tabung shopping!

Thursday 28 February 2013

selamat pengantin baruuuuuu

after few days baru aku sempat wish akak sendiri sempena perkahwinan dia ni.hehehehe.rumah macam biasa ofcoz la kelam kabut,semak memanjang selagi tak smapi hari kenduri.

aku ambil bahagian dapur ja ,maksudnya aku buat cookies,tart,cake,etc..desserts la senang kata.buat sorang2 desserts ni boleh qeyau (menangis) jugak la..huhu.tapi sebab semangat aku dan memang aku paling suka buat benda2 ni pon,jadi aku buat ja la sorang2 kat kerusi belakang kat dapor tu, sedangkan kak2 yang lain dok kat depan ruang tamu tu dok gubah bunga sambil ditemani air cond sejukkkkk..aku ni berpeluh bagai nak rak.uwaaaaa..tapi aku redha sebab minat haha

REVIEW PASAI PELAMIN

pelamin yang kak aku tempah turn out jadi buruk gila.sumpah tak tipu.sangat buruk dan memang terkeluaq terus dari konsep English  yang kami dok buat ni.sedih gila.bayangkan hari Khamis pasang pelamin tu..Jumaat dah nak nikah..lepas orang tu pasang terus terdiam.semua muka pelik.nak komplen tak berani (memang pesen dah tak berani komplen) .lepas dia balik,masing2 dok komplen lah sekali dengan pakcik aku komplen.haaaa



orang laki pon boleh komplen nampak sangat pelamin tu burukkkkkkkkkk...stress.sampai ke malam kak aku dok pikir nak buat macam mana.aku malam tu kena p rumah Ped nak buat trifle.memang dari wedding kak wani aku p buat trifle kat rumah dia sebab dia expert in doing trifle! seriously sedap!! =)

if u can zoom up the picture up there,boleh nampak tiang besi tu berkarat.dan yang paling hebat ialah siap ada serbuk2 karat jatuh kat lantai ok.uwaaaa..

so lepas kak aku pikir2,sekali abang2 ipar aku pikir, (aku pikir pasal cookies jaaaa haha) terus buat sendiri semua balik.and turn out jadi benda yang kami idam2 kannnn.english gila.aku tengok pon suka gila.gebu ja.terus rasa nak my wedding pon nak the exactly same with this! haha.tapi mesti nanti orang mengata sebab sama ja dengan wedding akak..



dari bilik penganin,pelamin hingga la ke meja makan,kami buat sendiri...memang sapa2 yang minta konsep English ni boleh la kalau nak contact2 kitorang.ehem.serius ok pasai ni.=)

so kepada bakal pengantin di luar sana,make sure if uolls pergi booking pelamin jangan just tunjuk gambar 'ok bang ,i  nak pelamin macam gambar ni tau,u boleh buat tak?' mestilaaa abang tu akan kata 'ofcoz la i boleh buattttt nokkk' 

make sure tanya bunga u macam mana,baru lagi ka tak,dah kotor ka belum,kalau boleh mintak nak tengok bunga yang bakal digunakan nanti for your big day tu..hoii kahwin sekali ja woiii,kalau pelamin hodoh bukan saja mata sedih bergenang ayaq mata tengok,orang yang mai pon mulut sot set sot set la bunyi kata hodoh la buruk la,bad taste la.maklumla mulut orang tak boleh tutup kan..hehe



gambar sebelum dan selepas.dont let this happen to your big day.huhu

Tuesday 19 February 2013

pen warna warna penyeri kelas


 ciwi sebab baru beli.macam masa dulu2 darjah lima darjah enam kemain lagi penuh pencil box dengan pen warna warni ni ha SEMATA MATA nak buat biodata dalam buku kawan2..

---> kawan disayangi satu,kawan disayangi dua,musuh,suka dekat sapa (??) haha memang dulu dulu tulis macam ni kan? @_____@ sangat adik adik time tu haha. 

kawan paling baik aku hanya sorang la :Ped  mihmih. dari dulu tulis yang tu ja.alhamdulilah sampai sekarang baik. =) moga kekal hingga akhir hayat.

