bersegeralah untuk solat.=) lepas solat lebih tenang kan.
solat 5minit saja.,seksaan nya nauzubillah =( jom solat cepat2..ini reminder untuk saya dan semua =)
SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)
- Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisiagama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsungtidak diberi pahala.
- Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
- Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
- Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.
SEKSA NERAKA
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda
" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur.
Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib
dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuhs emula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
sumber : seksaan meninggalkan solat dan google
jom solat di awal waktu.lebih cepat lebih tenang kan? =)
lepas solat boleh buat kerja lain tanpa rasa terganggu kerana
yang wajib sudh di tunaikan =)
kita tak tahu bila ajal kita datang menjemputkan..
mungkin sekejap lagi
kenapa berlengah.
dunia tempat mengumpul pahala..
JOM KUMPUL PAHALA! =)
No comments:
Post a Comment