tabung shopping!

Thursday 16 May 2013

Fadhilat membaca surah Al-Kahfi

surah Kahfi today -- FRIDAY!!



spend your 30 minutes to read Surah Kahfi =)

Fadhilat surah Al-Kahfi daripada buku 

Amalan Surah2 Pilihan
Fadhilat & Khasiatnya
HAJI JOHARI HAJI ALIAS


FADHILAT SURAH AL-KAHFI

1) Ahmad berkata : ' Saya dengar Al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata : 'Seorang lelaki telah membaca surah Al-Kahfi dan dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda), maka diberitahunya kepada nabi (saw) . '

Baginda bersabda : 'Adakah Sifulan membaca Al-Quran?
Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-Quran dibaca 
atau keterangan turun untuk Al-Quran'
(HADITH SOHEH.RIWAYAT OLEH SHUKBAH)

2) Imam Ahmad berkata :' Daripada Abi Darda' daripada Nabi (saw), baginda telah bersabda . 
' Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. 
Maka terhindar daripada Al-Dajjal. '
(Riwayat Muslim,Abu Daud, Al-nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah)

3) Daripada Al-Tarmizi,sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.

Imam Ahmad berkata.'Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi(saw) bersabda :
' Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,
maka terhindarlah daripada fitnah Al-Dajjal.'
(HR. Muslim dan Al-Nasa'i)

4) Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad saw bersabda .
 ' Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.'
(HR. Ahmad)

5)Daripada Umar berkata : Nabi saw telah bersabda :
'Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
 maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.
 Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat.'
(HR. Ibnu Katsir)

6) Daripada Abi Said Al Khudri berkata :
" Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
 maka dihamparkan (disinarkan) untuknya
 daripada cahaya antara dia dan bait AL Atiq"
(HR Ibnu Katsir)

7) Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dan
 Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an :
" Sesiapa membaca surah Al-Kahfi  pada hari Jumaat, 
makan dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari,
 dan jika Al-Dajjal muncul, makan terhindar dia daripadanya' 
(HR Ibnu Katsir)

8) Daripada syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi SAW bersabda, 
" Sesiapa membaca surah Al-Kahfi  sebagaimana ia diturunkan, 
jadilah cahaya untuknya di hari kiamat' 
(HR Ibnu Katsir)



spend your 30 minutes to read Surah Al-Kahfi  today my dear =)

No comments:

Post a Comment

TABUNG MASA DEPAN