* wonder where did i put those biodata books.haha.nak jugak tengok kekasih2 lama tulis apa mihmih.siap letak gambar untuk kenangan uolls.habis album rumah aku korek semata nak tampal kat buku kawan haha


ada 8 warna,ciwi la tadi masuk kelas,kemain semangat siap dah bawak kertas exam sheet tu dah elok2,kalau sebelum ni pakai rembat A4 depan mata ja semata nak salin notes yang lecturer cakap kemain laju macam bullet train..

jadi kekonon nanti nak exam (nak exam ja pikir haha) senan nak refer balik note2 warna warni ku ini dan boleh menghiburkan hati yang lara sebab nak exam kan..mestilah mata jadi active baca benda yang colourful kan,ni idok,penuh warna biru hitam jaaaa...bosan mata i nak baca (alasan sebab tak score T______T)


  
hehe test2, seronokkkk..colour2 kertas aku lepaih ni..kemain lagi buat corak bulat la petak la bentuk matahari la (mari ke kelas seni kembali ya haha)...sebenarnya seronok sebab pen 8 batang harga kemain murah RM4.90 beli dekat kedai murah DIY dekat jusco aeon setiawangsa!haaa punya nak tunjuk semnagat nya ni beli benda murah hahaha

rasa nak beli dua sebab tamak! tapi bila pikir baucar buku RM250 belum ku tuntuttt jadi tak jadilah nak habiskan duet sendiri kan.hehe.tunggu dapat baucar buku,akan ku beli macam2.ngeehhh..


tapi REALITINYA bila dapat assignment ni,pen warna warni tak dapat menolong,hanya mampu terperap dalam kotak tu memandang ku yang pasrah tak paham benda pa la assignment nak kena buat..=(

anyone dah penah buat assignment pasai EVERELITE TECHNOLOGY COMPANY? nak tiru belajar dari awak.sobs..


bunga reben

sepanajng beberapa tahun ni,kerja lapang aku ialah menjahit reben.haaa.reben apa? reben yang kita beli kat kedai segulung seringgit tu,kalau kena hat mahai sikit seringgit sekupang atau seringgit dua kupang..


hasil google ni.tapi ni yang kecik (nipis diameter dia)..yang aku jahit ialah riben yang besar sikit.dalam 1.5 cm kot lebar riben tu..untung kalau jahit sendiri sebab senang ja tapi makan masa lah..untung sangat sebab segulung tu bkh dapat berpulug2 bunga riben yang bakal dijahit..



ni contoh yang aku dah jahit..ni hanya la sedikit..hasil selama bertahun2 dah mak aku guna lekat dekat bunga telur la balang kaca la semua la.haha.kami memang jenih yang suka lekat2 riben ,bunga apa semua ni..konon englishhhh haha

bahan2 yang nak kena ada time nak jahit tu senang lah  

  1. benang
  2. jarum
  3. RIBEN! (kalau takda riben nak jahit apa? haha)
  4. KUDRAT DIRI menahan sabar
haha number 4 tu perlu jugak sebab bila lama2 aku rasa macam geram gila bila nak habis riben yang aku dah potong tu nak jahit.haha

kalau nak beli kat kedai KALAU TAK SALAH sepuluh kuntum bunga riben yang kecik empat ringgit lebih..kalau tak salah ya..kalau salah minta maaf. =)


nasib baik takdak anak sedara pempuan,kalau dak,taktau macam mana jadi budak tu,jenoh tahan la nak kena tonyoh ikat riben la,buh lipstik la buh nu la buh ni la.hahaha..

lagu untuk hari perkahwinan

punya la letih berusaha last minute nak cari lagu yang sesuai untuk kahwen ni.ingat kan senang ja,pakai amik lagu indonesia jaaaaa yang dok ada ni,tapi rupanya hancuuusss..

kebanyakan lagu indonesian ni tangkap leleh kan,lirik yang putus chenta semua nya,sesuai dengan jiwa raga aku ja pon,haha.tapi untuk wedding takkan la nak mainkan lagu2 putus harapan/meleleh ayaq hidung ayaq mata segala.nehiiiiii

so hasil tangkapan mencari lagu kahwen sampai 4 pagi (susah ok! haha) inilahhhh diaaaa hehe


