la,buh lipstik la buh nu la buh ni la.hahaha..

lagu untuk hari perkahwinan

punya la letih berusaha last minute nak cari lagu yang sesuai untuk kahwen ni.ingat kan senang ja,pakai amik lagu indonesia jaaaaa yang dok ada ni,tapi rupanya hancuuusss..

kebanyakan lagu indonesian ni tangkap leleh kan,lirik yang putus chenta semua nya,sesuai dengan jiwa raga aku ja pon,haha.tapi untuk wedding takkan la nak mainkan lagu2 putus harapan/meleleh ayaq hidung ayaq mata segala.nehiiiiii

so hasil tangkapan mencari lagu kahwen sampai 4 pagi (susah ok! haha) inilahhhh diaaaa hehe


  • zaleha hamid - bunga rampai
  • rafeah buang - joget pengantin baru
  • waheeda & izam eye - lagu kompang
  • imran ajmain - seribu tahun
  • 3 diva - a lotta love
  • dirly - tak ingin dilupakan
  • krispatih - tapi bukan aku
  • d-massive - aku percaya kamu
  • afgan - bukan cinta biasa
  • alexa - jangan kau lepas
  • anda bunga - tentang seseorang
  • antique - satu bintang
  • aura kasih - asmara
  • aura kasih - mari bercinta
  • derby romeo - gelora asmara
  • Hijau - suara (ku berharap)
  • luna maya - suara (ku berharap)
  • lobow - salah
  • lobow - kau cantik hari ini
  • nidji - laskar pelangi
  • numata - raja jatuh cinta
  • so7 - mudah saja
  • tahta - tempat yang paling indah
  • tohpati - senandung rindu
  • wali -yang
  • wali - cari jodoh
  • letto - sebelum cahaya 
  • letto - ruang rindu
  • shae - sayang
  • mariah carey - my all
  • mariah carey - hero
  • mariah carey - we belong together
  • taylor swift - love storyku
  • dewa -cintaku tertinggal di Malaysia
  • andra & the backbone -sempurna
  • whitney houstan - greatest love at all 
  • ari lasso - cintai aku sepenuh hati
  • chrisye - untukku
  • jason mraz -im yours
  • bruno mars - just the way you are
  • bruno mars - today my life begin
  • bruno mars - marry you
  • k-ci & jojo - all my life
  • justin bieber -boyfriend
  • najwa latif -sahabat
  • the moffats - miss you like crazy
  • titanium
  • hey soul sister
  • bunga - ingkar
  • bunga - cinta pertama (sunny)
  • cellion dion - because you loved me
  • T2- cinta aku gila
  • chris brown - with you
  • red stewart - have i told you lately
  • mark anthony - my baby you
  • ungu - tercipta untukku
  • ungu - percaya padaku
  • florida -whistle
  • anuar zain -keabadian cinta
  • anuar zain -sesucinya cintamu
  • faizal tahir - sampai syurga
  • rossa & pasha - terlanjur cinta 
  • savage garden- i knew i love you
  • neyo - one in a million
  • diana ross - when you tell me that you love me
  • bonda - ya sudahla
  • will-i-am - heartbreaker
  • ainan tasneem - aku suka dia
  • shania twain - from this moment
  • aqasha -obssesiku
  • the bangles - eternal flame

ni la hasil lagu2 yang aku cari,pakai ambil ja mana yang aku rasa sesuai..ada dak yang kurengg sesuai untuk wedding atau cadangan lain?

Tuesday, 12 February 2013

more closer

its all about wedding ceremony that will hit us on 23th this February. next week. *ok nervous* blaa blaa blaa. im getting nervous on behalf of her (my sister), because later left me alone who's single.ehem ehem.

more closer when everyone (siblings) get back hometown every week, go anywhere together, do stuffs together, get mad together, yelling at each others, cry together, EAT TOGETHER. .

wedding preparation that took more than one year to settle those up make us more busier when it come closer to the waited date! 

BUT still, the busier moment make us more closer since we still can go to SIAM (again!) together and shopping like there's no nervousness and there's no more things to do at home. 

bride room and pelamin are not yet finish, not yet give the superb touch up. BUT still we can laugh with each others. 

moment with families replaceable.love. 

Friday, 8 February 2013

complete each other


as we always hear, we only live once.so choose happiness, life is a journey bla bla bla.

so in life,we always have aim (always?) sometimes maybe.. bila umur makin meningkat,dah grow up, dah makin matang dah boleh pikir nak lagi setahun nak buat apa,dua tahun lagi nak buat apa,simpanan pada umur 25 nanti nak berapa ribu dalam asb, bila nak kahwin, nak buat side income apa masa kerja nanti dan yang paling penting nak hadap muka sapa tiap kali balik rumah lepas keja nanti,atau dengan kata2 lebih sopan nak hadap muka sang pujangga suami ehem

pilih partner yang boleh terima diri kita seadanya, yang boleh nasihatkan kita, tegas dengan kita (jangan tegas melampau sampai angkat kaki tangan), boleh tolerate dengan kita, boleh bawak berbincang lah orang kata.kira kalau orang kata 'amboii bagai pinang dibelah belah gituewww'

kalau time bercinta dah bergado pukul pukul, tak da toleransi langsung, yang so boifreng nak menang ja,kalau bergadoh nak tinggi suara,angkat tangan kaki pukul girlfreng tu walaopon bergado sebab tak pakai baju sama warna (contoh) ,memang melampauuuu..so pepandai lah si girlfreng tu pon angkat kaki blah dari manusia macam ni..

bercinta tak tentu akan kahwin dengan orang tu.tak tentu lagi orang yang kita bercinta bagai nak rak tu jodoh kita.tapi kita kena plan kan? so takpa plan tapi plan dengan hati yang lapang otak yang rasional..

jangan pilih sebab rupa paras hensem kaya tapi hati cissss...hati tu penting sekali sebab kita nak hidup dengan pasangan tu sepanjang hayat,bukan 2 3 jam. 2 3 jam pon kalau hati macam apa lagi,kita sakit hati,ni kan plak berpuluh tahun......think

kalau dapat pakej , hensem baik hati berharta beragama kira pakej la kan gitueww... mihmih..

jodoh pertemuan di tangan Tuhan..kita perlu berusaha mencarinya =)

TABUNG MASA DEPAN