mak saya suka buat ketupat sendiri.sebabnya harga ketupat mahal kalau beli.ada yang jual seringgit satu,ada tujuh kopang (rm0.70) kiranya mahal la kalau dah sampai tahap seringgit sebijik tu kan.dah la anak2 mak ni kuat makan,bukan takat anak2 ja ,cucu mak yang montel dua orang tu pon kuat makan ketupat 'tok mama' (kelas tau nama ketupat!) hehe
kalau balik kampung (taman) ja mesti cakap
' tok mama (mak saya),abang (anak sedara umur 7tahun) nak makan ketupat'
nanti mak aku akan usaha sedaya upaya untuk buat sebab cucu nak makan.huhu kalau anak nak makan ,mak buat tak? -,- (tetiba nak jeles dengan budak 7 tahun,zzzz)
ni la yang dipanggil daun palas,so sebab tu la nama ketupat tu orang panggil ketupat palas.hehe. (mungkin la akau rasa =\ ) nak bukak daun palas ni pon kena hati2,kalau koyak payah, dah la tak leh guna tambah plak nanti kalau mak tengok bagi koyak daun palas tu nanti mak akan 'nasihat' dengan panjang lebar nya. jadi sekarang ni dah pandai kalau bagi koyak kena cepat2 cover! hehe (jangan tiru adegan ini.harap maklum)
selepas berhempas pulas bubuh pulut dalam daun palas ni,ikat kepala dia dan dengan pertolongan plier aku guna sebab nak bagi ketat betol ketupat takut masa kukus nanti masuk air.kalau masuk air lembik.ini betol.
ni yang paling patut semua orang tau! ketupat pon ada jantan dan betina!!!!
aku siap tanya lagi awat plak jantan betina ,mana boleh cakap macam tu makanan bla3.haha.konon2 nak nasihat orang2 tua la kan.
tapi sebenarnya ketupat yang elok ialah ketupat jantan sebab bila kukus nanti tak masuk air sebab ikatan dia tak dak lubang.
if ketupat betina,u can see (in the pic) kat hujung tu ada lubang.kat situ la air akan masuk if kukus.so,tak elok la.
tapi bila aku buat selalu jadi ketupat betina -,- sebab ada cara lipat daun palas tu nak bagi jadi ketupat jantan tau tak..bukan senang (kalau belajar senang) jadi aku selalu frust lepas buat dia.asyik2 jadi betina.arghhh! tapi bila jadi ketupat jantan, syiookkkk dia lain macam,bangga tau dak sebab macam expert! haha
hasilnya orang yang baru belajar = ketupat betina
hasil orang yang dah expert = ketupat jantan
oh.. rajin mak bt sendiri..kalau mak sya jgn hrap la..hahaha.. tu la untungnya jd cucu.. nenek atuk smua sayang.. xtahu pulak ada jantina ketupat ni..huhuhu
ReplyDeletenana : nanti try buat tau..seronok tgk nanti org tua2 ckp pasal jantan betina haha
ReplyDeletehahaha.. insyaAllah satu hari nanti...nk jgak tngk nnt jd gegurl ke boboy
ReplyDelete