  • zaleha hamid - bunga rampai
  • rafeah buang - joget pengantin baru
  • waheeda & izam eye - lagu kompang
  • imran ajmain - seribu tahun
  • 3 diva - a lotta love
  • dirly - tak ingin dilupakan
  • krispatih - tapi bukan aku
  • d-massive - aku percaya kamu
  • afgan - bukan cinta biasa
  • alexa - jangan kau lepas
  • anda bunga - tentang seseorang
  • antique - satu bintang
  • aura kasih - asmara
  • aura kasih - mari bercinta
  • derby romeo - gelora asmara
  • Hijau - suara (ku berharap)
  • luna maya - suara (ku berharap)
  • lobow - salah
  • lobow - kau cantik hari ini
  • nidji - laskar pelangi
  • numata - raja jatuh cinta
  • so7 - mudah saja
  • tahta - tempat yang paling indah
  • tohpati - senandung rindu
  • wali -yang
  • wali - cari jodoh
  • letto - sebelum cahaya 
  • letto - ruang rindu
  • shae - sayang
  • mariah carey - my all
  • mariah carey - hero
  • mariah carey - we belong together
  • taylor swift - love storyku
  • dewa -cintaku tertinggal di Malaysia
  • andra & the backbone -sempurna
  • whitney houstan - greatest love at all 
  • ari lasso - cintai aku sepenuh hati
  • chrisye - untukku
  • jason mraz -im yours
  • bruno mars - just the way you are
  • bruno mars - today my life begin
  • bruno mars - marry you
  • k-ci & jojo - all my life
  • justin bieber -boyfriend
  • najwa latif -sahabat
  • the moffats - miss you like crazy
  • titanium
  • hey soul sister
  • bunga - ingkar
  • bunga - cinta pertama (sunny)
  • cellion dion - because you loved me
  • T2- cinta aku gila
  • chris brown - with you
  • red stewart - have i told you lately
  • mark anthony - my baby you
  • ungu - tercipta untukku
  • ungu - percaya padaku
  • florida -whistle
  • anuar zain -keabadian cinta
  • anuar zain -sesucinya cintamu
  • faizal tahir - sampai syurga
  • rossa & pasha - terlanjur cinta 
  • savage garden- i knew i love you
  • neyo - one in a million
  • diana ross - when you tell me that you love me
  • bonda - ya sudahla
  • will-i-am - heartbreaker
  • ainan tasneem - aku suka dia
  • shania twain - from this moment
  • aqasha -obssesiku
  • the bangles - eternal flame

ni la hasil lagu2 yang aku cari,pakai ambil ja mana yang aku rasa sesuai..ada dak yang kurengg sesuai untuk wedding atau cadangan lain?

Tuesday 12 February 2013

more closer

its all about wedding ceremony that will hit us on 23th this February. next week. *ok nervous* blaa blaa blaa. im getting nervous on behalf of her (my sister), because later left me alone who's single.ehem ehem.

more closer when everyone (siblings) get back hometown every week, go anywhere together, do stuffs together, get mad together, yelling at each others, cry together, EAT TOGETHER. .

wedding preparation that took more than one year to settle those up make us more busier when it come closer to the waited date! 

BUT still, the busier moment make us more closer since we still can go to SIAM (again!) together and shopping like there's no nervousness and there's no more things to do at home. 

bride room and pelamin are not yet finish, not yet give the superb touch up. BUT still we can laugh with each others. 

moment with families replaceable.love. 

Friday 8 February 2013

complete each other


as we always hear, we only live once.so choose happiness, life is a journey bla bla bla.

so in life,we always have aim (always?) sometimes maybe.. bila umur makin meningkat,dah grow up, dah makin matang dah boleh pikir nak lagi setahun nak buat apa,dua tahun lagi nak buat apa,simpanan pada umur 25 nanti nak berapa ribu dalam asb, bila nak kahwin, nak buat side income apa masa kerja nanti dan yang paling penting nak hadap muka sapa tiap kali balik rumah lepas keja nanti,atau dengan kata2 lebih sopan nak hadap muka sang pujangga suami ehem

pilih partner yang boleh terima diri kita seadanya, yang boleh nasihatkan kita, tegas dengan kita (jangan tegas melampau sampai angkat kaki tangan), boleh tolerate dengan kita, boleh bawak berbincang lah orang kata.kira kalau orang kata 'amboii bagai pinang dibelah belah gituewww'

kalau time bercinta dah bergado pukul pukul, tak da toleransi langsung, yang so boifreng nak menang ja,kalau bergadoh nak tinggi suara,angkat tangan kaki pukul girlfreng tu walaopon bergado sebab tak pakai baju sama warna (contoh) ,memang melampauuuu..so pepandai lah si girlfreng tu pon angkat kaki blah dari manusia macam ni..

bercinta tak tentu akan kahwin dengan orang tu.tak tentu lagi orang yang kita bercinta bagai nak rak tu jodoh kita.tapi kita kena plan kan? so takpa plan tapi plan dengan hati yang lapang otak yang rasional..

jangan pilih sebab rupa paras hensem kaya tapi hati cissss...hati tu penting sekali sebab kita nak hidup dengan pasangan tu sepanjang hayat,bukan 2 3 jam. 2 3 jam pon kalau hati macam apa lagi,kita sakit hati,ni kan plak berpuluh tahun......think

kalau dapat pakej , hensem baik hati berharta beragama kira pakej la kan gitueww... mihmih..

jodoh pertemuan di tangan Tuhan..kita perlu berusaha mencarinya =)

Thursday 7 February 2013

Info Tentang Kalori Makanan


INFO KALORI MAKANAN

           KATEGORI : KUIH MUIH
  1.        Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
    2.       Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
    3.       Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
    4.       Cekodok pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
    5.       Popia goring (Satu) = 130 kalori
    6.       Popia basah (satu) = 95 kalori
    7.       Pisang goreng (satu) = 170 kalori
    8.       Kek biasa tanpa krim (Sepotong) = 87 kalori
    9.       Karipap (sebiji) = 130 kalori
    10. Sandwich sardine (sekeping) = 70 kalori
    11.   Bubur kacang (Semangkuk) = 100 kalori


    KATEGORI : LAUK PAUK

    1.       Ikan kembong kari berkuah (Seekor) = 85 kalori
    2.       Ikan tenggiri goring bercili (Sepotong) = 142 kalori
    3.       Ikan kembong goring (seekor) = 140 kalori
    4.       Ikan senangin masam manis berkuah (Sepotong) = 210 kalori
    5.       Daging lembu kari berkuah ( 2kotak mancis) = 130 kalori
    6.       Ayam kari berkuah (Sepotong) = 250 kalori
    7.       Ayam goreng (sepotong) =255 kalori
    8.       Ayam tandori (sepotong) = 220 kalori
    9.       Sambal udang (Setengah cawan ) =70 kalori
    10.   Sambal sotong (Setengah cawan ) = 55 kalori
    11.   Telur goreng (sebiji) =110 kalori
    12.   Taukua goring (Sekeping) =110 kalori
    13.   Kacang panggang dalam tin (2ssudu makan)= 40 kalori

    KATEGORI : MAKANAN RUTIN

    1.       Nasi putih (Satu setengah cawan ) = 260 kalori
    2.       Nasi lemak bersambal (Sepinggan ) = 400 kalori
    3.       Nasi goring bertelur (Sepinggan) =635 kalori
    4.       Nasi briyani berayam (Sepinggan)= 880 kalori
    5.       Nasi minyak kosong (sepinggan) =445 kalori
    6.       Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7.       Mee goreng kosong (sepinggan) =660 kalori
    8.       Mee sup (Semangkuk) =380 kalori
    9.       Bihun goreng (Sepinggan) = 550 kalori
    10.   Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11.   Roti canai kosong tanpa kuah (Sekeping)=200 kalori
    12.   Capati tanpa kuah (Sekeping) = 180 kalori
    13.   Pau ayam (Sebiji) = 203 kalori
    14.   Emping jagung kosong (secawan)= 160 kalori

    KATEGORI : MAKANAN SEGERA

    1.       Peha ayam goreng (Satu) = 130 kalori
    2.       Nugget ayam (satu) = 60 kalori
    3.       Kentang lecek (Satu tub kecil) =90 kalori
    4.       Sayur kobis hancur (Satu tub) = 75 kalori
    5.       Burger keju ( satu)= 425 kalori
    6.       Kentang goring (satu kantung kecil )= 405 kalori
    7.       Sate yam (secucuk) = 35 kalori
    8.       Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

    KATEGORI : BUAH BUAHAN

    1.       Tembikai (Sepotong) = 20 kalori
    2.       Betik (Sepotong) = 45 kalori
    3.       Pisang emas (2biji) = 76 kalori
    4.       Durian (5 ulas)= 64 kalori
    5.       Limau (Sebiji) =42 kalori
    6.       Jambu batu (Sebiji) = 110 kalori
    7.       Nenas (Sepotong ) =59 kalori
    8.       Epal (Sepotong) = 63 kalori
    9.       Ciku (seniji) = 44 kalori
    10.   Mangga (sebiji ) = 103 kalori

    KATEGORI :MINUMAN

    1.       Minuman berkarbonat 1 tin 285g =120 kalori
    2.       Minuman kotak 250g = 105 kalori
    3.       Susu tepung penuh krim 1 sudu makan =33 kalori
    4.       Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kalori
    5.       Aiskrim 2 skop = 390 kalori
    6.       Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kalori
    7.       Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kalori
    8.       Mentega 2 sudu the = 75 kalori
    9.       Keju cheddar 1 keping = 58 kalori






Wednesday 6 February 2013

The Telekung Project


it happened when i was at IKEA last year.i found this telekung with this cute tag,showed the lady really put so much effort on this project.

back years ago, i always thought of the same thing (sincere from me) to take those telekung which dah busuk,hitam2 naik taik lalat kan, and wash them all,and then put back another day. but i dont have extra telekung to do it, for example if i take those telekung and wash them, i dont hv another telekung to replace it.

so thats why i said the lady really put so much effort on this project.i really proud of her.she's NORAZILA ABDUL AZIZ.pengasas THE TELEKUNG PROJECT.



semoga kita semua boleh melakukan seperti dia ni.amal kita yang di bawa ke akhirat bukan harta benda duit ringgit berjuta2.moga kita pon menjadi sepertinya.amin.

cute gift to give






ukiran2 kayu 3d,teko lah cawan lah kek lah..kalau ada rumah sebijik mungkin dah beli sebab nak hias hias,kalau dok rumah mak pak lagi boleh beli sebagai subenir la orang kata,sempena melawat (melawat la sangat) KLCC.oh teringat dulu dulu masa sekolah teringin sangat nak mai KLCC ni,.ahaaaa.


mak Arab ni borong macam kat kedai runcit,aku tukang tengokja la.mahai ok mahai.T____________T




  
fridge magnet.

  jam pakej dengan calculator



dalam banyak2 benda cute di atas,benda ni la paling cute kalau dapat sebagai hadiah.ehem ehem.kepada buah hati di luar sana yang kebarangkalian nak baca ialah sangat tipis,mohon nak benda ni hahaha.dak dak melawak jaaa,tapi kalau betoi pon takpa ehem.. 

kita study , dia pun nak study


camno nak study kalau benda hijo tu tempek atas kertas den jo?memang den bangun naik atas katil tido la.ni penyobab kalau den tak score ya Dr.zzzz

bondo hijo tu namo nyo 'tok tenun' nama saintifik den tak tahu..

buruk sangat tulis nogori ni.maap maap.


asb loan

dah rasa makin tua,dan dah rasa nak kena kumpul duet untuk masa depan.especially nanti kalau dah nak berumah tangga (speech like an oldy) . plan nak buat asb loan ni dah lama since last year tapi tak kesampaian sebab nak buat dekat KL which i bukan pandai jalan nak pergi sana sini bla2 so end up SELALU pilih untuk buat apa2 keja dekat JITRA jugak even nak bayar duet broadband ka cuci gambar ka apa ka mesti nak buat dekat JITRA..haaaah..true me


asb loan boleh buat dekat CIMB,RHB ,dan MAYBANK..i pilih MAYBANK sebab charge rate (interest rate) dia lagi murah if compared to the others dan rhb and cimb are conventional,Maybank is under islamic..so for muslim like me,i want something that is halal.so i go for Maybank.

by the way untuk sesiapa yang tak tahu,asb ni hukumnya harus buat,BUKAN HARAM sebab penting untuk darruriyat..

with Maybank u boleh beli banyak sijil ,tak kira 4 ka 5 sijil ka dengan jumlah semua rm 200,000. maximum is rm200,000 .  if u nak beli loan rm 40,000 pon boleh ja,.

u boleh buat loan dari 5 years until 25years

pinjaman start from RM10,000 until RM200,000.

kalau u pinjam antara RM10,000 TO RM25,000 charge rate dia lain (slightly tinggi sikit) dari yang if u pinjam banyak..

even u student pon boleh buat ok,tak kesah ja.selagi u mampo nak bayar monthly payment, u boleh buat ja.



dan JIKA ANDA MENINGGAL DUNIA SEBELUM CUKUP TEMPOH MATANG, macam mana?apa bakal berlaku dekat duet yang selama ni uolls bayar tu?hangus ka?apa ka bla3.

kita tak tahu ajal kita,mungkin esok,kita plan for the other 20 years but tiba2 esok meninggal so,duet (asb loan) ni takkan hilang/hangus begitu sahaja. but better buat wasiat..boleh terus buat wasiat masa kita nak buat beli loan ni, untuk kesenangan bersama.. 

if apa2 berlaku duet tu tak payah nak masuk bahagian faraid semua,terus pergi ke pewaris yang u tulis dalam wasiat u..

duit boleh dimiliki oleh kita/waris if :
1) YOU MENINGGAL DUNIA
2) YOU CACAT KEKAL / LUMPUH


asb loan ni stable, kita akan dapat return every year approximately around 8%..untuk masa panjang why not u try asb loan..

THINK

sebagai seorang student ni, mana kita nak dapat duit segembak rm30,000 (contoh) untuk letak dalam asb (simpanan kita)..if 8% x rm 30,000 = rm 2400..maksudnya u akan dapat rm 2400 per year if duit pokok u still rm 20,000.. (hope u understand how to calculate it).. if buat asb loan selama 15tahun sekali dengan insurans around rm250 per month.. .

@

instead of saving per month rm 250 x 12 = rm 3000 .. dividen u will get RM3000 X 0.08 = RM 240..

yang mana u pilih? =)


for better future why not you try..


'hg tau jln dak?'

'sesat' is always be my middle name besides 'comey' ehem..so bila nak pergi mana2 mesti aku akan minta direction dekat orang betol2.maksudnya macam ok ada berapa traffic light sebelum sampai simpang,simpang tu jauh lagi ka tak,masa nak masuk simpang tu ada signboard apa?

sampai tahap kalau orang yang tak sabar,boleh gadoh lah kan.so kali ni jalan ke PEJABAT PENDAFTAR,UNIMAP dekat BANGUNAN KWSP..

yang aku tau roundbout besar dekat Perlis tu.sebab kita akan straight ja dari JItra akan sampai roundbout tu.so IM my friend, dia memang tau aku pesyen (jenis) yang tak tau jalan dan suka sesat! dia siap tak percaya aku nak p seorang =(

so he asked me to go with my boifreng but at that time boifreng dah tdoq tak sempat nak ajak teman p Unimap,so ni consider as back up plan if boifreng tak boleh teman walaupon dalam hati kompem lah boifreng teman sebab dia tau dah gilfreng dia ni tauk kat Jitra sorang2 pon lomah.mihmih.semua nak berteman T___T

so,Dolah end up lukis me the map! i was like so surprised with his efforts trying hard to help me out with the road since it was around 1am at that time.



ni from Tunjang until we reach that bog roundabout!


 he closed it up for me to see it easily. from the roundabout just go straight / amik pukui 12.


straight ja lepas trafic light ke dua turn left.


then turn right,u reached thereee.big bangunan kwsp is at your right side.

ni semua gara2 nak hantar borang slab unimap.naik tingkat satu tau.hantar borang ,lepas tu any progress you kena deal with ENCIK AFIFI..

bangun pagi boifreng siap nak teman,so aku tdoq ja dalam perjalanan nak p.dia bawa ikut jalan shortcut so aku tak tau la jalan mana hahaha.

Friday 1 February 2013

Toy Museum Penang






some of the toys there.sangat banyak toys ok.ASTRO boy pon ada.haha.

fee
adult : rm15
kanak2 : rm10

boleh bawak camera masuk so boleh la amik gambaq sampai muntah,tapi kecik jugak la tempat dia.toys yang besar2 dari orang ti tak sebanyak toys yang kecik2 ni.

jadi disebabkan aku ni tak berapa tau sangat toys ni,jadi aku hanya p amik gambar.hahahhaa.

but at least dah pergi.hehehehehe.dan lepas p toy museum penang ni,weolls pergi lauttt nyummyyyy..

alamat dia,for those yang ada gps boleh guna lah.kami ni pakai teka jalan ja,cari batu feringgi then p ja
1370, Mk 2, Teluk Bahang (Next to SJK (C) Eok Hua School), PenangMalaysia.

TABUNG MASA DEPAN